Friday, January 25, 2013

LI Inspection

At Tourism Johor Meeting Room

1. Part of my job, aku akan buat lawatan dari satu company to another. Utk lihat keadaan anak-anak di sana. Rata-rata company beri responds yg baik. Terima kasih kepada UiTM yg banyak torture budak-budak dtg kelas, buat event macam-macam, datang latihan ko-kurikulum, kemahiran insaniah & camping pelbagai utk jadikan mereka kuat dan sihat utk bekerja.

2. Kalau dulu mereka selalu merungut datang kelas 830am dan byk kerja di universiti, now u know how is the real working world is all about. Ahahahaaa ....bestnyer



Akmal Adanan
0137793993
Segamat & JB - Now lunch @Galeria JB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 24, 2013

Food: Kedai Punyik, Pt. Sulong

Bungkusan sarapan hari ini

1. Sejak kecik, aku bernasib baik dan terhutang budi dengan Kedai Cik Punyik di area Simpang Tiga, Parit Sulong, Batu Pahat. Jarak dari rumah aku Xjauh, lebih kurang 300-400 meter sahaja. Kalau keluar tol Yong Peng (Utara) ke arah Bakri, Muar kamu akan lalu pekan Pt. Sulong. Kedai ni 1.5km dari pekan belah kiri.

2. Oleh kerana terlalu kerap ke kedai ni, aku lupa nak amek gambar kedai. Ahhaaa tp senang jer indicator'nya. Kalau jumpa banyak lori-lori berhenti tepi jalan sebelum Simpang Tiga, tu lah kedainya.

3. Kedai ni menyediakan sarapan pagi dan lunch. Makanan terhebat di sini mee kari, nasi lemak, mee / kew tiaw / mee hoon goreng etc, Lauk pilihan jangan ambil ringan kesedapan rendang daging / sotong sambal / telur puyuh dan sayur-sayuran. Meleleh ...

Nasi putih tak ingat lauk apa ntah

Mee goreng Sotong

Nasi putih ayam + sayur

Kuew Tiaw Goreng + Sambal Telur Puyuh

4. Tq pada arwah abah yg kenalkan kedai ni. Setiap pagi abah bungkuskan ke sekolah. Kalau cuti sekolah abah akan bungkus.

5. Terus terang cerita, org kurang berada mcm aku mmg sangat berselera kalau makanan dalam bungkusan surat khabar + plastik ..feel die mmg semacam. Xperlu pinggan jenama Arcopal, atau di-import dari luar negara ...tq mak abah ajar aku apa yang ada ...

Byk membebel ...bye

* Semua ni hanya RM12 sahaja ....pada aku sangatlah murah!!! nak beli sotong pon tak lepas adek oiiii ....




Akmal Adanan
013.779.3993
Sambil borak dgn sam @Jb
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Food: Nasi Campur Asam Manis Batu Pahat

Kedai Asam Manis

1. Kalau sampai di Bandar Penggaram (dikenali sbg Batu Pahat), selain lauk asam pedas yg sangat popular di bandar ini, aku mmg tak teragak-agak sarankan kamu semua utk ke kedai makan nasi campur asam manis, tak jauh dari Carefour BP. Rujuk gambar atas ...kedai corner lot ade pencawang elektrik sebelah situ. 



Suasana kedai
Antara pilihan lauk yang ada
Dari sudut yang lain
Ayam, ikan, burung puyuh, lembu u name it!
Pilihan makanan lain

2. Aku Xsempat nak kira lauk die yang banyak. Sebab aku mmg lapar dan dengan pelahapnya belasah nasi aku + ulam yg sentiasa menjadi kegemaran. Apa yang aku pasti, kamu akan puas melihat deretan / lautan laut yang super banyak di sini. Nak lauk apa sahaja, just name it.

3. Selain itu boleh try nasi ayam, soto, roti canai dan masakan goreng panas-panas.

4. GPS code aku akan cuba usahakan nanti. Nanti aku amek code-nya bila mak aku ajak ke sini. Ni favourite place mak aku kalau ke batu pahat.

Nasi campur pilihan aku hari itu

Bersama ulam kegemaran
5. Ada masa nanti aku update pula kedai-kedai asam pedas terbaik (rating aku sendiri) di Bandar Penggaram, Batu Pahat ...

