Sunday, October 9, 2011

Selamat Jalan ...

Batch ke-4 DTM Mei 2001, UiTM Lendu, Melaka

1. Dah pukul 2 pagi (hampir) tp mata aku tak dapat tidur. Ade perasaan nak buat kerja, ade perasaan nak kemas rumah tak kurang juga perasaan nak main PES ..tak tahu yang mana satu patut aku kerjakan.

2. Tiba-tiba.. aku terkenangkan kisah lama di UiTM Lendu nie. Tahun 2004 dulu aku dan kawan-kawan menangis2 tinggalkan tempat belajar yang disayang. Tiga (3) tahun aku dan kawan-kawan belajar susah senang bersama. Belajar hidup di universiti, tinggal di asrama.. seronok juga. Kami buat assignment sampai 4-5 pagi, hantar report dapat markah kosong, makan nasi lemak En. Nasa setiap malam, lepak cafe sampai pak guard halau, minum bersama gadis-gadis sebaya, mengantuk semasa kuliah, hukuman berdiri atas kerusi, kena halau keluar kelas, semua itu sungguh indah untuk aku kenangkan semula.



3. Sekarang perkara yang sama ..sejarah yang sama terjadi semula, tapi bukan untuk aku, tapi utk generasi yang lain.

4. Aku masih ingat, masa aku dtg UiTM Melaka dulu, mereka baru semester 2. Merekalah yang aku jumpa dulu. Bermacam-macam event dilalui bersama. Planning event, angkut kerusi meja, panjat pokok pasang kain hijau, buat gimik (belon) tak jadi, belajar masak dan jual kepada mangsa-mangsa pembeli yang datang, dan mcm2 lagi... kini sudah tiba masanya. Mereka harus pergi untuk ke peringkat yang lain.

Kepada HM111 5A + 5B, Selamat menjalani latihan praktikal 12hb Oktober 2011 ..kerja mesti rajin-rajin, sama-sama kita harumkan nama UiTM ...





* Ahad (Esok) kena kerja ..jaga exam last paper... ramai-ramai orang aku selalu menjadi org yang bertuah.

Akmal Adanan
Terima kasih atas segalanya ..
FPHP Melaka

No comments: