Friday, August 10, 2012

Ramadhan ke-21

Layout meja aku ...setiap masa dan ketika begitu lah ...jarang kemas

1. Hari ini masuk hari ke-21 kami berpuasa di Malaysia ...seronok juga bulan puasa ni ...beribadah, kurangkan makan, kerja pun makin efektif. Kan best kalau kita boleh berpuasa sepanjang masa ...masalahnya, kalau tak bulan puasa, susah pulak aku nk buat puasa sunat ....

2. Malam ni aku baru balik buka puasa dengan HM111 2D di Borhan, Taman Dimensi. Terima kasih sangat-sangat sebab belanja aku makan. Best ....ada juga kawan aku nak makan bila berbuka. Selalunya aku berbuka depan tv sorang-sorang ..makan kurma jer. Malam sikit baru makan berat. Semalam lebih tragis, sedang aku tidur, terdengar berita jam 8 malam ...Ya Allah, terus melompat capai botol mineral untuk berbuka ....

3. Malam malam Ramadhan aku juga sesibuk orang-orang lain ...lepas tarawih, di sini (office) lah tempat aku. Duduk di sini sampai dinihari ....buat itu buat ini, yet kerja masih belum siap sepenuhnya. Malah, kerja yang lain pulak datang bertambah-tambah ....

4. Alhamdulillah, semalam masuk sikit saguhati bonus 1/2 month ..boleh laa aku beli apa yang patut untuk hari raya nanti. Aku harap apa yang aku dapat ini berpatutan dengan kerja yang dilaksanakan. Kalau ada apa yang kurang, harap dihalalkan ....


Buat kerja sambil tersenyum sorang-sorang mendengar panggilan hangit

5. Malam semalam walau sibuk, sempat aku terima cabaran member2 (Harith + Palie) main futsal di klebang. Ramai (18 orang) kawan main sama. Memang star aku main bola semalam. Dribbling pun memang mantap. Itu belum kira assist and sepakan percuma .... ahahaha!!! macam haram. Balik sampai rumah jam 330 am ....4am baru dapat tidur.

6. Bangun pagi td, satu badan aku sakit ....takpelah, athlete berbakat macam aku memang macam tu. Tapi, yang paling penting, ada berita sedih untuk aku ...dan kawan-kawan. Datuk Dr.Mizan, Rektor kami announce akan bertukar ke tempat lain. Walaupun aku harap Datuk terus ada di sini, pada aku, itu yang terbaik untuk beliau ...amat sukar nak jumpa seorang pemimpin macam Datuk ....selamat berjuang di tempat lain datuk!!






* Okay ...aku dah siap link all pictures to be included in our MM2H design ...and tengah tunggu upload di Dropbox ...

* Settled down many requests for transcript etc this week.

* I will have class tomorrow.. Saturday @9.30pm

* Tania, sorry, i have to drink your Nescafe Ais dingin beku ....too thirsty pulak this night.




From the office @1150pm
Akmal Adanan
0137793993

Wednesday, August 8, 2012

Steering

1. Sejak aku beli kereta sukan aku pada Disember 2011 ...aku rasa ada kekurangan pada cara pemanduan aku. Mula-mula, duduk tak berapa selesa ...jadi aku pun tukarlah seat. Click SINI.

2. Baru-baru ni, aku hantar kereta kepada Sam di JB utk tukar getah dan apa yang patut untuk menyenyapkan interior kereta aku. Walaupun Sam dah eksiden tak dapat siapkan kereta aku, semalam sempat aku lari ke Melaka, pasang semua komponen betulkan central lock pintu beakang yang sangkut etc. Alhamdulillah siap ...terbang RM40.00 jer. Ok lah tu.

Iklan di mudah

3. Semalam aku cuba menambahbaik keadaan kereta aku ...steering juga sangat memainkan peranan yang penting dalam pemanduan yang berhemat, pantas dan cekap. So, pagi semalam ...setelah aku cari steering 2-3 minggu ...akhirnya berjumpa dengan steering Nissan yang diidamkan ...

