Wednesday, July 31, 2013

Are we well prepared?


Selepas, satu.. Sebuah lagi negara Islam bergolak. Sekarang, Mesir salah satu Kuasa ekonomi terbesar di middle east kini berantakan. Aku pun tak pasti siapa dalangnya dan bagaimana ia berlaku. Tapi, keadaan tidak aman ini dapat aku rasakan. Hubungan antara kaum kerap diuji, permusuhan dan perselisihan faham politik, rusuhan jalanan, hatred dsbnya semua telah dan sedang berlaku di negara ini ....

Persoalannya, adakah kita sudah cukup bersedia utk sebarang kemungkinan?


Akmal Adanan

Thursday, July 25, 2013

Belajar bersyukur, sempena Ramadhan Al-Mubarak

Today

Nak

Kepada rakan-rakan di sektor awam yang bila bekerja pun tak seberapa, dan tak pernah bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan ...Sudah-sudah la tu. Mari kita sama-sama periksa diri kita sendiri, dan pada aku sesekali elok kita cuba tanya diri & hati kita ini...

"Adakah cukup segala usaha kita dalam pekerjaan yang kita lakukan?" ..Adakah kita telah berusaha sedaya upaya menjayakan setiap amanah diberikan ...ATAU Adakah hanya sekadar memenuhi masa di pejabat 8am - 5pm? Kpd yg betul2 bekerja, tahniah aku ucapkan ..aku pun tak sempurna, dan lalai (menaip fb dalam waktu bekerja - aku janji 7min jer).

Jangkaan aku (serkap jarang-maaf klu aku silap) ada a few mungkin dah tak berapa ada mood nk bekerja pun.. mood raya meluap-luap. Then, sibuk uruskan penjualan kuih raya batu buruk, baju kurung ala pahang, tudung fatimah, kasut raya dsbnya...

Sebelum aku lempang orang-orang yang tak reti bersyukur nie ..nasihat aku, jangan kita merungut tak tentu hala. kalau ko tak suka kerja yg ko buat skrg ni, at any time boleh berhenti. Ko bukan tak tahu berniaga menjanjikan rezeki yang lebih hebat ...Yang ko pergi kerja kerajaan ape pasal? ...

*Bersama nukilan ini aku suka utk share a thought from Dr. Azizan Osman




Dengan ingatan tulus ikhlas
Selamat menjalani ibadah puasa,
Akmal Adanan





"Maaf cakap! Bersyukurlah beb! 

Saya membaca banyak komen tentang bonus dapat RM500 sikitlah dan kenapa ada negeri yang boleh beri 1 bulan satu gaji. 

Maaf cakap! Di mana anda bekerja itu pilihan anda. Perkara asas yang anda perlu belajar buat adalah Bersyukur kepada Allah swt di atas rezeki yang diberi sedikit atau banyak! Mana nak ada keberkatan jika rezeki yang belum masuk pun kita dah komplen. Syukur! Buat sujud syukur. 



Saya perhatikan sekumpulan bangla yang solat berjemaah selalu di Masjid Seksyen 13. Anda bukan bekerja macam mereka, mereka bekerja lebih 15 jam sehari di restoran atau kedai runcit berdekatan, tinggal beramai-ramai dalam satu bilik kecil, merantau di negeri orang, puasa di negera lain, raya nanti tak ada siapa yang mereka boleh rayakan bersama, sesetengah orang lain yang tidak menentu waktu, gaji tak tetap dan memang underpaid. 

Siapa pun majikan yang kita telah pilih, kita bersyukur dan berterima kasih. Kalau tidak puashati, salurkan melalui saluran yang sesuai. Orang yang mencerca tempat dia mencari rezeki adalah seorang yang hipokrit. Saya dulu pun pernah bekerja dan hari ini saya adalah majikan. Hari ini anda pekerja dan satu hari mungkin anda juga akan jadi majikan. Bersyukurlah dan perbaikilah tahap kerja anda. Banyak saya tengok yang banyak komplen tu biasanya yang paing banyak "hilang" masa kerja. Ada sesetengah jabatan, 40 meja pekerja tapi yang ada 3 orang, itu pun tengah bincang pasal kuih raya. Bukan kat sini, kat selatan thailand. 

Maaf lagi sekali, cakap ni sebab saya sayangkan amalan kita yang hilang dimakan anai-anai yang kita panggil sendiri masuk ke rumah kita, tambahan pula di dalam bulan ramadhan. Cakap ni bukan sebab bagus, tapi ingatan buat diri sendiri dan staf saya juga, hidup bersyukur dan keberkatan akan melimpahi hidup kita Insya-Allah. Jika tak gembira dengan majikan kita, kita kan ada pilihan boleh cari majikan lain atau sendiri jadi majikan kepada diri sendiri? :)p "


- AzizanOsman -

Tuesday, July 23, 2013

Officially 3 Series.. July 21st, 2013

The wish

Fuuh ...cepat sungguh masa berlalu. Masa tak menunggu kita. Beberapa hari yang lepas genap umur aku 30 tahun. As I said, umur 20-30 tahun adalah durasi yang paling pantas dalam hidup. Semakin tinggu umur meningkat, semakin besar cabaran dan pengorbanan yang menunggu di hadapan. Tq mak, my dear Jee, adik-adik yang wish.. Kali ini sangat best, dapat sambut bersama family di rumah ...

