Monday, April 29, 2013

Hutang

1. Masuk kerja pagi tadi, sempat aku selak halaman facebook sebelum memulakan kerja ...Mak Timah, Mak Semah, Pak Cik Karim dan ramai orang lain kata fb ni banyak unsur-unsur tak baik, dan melekakan. Aku setuju ... lebih-lebih lagi dengan suasana pilihanraya sekarang ini. Tp lately, selepas aku unfriend spesis-spesis fanatik politik tegar dalam list friend, aku lihat banyak perkara positif dapat aku ambil dari sumber rakan-rakan yang share gambar, quotes dan sebagainya..

2. Rasa banyak perkara negatif dapat aku singkirkan ... tak habis-habis memaki hamun, berkelahi sesama bangsa dan agama. Apa cetek pemikiran orang sekarang nie agaknya. Tak sefahaman dikira musuh ...provokasi sana sini, kafir mengkafir, urusan syurga & neraka pun mereka boleh tahu... akibat bosan aku unfriend jer puak puak nie. Maaf yang mana aku dah unfriend tu. Dalam fb jer unfriend, alam nyata aku masih anggap ko kawan lagi.. jangan risau.


oleh Irfan Khairi


3. Baca kata-kata Irfan Khairi di atas ..walaupun aku tak sempat membacanya sebelum ini, alhamdulillah, aku rasa aku masih on the 'right track'. Aku pakai kereta murah second hand, tidak pernah memiliki kad kredit platinum, apparel yang sederhana, makan di warung-warung biasa, (kadang-kadang teringin pergi juga fast food restaurant) ..segalanya aku buat secara sederhana. Satu perkara aku terapkan dalam hidup aku ...

DAHULUKAN KEPERLUAN, BUKAN KEMAHUAN


4. Kalau nak ikut hati, aku sangat teringin memandu kereta VOLVO T5 atau XC70 idaman aku. Kalau balik kampung mesti Ketua Kampung, Pak Imam, dan Guru Besar berbangga dengan pencapaian anak kampung mereka ini. Tp adakah ia berbaloi untuk aku menanggung bayaran ansuran yang begitu tinggi semata-mata nak impress Pak Imam & Ketua Kampung?

5. Pada aku, apa orang nak cakap suka hati kamu ...Biar tak bergaya, poket aku, susah & senang aku orang lain takkan tahu. Lainlah kalau aku bawak kereta besar di mana-mana nanti... ada orang tegur "Wahh, cantik kereta awak nie, saya sangat kagum dengan model kereta nie, auto cruise, pintu terbukak sendiri, kuasa elektrik, kuasa nuklear, boleh terbang, bla bla bla ....Okay atas kehebatan kereta awak ni, ambil RM50 utk bayar installment bulan ini" ....kalau masyarakat aku macam nie, sekarang jugak aku tempah kereta baru ...

* Hari ni siap bayar semua bil-bil telefon, internet, astro, dan insuran. Petang nanti standby duit untuk bayaran sewa rumah. Insyaallah semoga dipermudahkan ..amin



Kita mungkin nampak serba kekurangan
Tetapi kita terlupa bahawa kita telah mempunyai segalanya

Refer post sebelum ini: GAJI 1, GAJI 2

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, April 24, 2013

Perspectives in Life



The PRU13, 2013 campaign is very interesting and persuasive now ..You might have heard or encounter numerous political issues and stories from all different angles, and from various sources. Some might be true and some might be not. My advice is, be rational, think wisely and do not involve emotion when you deal with it.

Whatever it is ...I hope Malaysia will always in PEACE & HARMONY ...amin



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Have this ever happen to you?

Your comment?

1. Last night pukul 130am baru sampai rumah. Sebelum masuk tidur malam semalam, banyak juga perkara aku dah 'list' untuk siapkan pagi ini ...Walau penat kerja tetap diteruskan. Semangat nak buat kerja yang banyak menunggu memang tidak dapat aku bendung lagi. Sampai office aku on laptop, internet connected, terus melencong ...apa yang aku plan gagal lagi ... dan aku terpaksa blame internet connection yang laju sangat mengujakan.

