Friday, August 26, 2011
Salam Hari Raya Aidilfitri 1432H
1. Ramai sungguh manusia membeli belah menyambut Hari Raya pada kali ini. Sangat meriah ...seronok aku melihat gelagat makcik-makcik beli kain langsir, kuih raya, balang kuih, tudung siti nurhaliza dan macam-macam lagi. Ingat makcik, sunat menyambut hari raya dengan baju baru dan menghias rumah cantik-cantik, tp kena ikut kemampuan ..takut over spending.
2. Aku pulak sampai ke hari ni masih tidak membeli apa-apa. Sejak tahun 1999 aku tak buat baju raya. Aku lebih suka bersederhana rotate baju yang dah ada. Maksudnya badan aku tetap sama slim sejak lbh 10 tahun yang lepas. Kah kah kah seronok menipu orang ..
3. Raya kali ini kali ke-dua aku beraya tanpa Abah di sisi. Sedihnya tak payah cerita. Tahun lepas aku pakai baju raya abah warna hijau, tahun ni aku nak color apa yer ...mak+adik2+gf2 aku nye baju pun aku Xbelikan lagi. Somehow, aku Xde selera nak membeli belah ...tak tahu knp.
4. Oklah, aku Xde idea nak menulis hari ni. Kerja pun byk tak terkira. Tak taulaaa mcm mana nak settlekan. Selamat Hari Raya Aidilfitri ..dgn rendah diri aku memohon maaf dari semua penonton blog aku... Kalau terkasar bahasa tersilap kata aku mohon ampun. Drive kereta, lori, bas hati-hati ...bykkan bersabar di atas jalan raya ...INGAT tu!!
Terima kasih
Akmal Adanan
ILqam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, August 23, 2011
Mari Cabar Diri Anda
1. Aku faham, masa berpuasa ni kita selalu diuji dengan pelbagai ranjau, onak dan duri ...yang kadang-kadang amat sukar untuk kita tempuhi.
2. Waktu puasa nie, selain mengaji, bersembahyang terawih dan juga menderma kepada fakir miskin, kita juga boleh berbuat sesuatu untuk menguji diri sendiri.
3. Kalau nak tahu apa yang sering aku lakukan, mari click link blog member ini di SINI.
Kalau berani cubalah .. (digalakkan berbuat demikian pada waktu siang + bulan ramadhan sahaja)
Akmal Adanan
0137993993
Friday, August 19, 2011
Outstation | Off to Kuala Terengganu 17.08.11
Penulis di dalam kokpit ATR-72-500 | 17.08.11 /akmaladanan
1. Aku baru je balik dari Kuala Terengganu last wednesday 17.08.2011 (Hari ni baru hari Jumaat). Seronok dapat berjumpa saudara Balfour Ross + June di sana. Aku pergi dengan Datin Prof. Toh Poh See & Dr. Mimi. (Aku tak tahu kenapa aku tulis nama2 mereka nie yer.. korang bukan kenal pun). Borak punya borak, baru aku perasan, kering sungguh mulut aku. Mr. balfour cerita pengalaman die tinggal di Scotland + 46 tahun bekerja as photographer di Australia. Aku tak reti nak borak apa, jadi aku cerita pasal kampung aku - Parit Sulong, tak sangka beliau berminat untuk mendengar lebih lanjut. Best jugak cerita aku hari tu ...
Diam tak diam, dekat 3 jam kami di rumah Balfour di situ. Kalau ade sebuah gelas air sirap seronoknyerrr ...
2. Aku sekarang sangat sibuk dengan kerja editing album pengantin yang tidak lekang dari tangan dan juga terdampar dengan kerja-kerja kelas, design magazine fakulti, marketing arm, buat research, siang ikan utk berbuka malam nanti dan macam-macam lagi. Pening kepala hotak aku. Aku rasa panas je kepala nie, maybe sebab running kuat sangat kot. Aku ingat nak install intercooler supaya sejuk sikit dari dalam.
