Aku tengok, kawan-kawan seronok kondem Team Malaysia (Harimau Malaya) bila pasukan ini kalah ...Memanglah diakui, ada silapnya permainan pemain kita pada malam ini, tp apa nak buat, kalau boleh mereka juga nak menang ...tp kalau dah memang tidak ade rezeki :) ....Sabarlah kawan, insyaallah kalau kita berdoa bersama-sama, kita boleh maju ke depan.
Buat pemain Spore pula, kalau bermain dgn suka melengahkan masa, aku tak rasa kamu boleh sampai ke piala dunia. Tp, itu juga bukan salah mereka, kalau Malaysia di depan, mungkin begitu juga tindakan kita.
Harapan aku ..jgnlah kita cukup mudah utk menyalahkan orang lain. Kita kata pemain lembik laa, tiada tumpuan, dan tiada arah etc. Sesekali, cuba cermin semula diri kita, adakah kita bekerja dengan baik dan sepenuh hati setiap hari? Tidak pernahkah anda keluar pejabat utk minum pagi? Keluar makan tengah hari? Pergi ke bank? Keluar sebentar service kereta? hantar anak sekolah? etc ....
Apa pula komen anda tentang perkara ini?
* Sampai dr Perak (selepas 2 minggu/ 16-28 July 2011) pukul 645pm td. Malam ini kemas2 beg utk trip esok 28-31 July 2011. Khamis depan ke Kuching, Sarawak.
Akmal Adanan
Alor Gajah, MELAKA
Baru sampai dari Kg. Gajah, Perak
Baru sampai dari Kg. Gajah, Perak