2. Apa pun, aku sangat lega... hari-hari kritikal uruskan vacation 4D 3N to Johor & Tioman selesai. Alhamdulillah. Sekarang sibuk nak siapkan tentang laporan peperiksaan dan pelbagai tuntutan. Malam ni Mesyuarat Agung Cycle X MTB Club at Rembia. Esok (khamis) pagi aku cuti utk uruskan harta pusaka (rumah) tinggalan arwah ayah. Jumaat, ke KL urusan kerja ...Sabtu 3 jemputan kawin, Ahad, satu jemputan kenduri doa selamat.

3. Aku memang selalu berlatih menyibukkan diri ..bagi fit utk candidate PRU satu hari nanti ..ahahah!!!





Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Sunday, April 21, 2013

Orang Kata ..




Kita selalu risau, kita selalu takut untuk melakukan sesuatu kerana "Apa orang akan kata?" ..."Boleh ker kalau kita buat macam ni?" Inilah dia masalah, dan dilema dalam masyarakat yang kita ada sekarang ini. Kita risau apa yang kita lakukan menjadi kesilapan dan tidak diminati orang di sekeliling kita. Juga masalah menjadi masalah kerana memiliki masyarakat yang "over care" Suka judge orang lain ..suka membuat andaian dan pelbagai komen seperti hanya mereka sahaja yang betul.

Nasihat saya pada rakan-rakan ..who cares!!! Lakukan apa yang kita mahu lakukan, selagi ianya tidak melanggar undang-undang persetankan sahaja apa orang akan kata. Apa yang penting, do something to satisfied our desires ..and impress yourself not others. Because at the end they will still judge you anyway ...

Salam hari minggu ...



* At the office preparing for something big

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Friday, April 19, 2013

Quotes by Warren Buffet



1. Saja aku nak share satu quotes by Warren Buffet ...pada aku quotes ni adalah salah satu yang terbaik utk kita jadikan pedoman dalam kehidupan. Sometime kita sangat teruja atas sesuatu, sehingga boleh mengaburi pemikiran kita secara rasional (Aku dah banyak kali terkena). Bercakap mengenai Warren Buffet nie, aku pun tak pasti siapa beliau ini ..maybe beliaulah yang invent cara makan secara buffet di hotel-hotel dan restaurant restaurant di seluruh dunia.. ahahah for more info about Buffet pls click HERE.

Think bout it friend ...



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Tuesday, April 16, 2013

Service Mindset...

1. Last Saturday, 13.04.13 selepas 3 tahun menggunakan motor HONDA EX5 1/2 kuasa kuda nie... aku plan nak pasang sport rim pada motor kesayangan aku ni. Terus pecut ke Bandar Alor Gajah, cari kedai moto yang aku tau nie... tapi sayangnye takde stok pula. Hampa sungguh... Apabila niat nak membeli tak dapat, geram je rasa di hati. Aku pun saja melihat barang-barang sekitar kedai dan sangat seronok mendapat layanan baik dari auntie nie ...Setiap soalan aku dijawab dengan senyuman dan tertib.... ternampak box yang selalu letak barang kat belakang tempat duduk moto ...maklumlah, selalu bawak file berterbangan kertas aku ... dengan cermat terus aku sambar!! click SINI

2. Satu benda kita mungkin kita perlu belajar dgn org-org Cina dalam perniagaan. Dia tau aku nie teringin sangat nak pakai sport rim tu... Terus die amek phone number aku. Katanya "Nanti saya tolong awak order ini barang ...nt ada stok saya call". Selang 2 hari tokey tu call... Aku tak jawab sbb tengah tidur nyenyak kepenatan main jamboree PKNM TUCC/ Melaka.


Rim sedang dipasang

3. Call aku tak berangkat. Memandangkan die tak dpt bercakap dgn aku, die ambil inisiatif tinggalkan voice mail. setelah puas tidur, aku bangun dan sedar sekitar jam 630 PM. Terus aku call die balik.... "Sempat ke kalau saya sampai jam 645 PM? " Aku risau sbb kedai area Alor Gajah ni tutup pukul 700 PM. Tokey kata "Takpa, jangan risau... saya boleh tunggu maa"...

