Sunday, February 28, 2010

JOM BUAT ALBUM !!!

Post wedding picture of Al-Malek & Raihan, taken somewhere at Cap Square, Kuala Lumpur. Date: November 2009.

1. Aku ingat lagi, masa tahun-tahun dulu... zaman 2004, masa tu aku zaman nakal-nakal lepas Diploma. Xtahu nak buat ape, nak sambung degree rasa macam susah jer, nk merempit pasti ayah aku bantah, lagipun nak harap moto Suzuki RC80 top speed 110km/hour tu mana laa boleh menang, nak keje masih malas-malas, nak bercucuk tanam, tanah pulak Xade... jadi aku pun menceburkan diri dalam bidang seni. Ape itu seni? aku pun kurang pasti.

2. Dipendekkan cerita, aku selalu tolong ayah aku angkat beg-beg kamera die, backdrop, lampu-lampu denyar atau dalam bahasa inggeris nya 'flash' dan macam-macam lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, zaman dulu amek gambar Xsemudah sekarang. Tp yg bestnye, lepas siap je shoot, terus bawak filem's ke kedai, and siap print. Balik je ke rumah, malam tu jugak susun gambar kat album. Esok pagi boleh deliver pada pengantin! cepat bukan? Dari minggu ke minggu tu laa keje aku. Kerja minggu tu siap masa tu jugak.

3. Zaman dah berubah. Sekarang dah pun tahun 2010. Aku ingat lagi dulu masa aku shoot wedding pakai film camera, lepas antar film ke kedai.. masa develop film, kite-kite (photographer) minum kat satu kedai nie. Semua minum, tp semua malas nk bercakap. Xde mood. Bukan pasal ape, pasal perasaan risau tu sgtlahh kuat. Kalau nak tahu ape jadi pada gambar yg kita shoot td, after siap develop baru kita dapat lihat. Kalau bagus, alhamdulillah, tp kalau Xbagus .....jawab laa pada pengantin.

4. Sekarang pulak, zaman edit mengedit ...process nya lebih panjang. Every picture yg nak dimasukkan dalam album, first, we have to select. Out of thousands pictures tu, a few hundreds je akan digunakan, mengikut kesesuaian. Then kene edit color correction, WB, cropping, style etc. Selepas itu, kene design mengikut jalan cerita, dan kesuaian majlis. Process nie memerlukan mood, dan kena letakkan 100% hati dan perasaan ke dalam baru laa album akan nampak nice.

5. Skrg dah pukul 6.30pm. Dari pagi aku select gambar. Then edit a few. By the moment nk design album, semua jadi Xkena. Maybe sbb byk fikir kot. Esok dah start kerja, saham jatuh, artis bergaduh, kucing suka berak sekitar rumah dan macam-macam lagi. Semua mengganggu emosi aku. Esok dah masuk bulan March, cepat sungguh masa berlalu. Aku kene cepat... doakan aku lebih pantas menyiapkan semua amanah nie ok!






Akmal Adanan,
0127655165

3 comments:

Anonymous said...

tu la..
sape suruh tangguh2..
hahaha

Anonymous said...

bro aku suka la baca blog ko ni..ayat yang ko gunakan best..

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

hehehe ..
bukan tangguh2, Xsempat laaa

thanks laa bro/sis
letak laa nama, aku Xtau kamu sume sape