Kepada rakan-rakan & students yang wish di facebook ..tqvm ...tak terbalas segala ucapan. Segala ingatan kalian saya ucapkan sekali lagi ribuan terima kasih. Doa kalian amat besar ertinya bagi aku yang hina ini.

Amin ...


* Week 10 on this birthday 


Akmal Adanan, Photographer
3 series / +6013.779.3993

14th Ramadhan 1434H/ 23 Julai 2013

A Nepalese Muslim boy offers Friday prayers during
the Muslim holy month of Ramadan in Kathmandu on July 12.
 (Navesh Chitrakar/Reuters)

more pictures at
http://www.boston.com/bigpicture/2013/07/ramadan_2013_begins_1.html


1. Diam tak diam hari ini masuk hari ke 14 kita berpuasa.. Alhamdulillah, seronok rasanya bila dalam bulan Ramadhan ni. Rasa lebih beerti setiap hari yang dilalui ...Tapi, ntah kenapa, aku tak dapat tumpukan perhatian nak buat kerja-kerja di office ni. Hari ni cuaca agak panas, kepala aku pening dan menyukarkan aku utk menumpukan perhatian ...

2. Hari ni aku share sedikit gambar-gambar lucu yang aku dapat dari whatapps atau facebook ..mmg betul-betul buat aku gelak bila tengok gambar-gambar nie ...ahahahhaa ...hilang kejap perasaan lapar :)

Selamat berbuka rakan-rakan ...









* Hari ni dapat jemputan berbuka puasa bersama-sama 5B. Baru nak rasa hidup ni complete sedikit. At least ada teman berbual semasa berbuka nanti. Semalam aku layan Masterchef Australia ...seronok tengok mereka bertanding masak-masak. Paling lama aku nak tunggu immunity test versus Chef kegemaran aku Jamie Oliver ...sampai ke subuh tak keluar-keluar ...

Berbekalkan semangat ingin memasak & malas nak keluar ke kedai makan, aku determine nak masak sesuatu buat diriku sendiri. Bukak peti sejuk, kosong ..tengok bawang dalam bekas ...bawang pulak semua dah busuk ...korek punya korek yang ada tepung gandum jer ...niat nak masak macam-macam inspired by Masterchef td, akhirnya berbuka and sahur makan jemput-jemput and air soya bean jer ...rezeki masing-masing.



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Ipad2 16/7/2013

Ipad2 bought fr Idham on July 16, 2013

1. Dah lama sebenarnya aku teringin nak pakai IPAD ni ..sejak 1st time keluar lagi ...tapi apa kan daya, terlalu mahal, aku simpan kemas sahaja hasrat aku ni.. Kebetulan, rakan lama datang office borak-borak and terkeluar idea beliau nak jual Ipad2 nya ...Tanpa melengahkan masa, terus aku offer nak beli Ipad2 ini ...mmg best and very handy. Siap dapat FOC FOSSIL bag lagi ...best sangat...

2. Now, tak perlu lagi aku usung laptop ke kelas ..download jer everything from the computer, and its ready for any presentation. Selain daripada itu, maybe device ini dapat memudahkan aku utk buat presentation kepada bakal client in an appointment etc.


*400/

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa 1434H/ 10 Julai 2013

Rindu zaman ini, berbuka bersama
mak ayah dan adik-adik

1. Selamat berpuasa diucapkan kepada keluarga & rakan-rakan ...di kala ramai ahli keluarga, sahabat dan muslimin muslimat yang lain telah dipanggil menghadap ilahi ...alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini. Aku agak terasa kosong sekarang ni bila hidup di perantauan, jauh dari family & wife ...aku rindu masa kanak-kanak dulu, semasa Abah masih ada lagi... sama-sama beli kuih muih di Bazar Ramadan Pt. Sulong, adik-adik dan mak sibuk menyiapkan juadah berbuka di dapur.

2. Balik jer dari pasar, rumah meriah dengan bau lauk sedang dimasak ...daging ada, ayam ada, sometimes ikan juga tak lupa sayur-sayuran. Aku pun susun makanan dibeli dari bazar ...samosa (wajib), murtabak, air soya, dan sedikit kuih lain sebagai pencuci mulut ..masa tu, tak ada perasaan sangat seronok pun bila makan dengan mak & abah serta adik-adik. Macam biasa sahaja... Tapi bila semuanya dah berlalu ...baru kita realized, itulah saat yang paling indah dalam hidup.


Buat masa ni makan sorang-sorang lah

3. Semalam aku berbuka di rumah Cik Faizul & Cik Tai di Klebang. Sedap betul dan sangat best perasaan makan beramai-ramai dengan family. Alhamdulillah, sempat buat solat sunat terawih di Masjid Bukit Rambai ...Malam ni, tak berapa sure dengan sapa aku berbuka ...mungkin hanya makan apa yang ada ...Selamat berbuka nanti ...

Jadual waktu berbuka puasa 1434H bagi Negeri Melaka


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
Thurs/ KPP3 office
JUNSEP2013