3. So aku share sikit dengan korang gambar aku dalam flight + gambar aku dengan Balfour dan gambo2 editing ni sikit ...sudi-sudi laa jenguk yer :)
Gambar atas: Album design (Second Screen)
Gambar bawah: Wall aku beserta file yg bersepah (Main Screen)
* Dah beberapa kali aku naik flight semenjak dua menjak nie, bosan duduk belakang tak nampak apa-apa. Thanks kat kawan baik aku bagi peluang duduk dalam kokpit ...rasa teruja masa nak mendarat. (susah jugak drive kapal terbang nie ghupenyer ...)
* Pada sapa yang teringin nak drive kapal terbang ..aku nasihatkan adik-adik semua, skill kena mantap, jiwa kena berani. Ingat tu ...jatuh terhempas tau.
Akmal Adanan
Tengah pening kepala boss ...
Tuesday, August 9, 2011
Era Informasi Terkini
Gambar bukan gambar sebenar/ AkmalAdanan
Tunggu novel terbaru dari saya, Akmal Adanan pada 31 August 2011 ini dengan tajuk: "Perangai seperti sepasang selipar". Harga permulaan RM100.00. Tawaran hanya kepada 100 copy pertama sahaja. Copy ke seterusnya akan menjadi lebih mahal iaitu RM1000.00. Baik bertindak cepat sementara stok masih ada.
***
1. Salam Ramadhan, sambil aku duduk di pangkin hisap rokok sepam dua sekejap tadi... dengan tekun aku terbaca beberapa status update kawan-kawan di laman facebook. Macam-macam juga yang disuarakan oleh mereka. Ada yang berkenaan pemberian Setengah bulan Gaji / Minimum RM500 BONUS kakitangan kerajaan, memberitahu di mana mereka berbuka puasa, mengajak bersembahyang terawih, dan tak kurang yang memaki hamun bergaduh dengan rakan-rakan sebaya.
2. Secara keseluruhannya ...Aku bangga rakyat Malaysia sekarang yang nampak lebih vokal, mempunyai daya analisa yang sangat tinggi dan berkebolehan mengutuk orang lain sesuka hati. Tapi sayang, kadang-kadang komen-komen mereka itu menunjukkan sedikit sebanyak kebodohan diri mereka sendiri. Komen di sana dan sini... itu memang kepakaran orang kita. Boleh dikatakan semuanya tak betul. Yang betul hanyalah diri mereka sahaja. (Aku juga mengingatkan diri aku sendiri).
3. Aku rindu zaman kanak-kanak/remaja 10-15 tahun yang dulu. Kalau aku tak puas hati dengan kawan aku kat sekolah atau tempat sepermainan. Aku akan jumpa depan-depan dan cakap secara face to face. Kalau aku rasa kawan tu layak mendapat penghinaan... memang aku maki dia kat situ jugak! Biasanya, kalau aku kalah main guli, aku curi guli dia dan lari balik rumah sambil menangis memikirkan abes setin guli yang aku beli semalam. Itu baru laa hidup yang sebenar. Kalau setakat terer memaki orang di laman sosial, kutuk orang sana sini, aku mintak maaf sebab aku tak rasa korang hebat sangat pun.
Cilaka jam dah pukul 3.11 pagi ..(maki diriku ...lalu terus bersiap ke kamar tidur).
Kerja aku satu pun tak settle dari tadi. Mana rokok gua tadi, gua nak sambung hisap mcm brader-brader kat Simpang Lendu ....
Akmal Adanan
Tengah buat album ..
Thursday, August 4, 2011
Salam Ramadhan 1432H/2011M
A Palestinian Muslim man reads from the Quran, Islam's holy book, on "fajr" or early morning prayer, during Ramadan at a mosque in the West Bank city of Ramallah on Tuesday, Aug. 17, 2010. (AP Photo/Muhammed Muheisen) # Source HERE
1. Alhamdulillah, bulan yang penuh rahmat, bulan yang ditunggu-tunggu ...Bulan Ramadhan telah pun kembali. Bulan untuk semua muslimin dan muslimat memperbanyakkan ibadah dengan pahala yang berlipat kali ganda. (Amacam, ade gaya macam ustaz-ustaz memberi tazkirah di mimbar masjid tak?). Setakat ni dah 3 hari Ramadhan berlalu. Sepuluh peratus (10%) ibadah puasa di bulan Ramadhan berjaya aku tunaikan. Semoga diberi kesihatan untuk aku menikmati bulan yang mulia ini. Amin.
