Wednesday, December 26, 2012

Penang Food - Mee Goreng Sotong Hameed 'Pata'

1. Sejak aku ternampak cerita jalan-jalan cari makan session 2012 ni, aku terus berazam utk mencari kedai Mee Goreng Sotong Hamid 'Pata', Kota Selera Padang Kota Lama di Penang nie ....

2. Cerita pasal queue 45minit utk sepinggan Nasi Kandar Beratur tempoh hari masih terngiang2 di minda. Sampai sahaja di food court kota selera nie, aku dah nampak panjang queue di depan kedai sampai ke kedai sebelah ...aisshhh awat org penang punya food really special? Semua kena beratoq nooo ...

3. Curiosity pun memuncak sbb nak rasa penangan mee goreng special di sini ...

Keratan akhbar di depan kedai
Another one ..
Tempat nak cari makan makan ...
Pemandangan biasa di Penang ...(agaknya)
Sign yang simple yet old skool
Lapar ...
Akhirnya dapat juga mee goreng yg dinanti
Inilah rupenyer mee goreng sotong Hameed Pata
ABC Jalil, sebelah kedai mee gorng ni jer ...
The Sign ..
Teringat-ingat ...

4. Selepas hampir 40minit beratur, dapat lah aku order 2 pinggan mee goreng sotong ..satu utk aku satu utk wife. Bau mee goreng ni mmg sedap. Sekali aku suap je ke mulut buat pertama kali, terus aku menyesal .....

5. Sesal kemudian tidak berguna line queue punyalah panjang ...terus aku tengok wife aku "Knp kita tak order yg besar punya????" Nak masuk queue balik mmg sampai maghrib lahh. Mee goreng die TERBAIK!!! Sambal Sotong pulak, mmg susah nak cari kesilapannya (seperti kata masterchef). Its all perfect!

6. Buat mereka yg nak try ke sini ...kedai Mee Goreng Sotong Hameed 'Pata' ni dalam food court yg biasa2 sahaja. Cari foodcourt yg sangat dekat dengan Fort Cornwallis atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Sebelah area lautan ....nampak org queue itulah kedainya ...




*Drive dari Penang 251212/1030am sampai JB 261212/0735am ...penat!!

Akmal Adanan
@Situation Place
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.