4. Duit dah dimasukkan, just tunggu barang sampai 2 atau 3 hari nanti ....

Doakan yer kawan-kawan.




Aku pilih steering yg tengah-tengah tu


Akmal Adanan
0137793993

Tuesday, August 7, 2012

The Fastest Man on Earth! Usain Bolt

Usen Bolt by: Reuters

1. Usen Bolt sekali lagi membuktikan bahawa beliau lah manusia paling pantas di dunia ....

2. Kalau dilihat dari fizikal dan bentuk badan Usen, no wonder he could run very fast on the track. Bila cerita kisah lari 100meter ni, aku teringat kisah lama waktu dipaksa berlari sukantara mewakili rumah Kuning SMKDS, untuk mengumpul mata rumah sukan dalam sukan tahunan sekolah.

3. Benda paling aku takut ialah bunyi wisel dalam keadaan bersedia ....berdebar-debar jantung aku ...takut terperanjat dan terus pengsan ditinggalkan rakan-rakan sepasukan. Tapi, star (athlete) macam aku, nombor 6-7 tu biasa dari 8 orang pelumba ....jarang dapat tempat pertama.

Gaya pemenang unggul


4. Kadang-kadang, bila semua bercakap tentang tertinggi, terjauh, terkuat, terberat dan terpantas ...ada orang sekeliling kita yang sediakala inginkan sebaliknya. Ada sesetangah manusia memang perlu melambatkan sesuatu aktiviti yang dilakukan. Yang terlalu cepat pula dikira tidak elok, dan kurang menyerlah. Anda fikirkan sendiri di mana tahap anda ...


*** scroll below ***












"it's true"








Selamat berjuang utk Azizul pada 5pm nanti
























Akmal Adanan
0137793993




Orang Malaysia & Barang Free

1. Esok dengar cerita Baskin Robin Ice Cream akan bagi ais krim percuma walaupun DLCW kalah dalam final match Badminton Olympic 2012 - London minggu lepas ...

2. Rakyat Malaysia seperti yang aku tahu memang paling gemar barang-barang percuma ni... sebut sahaja subsidi, pertolongan, bantuan rakyat dan pelbagai lagi. Berduyun-duyun laa manusia beratur untuk dapatkan barang-barang tersebut.


Tak pasti betul atau tidak berita ni

3. Entah kenapa, kita terlalu dimomokkan dengan perkara yang free ..perkara yang menyenangkan hidup ....contoh: atlet sukan, belum sampai London lagi, pelbagai hadiah sudah dijanjikan ....pelajar, belum bukak buku pun lagi parents akan cakap "Ko dapat 5A UPSR nanti Aiman, Abah belikan kau kereta Toyota" ....tak kurang juga, orang lain dapat emas, orang lain makan ais krim percuma ekekekke (tp elok juga tu)

4. Pada aku, memang laa bagus insentif ini diberikan sebagai pemangkin, tapi, jangan lah terlalu banyak ....nanti kita terlalu biasa, pemberian itu pun tidak lagi exclusive dan tidak akan dihargai. Aku lebih suka orang-orang yang bekerja keras untuk mendapat apa yang dihajati ....bukan hanya menunggu benda yang mudah.

Esok kalau betul apa yang dikatakan ....apa expectation u all semua?






* Nasib BR tidak offer free ice cream for China.


Akmal Adanan
In the office/ siapkan quiz htt160
0137793993



Monday, August 6, 2012

DLCW vs Rakyat Malaysia



1. Malam semalam, aku frust betul, tak dapat menghayati perlawanan akhir Single Badminton Olympic 2012, London antara Lee Chong Wei & Lin Dan. Aku tolong adik aku Sam di JB yang patah kaki akibat kemalangan motor beberapa hari sebelumnya.