4. Terus aku melompat, basuh muka, amek wuduk smyg jap dan ke sana... Oleh kerana seorang customer (Aku bukan regular customer die/ datang pun baru 2 kali) dia sanggup layan aku.. dan malam itu kedai mereka terpaksa tutup lambat sekitar 730-745 PM. Aku perhatikan jer muka dieorang nie...sikit pun takde merungut dan masam muka.... siap senyum lagi ...biarlah aku bayar mahal pon, aku sanggup sebab service orang yang melayan aku begini ...itulah namanya CUSTOMER SERVICE.

5. Lepas nie, kalau aku ada apa-apa keperluan, nak tukar barang spare part, nak tukar minyak hitam, nak buat apa pun, agak-agak aku akan cari kedai mana agaknye?


Sebelum ke tempat kerja hari ini =)

Lepas ni pencen jadi OP Jamboree, sayang motor wooo ....




6. Bolehkah kita melakukannya?

* Key in marks!!! *Box148/Batt39/EngineOilGauge3 *Rim160



Akmal Adanan
+6013.779.3993

Monday, April 15, 2013

PKNM Mini Jamboree with TUCC, MELAKA



Gaya seorang juara

1. Semalam 14hb April 2013, setelah sekian lamanya tak kayuh, aku memberanikan diri join satu mini jamboree di Ayer Keroh Melaka. Rasa sangat seronok dapat berjumpa dan berkumpul dengan warga Cycle X MTB. Aku yang selalu sibuk tak join aktiviti mereka. Semalam hampir semua ahli club turun kerana maybe hari Isnin (Hari Melaka Bersejarah) cuti, jadi ramai yang meluangkan masa.



2. Mini Jamboree Ride anjuran PKNM with TUCC (Tasik Utama Cycling Club) ini menyediakan sebuah track yang very simple and the terrain was good. 35KM++ Ramai yang memuji track ini... tidak terlalu 'hard' ..bukit pun just nice, tapi cukup membuatkan aku menderita.

3. Oleh kerana lama tak berjumpa ...masa persiapan kami digunakan sebaiknya dengan bertanya kabar dan beramah mesra. Seronok rasanya dapat berborak dengan rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama. Diam tak diam aku pun lupa yang aku tak buat warm up yang mencukupi, dan minum kurang air.. Dato' Ali Rustam pun sampai and terus flag off kami semua... Cycle X team berlepas grid terakhir sekali kononnya jadi unofficial sweeper.

Jom tengok gambar-gambar sekitar event ...
(Tq Arif, Nazi dan lain-lain yang menyumbangkan semua gambar-gambar ini)




Kiter kiter ...Cycle X MTB Team feat. En. Yazid UMMC


Masuk METRO, 16 Mei 2013

Borak-borak & amek gambar

Tuan Presiden

Power rider

Just before the flag off

Acara pelepasan oleh YAB Mohd Ali Rustam


Suasana pagi itu


Aku dengan tuan presiden ..relax2 jer kayuh katanya
Sebelum aku kena tinggal jauh di belakang... ekeke


Lemah betol den masa naik bukit ke arah Durian Tunggal nie



Penyakit bila nampak photographer


Cuba sedaya upaya elak lecak


Tanah yang melekat pada tayar buat basikal jadi berat ...
semalam hujan lebat, hari ni track basah dan melekat


En. Yazid mengetuai Team UMMC (UiTM Melaka MTB Club)



Kagum aku dengan pasangan rider ini


Mental aku masa nie ...baru siap panjat bukit, 
another bukit menanti di depan


Kalau tak larat nak kayuh, ini jer mampu


Ambil kesempatan merakam kenangan


Atas kiri bersama star ...Nazi/ Bawah kiri bersama Sarjan Solihin
* Sempat edit gambar jalan off road jemmed


Ada orang tersangkut?