2. Ramai antara kawan-kawan aku fb/sms/bbm/whatsapps mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Kepada yang sempat aku balas harap kamu terima ucapan balas aku dengan seadanya. Mana yang aku tak balas, mungkin aku terlepas pandang di mana-mana sudut. Maaf dipinta.
3. Jadi sebagai umat Islam yang baik, aku merasakan tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ...ingat, bulan Ramadhan ini bukan pesta makanan. Jangan membazir, jangan makan banyak-banyak. Juga, jangan bawa kereta laju-laju, jangan susahkan hidup kawan-kawan dan sesiapa yang ada disekeliling kita. Banyakkan bertolak ansur dalam hidup ..insyaallah hidup kita akan dipermudahkan ....
Signing off,
Akmal Adanan
Intekma 0110Hrs
1. Alhamdulillah, bulan yang penuh rahmat, bulan yang ditunggu-tunggu ...Bulan Ramadhan telah pun kembali. Bulan untuk semua muslimin dan muslimat memperbanyakkan ibadah dengan pahala yang berlipat kali ganda. (Amacam, ade gaya macam ustaz-ustaz memberi tazkirah di mimbar masjid tak?). Setakat ni dah 3 hari Ramadhan berlalu. Sepuluh peratus (10%) ibadah puasa di bulan Ramadhan berjaya aku tunaikan. Semoga diberi kesihatan untuk aku menikmati bulan yang mulia ini. Amin.
2. Ramai antara kawan-kawan aku fb/sms/bbm/whatsapps mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Kepada yang sempat aku balas harap kamu terima ucapan balas aku dengan seadanya. Mana yang aku tak balas, mungkin aku terlepas pandang di mana-mana sudut. Maaf dipinta.
3. Jadi sebagai umat Islam yang baik, aku merasakan tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ...ingat, bulan Ramadhan ini bukan pesta makanan. Jangan membazir, jangan makan banyak-banyak. Juga, jangan bawa kereta laju-laju, jangan susahkan hidup kawan-kawan dan sesiapa yang ada disekeliling kita. Banyakkan bertolak ansur dalam hidup ..insyaallah hidup kita akan dipermudahkan ....
Signing off,
Akmal Adanan
Intekma 0110Hrs
Monday, August 1, 2011
Induksi 147/2011
Ahli kumpulan aku ..Six Prime
2. Jumaat pagi, aku dari Bp ke Melaka. Bertolak ke Kg. Gajah 12tgh hari ...menjadi musafir lagi aku pada hari itu. "Jauh nye perjalanan ke Kg.Gajah, Perak ni" Kata hati kecilku ..(macam cerpen pulak). Tp aku tak berani ckp byk kerana diberitahu tempat ni memang 'keras' utk orang2 baru sampai ...
3. Rutin harian di Pusat Latihan; 0745Hrs - Beratur (Last aku buat masa konvo Master dulu) utk menyanyikan lagu Negaraku + Lagu Uitm. Selepas itu masuk ke dewan dan mendengar ceramah yang menarik 0800-1900Hrs setiap hari. Penat juga rasanya menjadi Pendengar ....Selain itu disulami dengan pelbagai jenis makanan, sarapan pagi, makan tgh hari, minum petang dan pelbagai lagi jenis minuman. Enam (6) kali solid setiap hari ...
4. Tiba-tiba dah abes sesi 2 minggu induksi di Kg. Gajah. Seronok bertemu ramai kawan-kawan baru ..lelaki mahupun wanita.
5. Seronok juga berada di dewan Bestari 3/4. Aku pun tak pasti bagaimana kami dapat menukar suasana dewan menjadi ceria seperti kami mendukung destini anak bangsa. Segar rasanya dapat mendengar tepukan gemuruh dari pensyarah setiap kali ceramah bermula/ berakhir. Hari terakhir (Exam Day) juga begitu. Walaupun semua sibuk menjawab soalan, sempat juga kami memberi tepukan gemuruh kepada pensyarah yang pertama siap dan menghantar kertas jawapan. Wkakakaaaa ...
Untuk melihat album penuh, sila click SINI
Group page di SINI
Memang best!!!
Akmal Adanan
0151Hrs
3 Ramadhan 1432H
Subscribe to:
Posts (Atom)