Thursday, September 29, 2011

Hazreeq + Maznah


1. Saat aku mula menulis post ni ..dah 4 jam aku berada di depan laptop tanpa sebarang pergerakan ...loser sungguh aku kebelakangan ini. Semua kerja tak berjalan lancar. Somehow kepala hotak aku ni berserabut sama seperti keadaan rumput yang panjang di luar rumah aku. (tapi sekarang baru je potong.. siap kena charged RM40.00) ...oklah tu sapa suruh duduk corner lot.

2. Semalam students yg duduk row rumah aku ni komplen mereka tersesat sampai lorong belakang taman. "Sir ..Kiteorg dah tersesat tak ingat lorong umah kita sbb tgk rumah sir dah takde rumput panjang lg dah ..." Kesal sungguh bunyi komplennya ..Aku faham, bila landmark kita hilang kita akan sama hilang arah. Bangga juga aku selama ini rumah ku jadi landmark ramai penduduk taman di sini.




3. Sebenarnya bukan cerita ni yang aku nak share dengan kamu semua ...Seperti yg dijanjikan aku share sikit gambar-gambar lama yang pernah aku ambil dan tersimpan dalam hard disk ...Seriously, kalau gambar-gambar ni aku umpamakan seperti duit pelaburan, byk faedah yang dah aku dapat ... ada banyak lagi tak sempat aku uruskan ...

4. Makin lama makin byk merepek ..adios ... jumpa di lain post




*** Credit utk Rahmat Ali (FB) atas kepercayaan aku shoot gambar2 mereka ***





Akmal Adanan
0137793993

Thursday, September 22, 2011

Maafkan daku

Terimalah ....Kisah hidupku.
Gambar Hiasan: Outdoor Hazreeq & Maz | Gambar lama di daerah Batu Pahat, Johor [FEB2011] aku shoot utk abg mat fb (Rahmat Ali). Lain-lain gambar aku share kemudian, pasal aku tak cukup masa buat masa nie. TQ pada yang sudi datang menonton =D

1. Hari ini dalam sejarah. Setelah 10 tahun berbakti kepada aku, perit dan jerih kami bersama, makan bersama, shopping bersama, dating juga bersama ....akhirnya hari ini kami secara rasminya berpisah. Itulah dia kehidupan. Setiap yang bermula pasti akan berakhir ..

2. Masih ku ingat lagi, bulan Mei 2001, semasa aku ditawarkan ke menara gading, melangkah ke Universiti Teknologi MARA, Melaka ...kau lah yang datang dan bersusah payah memberi ku semangat, harapan dan duit perbelanjaan. Kau selalu menolongku di saat aku memerlukan, dan di saat ku kesepian. Kaulah yang selalu ada bila ku kesusahan. Sesungguhnya, segala jasamu takkan dapat ku lupakan. Tapi malang ...setelah ku berpindah ke Shah Alam, segala janji ku padamu ku lupakan ...maafkan abang syg...

3. Kau sungguh kejam ..keranamu aku dipanggil ke mahkamah. Ya Allah!! bukan main kasar lagi balasan yang kau berikan ...inikah yang dinamakan cinta??

4. Tp aku sedar, aku jugalah yang memulakan segalanya ...jauh di sudut hati, aku tak bermaksud untuk berbuat begitu ...Sehingga kini aku amat menyesali segala perlakuanku .. sekali lagi, maafkan abg sayang ...









Akmal Adanan
0137793993
(Bayarlah hutang PTPTN anda)

Friday, September 9, 2011

Kumpulan Kompang Warisan Batu 19


1. Kalau datang orang kawen kat negeri Johor memang meriah dengan ritual-ritual/aktiviti kebudayaan-nya ...Kalau tak dgr kompang dan jidur pada aku macam makan nasi tak minum air sirap limau. Itu belum kira kena bayar tol yang sangat menakutkan pengantin-pengantin dan pengapit pihak lelaki. Aku suka sangat tengok budaya yang baik ini diteruskan ...harap kawan-kawan semua sama-sama suka dengan aku.

2. Izinkan aku menulis tentang artikel terbaru berkenaan kompang nie. Dipendekkan cerita, Abg. Din salah sorang pemain/ ketua Kumpulan Kompang Warisan 19, Air Hitam telefon aku raya ke 4 lepas utk shoot gambar mereka balun kompang td. Tanpa membuang masa, aku pun bergegas menjalankan tanggungjawab ini.



3. Seriously, aku juga seorang pemain kompang yang berjaya satu masa dahulu, main lagu Zapin, Kacang Goreng, Enjit-enjit semut semua relax jer. Tak de tersilap pun. Kalau sekarang jangan laaa, mahu sumbang pukulan mereka nanti.

4. Kumpulan Kompang Warisan 19, Air Hitam ni mmg laa best pukulannya. TERBAIK, sampai ke dalam boleh rasa. Pengantin yang tengah bersanding pun siap turun dan mendengar bersama-sama. Jadi ..orang-orang yang ingin mendirikan rumahtangga dan inginkan kemeriahan majlis yang berkesan, mereka sanggup merantau ke mana-mana.

Boleh call, 014-775 3653 Abg Din.


5. Gambar kat bawah ni jual Samosa ..sejak kecil lagi masa ramadhan Arwah abah mesti belikan kami adik beradik samosa nie. Dulu yang jual ayah Abg Din, Wak Samad nama die, dah lebih 30 tahun jual samosa. Bayangkanlah bagaimana kesedapannya ...Malam ni aku ade dinner DTM kat Equatorial Hotel, MELAKA. Jom makan!!!




Akmal Adanan
0137793993

Saturday, September 3, 2011

Al-Fatihah kpd Faizul, Jurugambar BernamaTV

Sumber: Fotowarung Link

1. Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita kematian saudara Allahyarham Noramfaizul kekita menyertai misi bantuan di Somalia. Aku sedih sangat dengan berita kematian ini. Terpaksa bertugas pada Syawal, berjauhan dengan keluarga demi tugas, dengan tidak disangka ajal datang memanggil. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

2. Kepada isteri dan anak-anak Allahyarham, banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Insyaallah ada hikmah atas segala ketentuan Allah ini.

3. Kepada kawan-kawan yang membaca post kali ini. Hargailah kerja-kerja seorang jurugambar ...merakam kejadian hari ini untuk tatapan masa hadapan.




Akmal Adanan
0137793993