Friday, March 9, 2012

Lama


1. Lama sangat rasanya aku tak menulis dalam blog aku sendiri ...ni semua gara-gara suka sangat update status kat facebook tu. Domain aku bayar tiap-tiap tahun ... tapi minat menulis semakin berkurang, rugi rasenyer ...Hari ni, puas aku menyumpah pada mac aku sendiri....siot jer, password blogspot ni pun aku boleh lupa ..

2. Selama 2-3 bulan aku tak menulis nie, aku banyak tidur ...hampir setiap malam.

3. Sebelah siang, aku sibuk dengan pelbagai agenda, balik maghrib/ maghrib ...niat suci murni nk sambung buat kerja, tp fizikal & mental aku dah tak boleh larat. Aku stress, kerja-kerja yang tertangguh semakin hari semakin banyak. Kiri kanan telefon, bila aku boleh siapkan itu dan ini ...Tak tahu aku nk mulakan dari mana, solution yang paling senang ....aku tidur untuk hilangkan ketegangan yang dialami.


4. Paling aku tak dapat terima ...dah beberapa terjadi, tiap kali aku tidur, aku mimpi aku sedang bertungkus lumus meyiapkan kerja yang melambak. Ade sekali aku berasa sangat lega & tersenyum lebar, kerana berjaya siapkan job itu. Sekali tersedar, rupanya mimpi .... hampa kawan ...

5. Petang tadi aku dapat berkayuh...tak jauh off-road 13.9km jer. Malam badan fresh. Pelik aku, makin banyak kayuh, makin kuat pulak badan aku nie. Hari ni aku siap bayar bil-bil air + elektrik, sambil buat sikit kerja, plan masa depan dan sambil dengar lagu2 kegemaran aku ...genre dangdut. Aku rasa takde lagu lain dapat menandingi kehebatan lagu dangdut nie ...susunan muzik die memang menarik, sayang nk tidur rasenye ...



Cukuplah setakat nie ...nanti aku carik topik menarik share kat sini ...mungkin tinggal 2 orang je yang sudi masuk blog aku nie ....



Akmal Adanan
0137793993

1 comment:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

keep it up bro! always support u! Expertise topic mcm perhotelan may be dpt menarik aku dan org lain tuk singgah =)

all the best!