Sunday, January 1, 2012

Hello 01.01.2012


East Coast Park, Singapore by Saluddin Ismail

1. Selamat tahun baru 2012 Masihi. Aku minta maaf, Maal Hijrah baru-baru ini aku tak de wish pun ...Sebagai muslimin, aku rasa bersalah pada diri sendiri.

2. Tahun 2011 setakat malam tadi pada diri aku sendiri banyak memberi aku pengalaman hidup di muka bumi sebagai hamba Allah yang kerdil ini. Tahun sebelum ini (2011); 2010 aku betul2 diuji dengan perginya insan-insan yang aku sayang. Alhamdulillah, tahun 2011 ini memberi aku banyak ruang dan peluang utk aku perbaiki diri sendiri. Namun demikian, beberapa rakan baik aku dipanggil awal menemui Ilahi ....Al-Fatihah, semoga Allah melindungi roh rakan-rakan yang telah pergi selamanya (Rasfan Abu Kasim, Anwar Ramli, Fird Feder) ...

3. Sebenarnya aku pun tak berapa ingat apa yang telah berlaku sepanjang 2011 ini selain dari rutin hidup yang tidak menentu mengejar dateline kerja yang tak sudah-sudah. Seriously aku cukup penat dengan beban kerja aku sekarang.



4. Kalau orang lain sibuk dengan azam yang pelbagai bentuk dan rupa, bagi diri aku, cukuplah jika aku diberi peluang dan sedikit waktu utk berehat sedikit. Aku dah tak nak kerja dari pagi sampai malam, meeting yang berlapis-lapis, menghadiri makan malam, dan weekend yang full dengan pelbagai kerja luar. Apa yang aku inginkan hanyalah duduk depan televisyen pada hari ahad pada pukul 1230pm menonton rancangan kegemaranku - Melodi. Itu cukup membahagiakan aku. Rasa awkward sangat kerana aku ketinggalan gosip2 panas artis Malaysia nie ...

5. Sekarang aku aktif berbasikal dan yang paling best mula aktif fotografi ...aku rasa zaman sekarang klu buat satu kerja sahaja tak merasa laa aku pakai kereta idaman aku, Land Rover Defender yg selalu Kementrian Kesihatan pakai waktu fogging petang-petang. Alhamdulillah, aku sekarang berjaya memiliki sebuah AD Resort untuk memenuhi hobi baru aku... menunggang basikal gunung. Kereta lagenda Toyota SE, aku pass pada adik aku di UiTM Merbok Kedah ...

6. Itu sahaja cerita aku untuk tahun 2011. Tak banyak aku boleh recall ...aku tahu, kalau tulis cerita panjang2, bukan orang rajin sgt nak baca pun.




Kesempatan ini aku jemput kawan-kawan yang baca blog aku ni, datang ke wedding aku di Pt. Sulong, Batu Pahat, Johor - 28.01.2012. Uisshhh, tak lama dah ... only a few weeks away. Aku pun tengah sibuk buat persiapan skrg nie. Apa-apa kemusykilan boleh terus call aku. Kehadiran anda semua dialu-alukan ...harap dapat berjumpa nanti. Sekian, terima kasih.


Salam tahun baru geng!


Akmal Adanan
013.779.3993

1 comment:

ranggie said...

mal selamat menempuh alam baru dari sahabat mu nun jauh di bangi...

www.ranggie.com/blog