Inilah sebabnya ...kena turun 1 by 1


Orang yang banyak menolong aku mengambil gambar di dalam hutan


Muka lega dapat jalan atas road



Atas road mmg tak disangkal kelajuan aku


Gaya puas sebelum cramp

Boy cramped ...aku pon sama ...padan muka 
  


AHAHhahaha basikal naik Triton


View menarik dari dalam ...siap ada aircond ..tak perlu kayuh lagi


4.  Itulah ceritanya semalam ....pengajarannya, buat warm up...minum air cukup. Jangan nak jadi star macam kawan lain. Mereka kayuh setiap hari ...Aku kayuh sebulan tak sekali. Masuk-masuk jamboree konon nak ikut style dieorang duduk last grid, potong sikit sikit sampai depan ...aku dari awal sampai akhir tetap jugak kat belakang ...ekekekekeee stress punya pasal, aku tekan cow cow pedal tu ...potong pakcik nie, brother ni  aku bagi cukup-cukup tanah kat die ...apatah lagi akak-akak tu semua aku tapau ..last-last tindakan aku membawa padah, cramped tinggal 2KM jer from the finishing ...senyum jer mereka potong aku balik ...ahahaaa



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Saturday, April 13, 2013

Be different

Its all about being different ..would you?


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Installing new toy to my Honda

Lain dicita, lain mendatang ehehee

1. Hari ni adalah sebuah hari hujung minggu.. Hari sabtu. Banyak plan aku dah draft dari pagi sampai malam. Bangun pagi td selesai aku kelas rumah ku yg serabut tu. Original plan.. Nak basuh kereta, antar baju ke dobi, sabit rumput panjang, sebelum bertolak ke office utk siapkan marks budak budak nie... maklumlah, esok aku nak join Jamboree di Melaka.. lama tak kayuh, nervous gamaknye ...larat ke tidak esok nie ..

2. So, sebelum apa-apa, aku start moto ke warung tepi jalan sebelum simpang ke Alor Gajah tu ...teringin makan roti telor. Tiba-tiba lepas makan aku ke Alor Gajah teringin nak tengok sport rim moto... Sampai sana, auntie kata Rim tu tak size pulak ...hampeh, terus aku cari barang lain....at last aku pasang box motor pulak.

Hampeh lari plan ...dan yg penting lari bajet  ...



Akmal Adanan

Tuesday, April 2, 2013

Young, Adult, Old


Something to think about ....

Hari ni, saat ini (2155hrs) aku berada di dalam office siapkan macam-macam perkara tertangguh. Rewind semula apa yang berlaku pagi tadi....Aku in charge jaga exam at Bendahara ...16 group 300++ students sat for the exam ... then, lari ke bendahari, pentadbiran, serah extra hours claim at HEA etc ....panas pulak tu cuaca...

Banyak perlu siapkan dokumen-dokumen yang baru dapat dari Bendahari tadi ..mcm2 nak kena cari dan attach supaya pembayaran dapat dilakukan. Nak buat surat permohonan segala macam ...



Rakan kerja keras ditemani Feeko food ...junk food by man
Also thank you Ib bawak fried bananas

Layout Dewan Bendahara yang sempat aku siapkan 2030hrs/Monday
Untuk digunakan tadi 02.04.2013

Monday (yesterday), the whole day ...aku membaca bundles of LI Report. Banyak kali aku nak give up ...tq Tania & Man bagi aku semangat. Bills Astro & Elektrik serta Prudential selesai aku bayar .... Malam ni tak larat aku nak marking, aku nak sort semua kerja, esok aku cuba berjanji nak siapkan marking mana yang tinggal ...

Itulah ceritanya .....selaku orang muda, adult ....macam-macam perkara aku nak buat. Tapi semuanya terbatas. Ada sahaja perkara lebih penting utk aku lakukan. Akhirnya, terpaksa mengalah, and just enjoy whatever in the path ....Aku rasa kamu semua juga mengalami perkara yang sama ....selamat berjuang. Kepayahan hari ini adalah untuk kesenangan kita pada masa akan datang.

* Maaf tak dapat tolong Ashikin



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993