Senyum itu sangatlah mudah ... |
2. Minggu lepas, mak aku ke JPJ kawasan ****, salah satu pejabat JPJ di Johor ni. Biasalah, kita ni bukannya runner yang hari-hari ke kaunter JPJ. Mana nak tahu semua dokumen2 pelik utk diisi & digunakan. Pada hari berkenaan, mak aku ada perasan minah sorang ni bad mood jer di belakang kaunter. Oleh kerana tidak tahu dan tak ada pilihan, jadi terpaksa lah juga datang bertanya di kaunter berkenaan, bagaimana caranya utk menukar nama kereta arwah kereta ayah aku. Punya lah kurang ajar, pegawai JPJ berkenaan dengan lagak ngeri malas nak layan, dengan sombong, bongkak, dan kasar ....suruh mak aku balik kerana dokumen tak cukup dengan muka yang masam mencuka macam hanjeng.
* Aku harap dapat maki mak kau bila datang ke tempat aku, baru kau rasa apa yang aku rasa ...
3. Sorry to say ...kepada semua yang bekerja di mana-mana kaunter hadapan (frontliners), kalau kamu tak suka dengan kerja kamu tu, SILA BERHENTI KERJA SERTA MERTA! ...hidup jangan menyusahkan orang lain. Ramai lagi orang boleh ganti tempat kamu. Kenapa dulu masa interview nak mintak kerja semua ko cakap ko boleh, semua point ko bagi kononnya saya pekerja yang paling rajin, saya boleh senyum macam kambing, saya pekerja contoh, saya paling cantik, saya boleh itu, saya boleh ini ...tp, bila on the field, kenapa jadi "saya macam hanjeng ..."???
4. Kepada kawan-kawan yang terbaca post aku kali ni ...kerja apa pun yang kita lakukan, cubalah lakukan dengan baik. Kalau tak boleh nk buat pun, at least, aku merayu dengan kamu semua.... cubalah senyum sedikit ..kalau kamu tak dapat laksanakan sesuatu kerja tu, bagi alasan baik2, terangkan dengan jelas pada customer. Jangan suka2 hati nak moody2 kat tempat kerja. Macam cilaka! satu office terpaksa layan perasaan kau, perasaan aku sapa nak jaga?
Perangai tu biar elok sikit, kalau monyet pun pandai senyum ...takkan tu pun aku nak ajar kan?
Skrg aku kat KFC Tampoi (2233hrs) bersama Jee... baru jer siapkan presentation esok (Isnin, 9am) bersama Timb. Rektor HEA. Jam 5am nanti aku gerak balik ke Melaka. Itulah rutin hidup bila duduk berjauhan ni. Weekend bersama keluarga, weekday kerja yg banyak sangat tak sempat aku siapkan ...aku sangat penat tp perlukah aku nak masam muka kat meeting dengan semua orang esok???
Bodohlah bagi mereka yang tidak pandai mengawal emosi mereka sendiri (Akmal, 2012)
Akmal Adanan
0137793993