2. Ya Allah, sekelip mata sahaja.... bila nikmat kita ditarik, ianya sangat berat untuk mereka yang merasainya. Bagi aku, terima kasih Allah memberi aku nikmat kesihatan tubuh badan dan segalanya... sangat-sangat tidak terkira anugerah ini.





3. Sibuk-sibuk pun aku buka simen Sam, sempat juga menjeling-jeling tv. Memang sengit perlawanan dua seteru ini. Memang ada kelas ...fight and mendebarkan.

4. Dipendekkan cerita, DLCW kalah sekali lagi dalam match malam tadi ...Memang kesal, tak dapat makan ais krim BR... ahahaha ...bagi aku, tiada apa perlu DLCW sedihkan, malahan, kami seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan kekalahan ini ...beliau dah cuba sebaik yang mungkin. Performance dan semangat juang DLCW sangatlah baik. Apa ertinya menang/ kalah hanya dengan perbezaan 1-2 mata?

5. Orang-orang politik juga sama-sama memberikan komen dalam tweeter masing-masing. Ada yang baik, dan ada yang buruknya komen-komen mereka ini ...come on ...politician, pls be matured. Aku juga setuju dalam nada tidak bersetuju.




6. Dato Seri Najib, saya sedikit bersetuju dengan statement Manoharan supaya jangan kita selalu beri ganjaran wang ringgit berjuta kpd atlet sukan etc. Rakyat seperti kami yang lain juga sama seperti atlet di London sekarang. Kami bekerja juga untuk negara. Cuma kerja petani atau pemandu bas ni kadang-kadang susah sikit nak menaikkan nama negara. Yet, they are as important as having all the medals in the world.

* Mainstream media ..tajuk anda ini kurang sensitif okay.



Manoharan, pula ...walaupun aku setuju dengan kamu, saya rasa ur choices of word are VERY BAD for a person called Yang Berhormat ..pls tunjukkan patriotisme sedikit bila berkata-kata. Politik letak tepi laa YB.



Aku tersentuh membaca statement dari fb fans Lin Dan

7. Hari ni sahaja, banyak waktu bekerja dibuang utk ruangan komen tweeter + facebook dan lain-lain ...apa pun, yang sudah tu sudah laa, nak lawan statement apa lagi? Itulah rakyat Malaysia, komen memang senang, main net silaplah, tak bagi bola pantaslah, bulu tangkis buatan chinalah, lantai licinlah .....awak kat rumah setakat menjertit-jerit, elok cermin diri sendiri.




....apa pun, kalau nk tengok apa respon DLCW, boleh lihat di bawah:



















Akmal Adanan
0137793993

Saturday, August 4, 2012

Malaysian Habits

Our habit

Picture: Click HERE

1. Kadang-kadang, aku rasa stress juga bila bercakap tentang perangai manusia ...tak kira dalam urusan kerja, kehidupan, perangai atau pun kelakuan. Sebab itu ada buku mengatakan lebih baik bekerja dengan peralatan atau sistem dari bekerja menguruskan manusia.

2. Kalau dilihat gambar diambil dari NST bulan Julai 2012 di atas ...suka atau tidak, we have to admit ...we have encountered this annoying behavior from Malaysian at least once, twice or more.

3. Customer service or relationship between individual in many outlets/ situations were out. Muka yang masam, not attentive, not considerate, selfish, calculative ...itu semua adalah apa yang kita gemarrrr lakukan. this is RUDE !!

4. Sorry to say ...dari observation, the teenagers skrg (tidak kurang yang telah berumur) is less sensitive. Aku pun tak pasti kenapa, Orang melayu yang selalunya penuh dengan adab sopan, tidak lagi mengamalkannya sekarang. Bila bercakap, terlalu direct, - bila meminta pertolongan, tidak tahu bersabar, - jarang menawarkan pertolongan, - no courtesy, no empathy, dan lain-lain.