Tq !!


Akmal Adanan
0137793993
Kepenatan seharian berjalan @JBSg
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Risau?

1. Ragam manusia sekian alam .....terlalu takut dan risau apa orang akan perkatakan tentang diri kita ....dalam banyak perkara kita terlalu memikirkan tentang orang lain sehinggakan kita terlupa tentang diri kita sendiri, kita terlupa apa yang sebenarnya kita mahukan, kita takut untuk mencuba dan gagal, kita takut diperli rakan, kita takut apa yang kita lakukan tidak mendatangkan hasil ...

2. Aku juga ada perasaan takut begitu ...dulu perasaan itu sangat menebal. Kurang yakin, tidak berani, takut, risau, adalah perkataan yang sesuai utk aku describe tentang diri aku sendiri ...dan mungkin kebanyakan kamu yang sedang membaca blog ini.


Taken from Adhadi Sifu Photography aku


3. As time goes by, kata orang putih ...perasaan itu hilang sedikit demi sedikit. Aku selalu bertanya kepada diri sendiri... berapa ramai orang di luar sana yang kisah tentang diri kita sebenarnya? Berapa ramai juga yang akan mengambil berat masalah kita? Jika ada yang ingin menolong ...berapa ramai pula yang benar-benar akan menyelesaikan masalah kita?

Jawapannya ...mungkin sangat sedikit atau pun LANGSUNG TIADA.

4. Jadi peduli hape kita nak kisahkan dengan orang lain. As long as we happy with things that we like to do ...tidak melanggar undang-undang & tidak menyakitkan hati orang lain ...GO ON!! and never look back.





5. Juga kepada kawan-kawan yang dihormati ....pls stop thinking & talking about people u hated/ dont like in ur workplace, in the neighborhood, in school, and anywhere everywhere in the world. Its very disgusting ...Stop wasting your precious time doing such activities ...like me, i have 1001 interesting things to do rather than to hate people, to stalk them, to envy them etc ....be matured and move on bro!

Salam Maulidur Rasul ....mari berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.




Signing off,
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
@My room jb

Rakan bekerja Fire X Ride 2012

1. Penganjuran Fire X Ride 2012 (FXR'12) telah pun berjaya ...dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Planning selama berbulan-bulan ...meeting pelbagai, buat track, potong kayu, cari pisang, pasang jambatan, tak tidur malam cari sponsor, 2-3 pagi menunggu di rumah CM, cari volunteer, uruskan pendaftaran, track pembayaran peserta, beratus-ratus pertanyaan, persiapan beribu goodies bag, MPAG lokasi event, jemputan TYT/ CM, upacara flag off, menyiapkan cenderamata buatan tangan, dan lain-lain tugas ...

.... akhirnya semua itu menunjukkan hasil.



Status Mohd Alif Rahmat, Otai Cycle X, basikal paling kilat

2. Secara jujurnya, aku rasa sungguh berbangga dapat berkenalan dengan geng Cycle X Alor Gajah. Sebuah team yang kecil tetapi sangat profesional dalam melakukan aktiviti sukan basikal. Bekerja berdasarkan apa yang kita suka memang sangat besar kesannya. Dalam Crew Team Cycle X ...pendapat kita didengari, tanggungjawab dan tugasan kita dihormati & yang paling penting segala keringat kita sentiasa diingati dan dihargai.

3. Good job boss! Your good leadership has created a good follower too ....

4. Boss yang tak pernah bezakan siapa boss siapa kuli ... selalu menunjukkan contoh yang baik "Leadership by Example" ...sama-sama angkat kotak, sama-sama potong kayu, sama-sama kena marah, dan sama-sama dalam kesulitan. Tidak hanya pandai memberi arahan ...

5. Special thanks to all FXR'12 (2 Series) crew yang bertungkus lumus melaksanakan tugas masing-masing. Kamu semua tulang belakang event ini. Aku mohon maaf banyak perkara aku tak dapat follow dalam arrangement event kali ini sebab terlalu sibuk dengan tugas hakiki. Apa pun, aku harap tugas aku dalam biro Photography & Media dapat aku laksanakan ....

Seronok dapat bekerja dengan kamu semua!

Thank you ...
Refer




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com my ex-blog I http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________