5. And surprisingly, my Non-Malays, Non-Muslim friends has better behavior in our relationship compared to those Malays i refer just now. What happen to our society now? ...




* Okay, hari ni hari Sabtu di Batu Pahat. Sekejap sahaja lagi, aku nak ke JB, melawat Shamsul & berbuka di sana ...and macam biasa buat kerja yang menyesakkan kepala. Isnin pagi, macam biasa aku pulang ke Melaka. My live is always on the move. Aren't I tired? definitely yess!! ....however this will not to be a reason for me to get moody in my workplace.... i will make myself smile to all people when Im back in the office next week. Its not hard actually ...


Akmal Adanan
0137793993


Amalan berpuasa

Sebelum berbuka ...

1. Hari ini hari yang ke-15 kita berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Sekejap sahaja juga duit habis mengalir untuk pelbagai persiapan sempena hari raya ini. Kalau dihitung, masa sekarang amatlah pantas dan tidak terkejar ...mungkin, urusan duniawi yang terlalu banyak menyebabkan kita tidak sedar akan putaran masa yang berjalan. Oh dunia ...

2. Waktu berbuka pada aku biasanya sangatlah mudah. Aku akan minum air mineral, makan kurma sedikit ...sembahyang maghrib, mandi dan seterusnya menonton berita perdana. Aku hanya akan keluar  makan jam 8.15pm bila semua kedai-kedai makan reda dengan kehadiran manusia. 'Space' sangatlah penting pada aku ....somehow, aku tak gemar bersesak-sesak ke bazaar ramadhan, dan menunggu lama untuk makanan yang dipesan. That was me ..

3.  Tiada apa yang menariknya ...makan apa yang ada. sebab itu jarang aku upload gambar makanan ke fb. Rasa bersalah pulak aku kepada mereka yang mungkin tidak berkemampuan, terpaksa makan apa yang ada.

4. Tp, selepas bengkel RP @KBM semalam, aku balik ke batu pahat, aku call adik aku, untuk berbuka bersama. Then dia kata, semua tak ada rumah ..kami dah reserved seat untuk berbuka di hotel ... Aku tanya boleh tak selit sorang lagi, if cannot, aku makan laa mana-mana warong kat luar. So, sampai sana ini lah gambarnya ...


Kiter2 di dlm hotel
Ikan bakar


Banyak juga makanan yang sedap-sedap ... boleh laa try. Tq Nina belanja makan @ Pinetree Hotel :)


Akmal Adanan
0137793993

Wednesday, August 1, 2012

Patutkah begini?

Game yang dinanti-nantikan

1. Selalu juga aku menasihati adik-adik di dalam kelas ...jangan sesuka hati ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah, kecuali sakit, pening kepala, kucing meninggal, atau mak suruh jaga adik di rumah. Jika semua perkara yang aku nyatakan terjadi, dan menyebabkan mereka terpaksa tidak hadir ke kelas, im happy to receive any sms/ call to know what the reason is.

2. Satu hari di bulan Julai 2012, aku perhatikan few students lelaki tidak hadir ke kelas ....aku pun enquire classmate mereka, mana yang lain-lain pergi ni? sunyi je kelas ...

3. Surprisingly, aku dapat satu message seperti di bawah:

An honest sms

4. Tak tahu apa nak buat, seriously aku sangat nervous baca sms ni? ...pendapat aku, mungkin pelajar sekarang perlu berfikir alasan yang lebih logik dan adil bila tidak hadir ke kelas. Alasan yang diberikan sepatutnya lebih sensitif, dan lebih sopan. Itu sahaja .. yet, the class was scheduled at 12.30, macam mana sampai terlalu penat ..u not even play for the game ....



* Sampai opis 6.50am hari ni ...met Ron Kaufman in Youtube, awesome talk Sir!!!

Akmal Adanan
0137793993