Friday, May 20, 2011

FILEM


1. Aku perhatikan makin ramai pulak kawan-kawan yang dah menonton movie terbaru Nur Kasih The Movie 2011. Sedih movie ni katanya ..ramai yang menitiskan air mata.

2. Aku dah follow cerita ni lama dah. Wah wah ..bukan main siap tunjuk-tunjuk salinan tiket wayang lagi. Kalau nak eksen pasal dah tengok cerita ni dengan aku, kamu silap orang. Aku lebih menjiwai cerita ni lama dah... bukti pun ada. Click SINI. Aku tengok Nur Kasih ni sebelum movie ni keluar lagi tau. Nama pelakon perempuan dia pun aku tau. Aku juga salah sorang rakan facebook Tiz Zakiah ..kalau setakat dah menonton tp bukan kawan Tiz, lupakan je laaaa... Kabir Bhatia juga mungkin terlupa permintaan aku, memasukkan Nora Danish sebagai pelakon baru dalam movie terbaru ni.

3. Aku malas nak komen banyak pasal perkara ni .... Ramai juga kawan tanye "ko dah tengok ke movie Nur Kasih?" jawapan aku simple "aku tak dapat tengok lagi, alasan, sibuk bekerja". Senang je sebenarnya nak menjawab soalan yang straight forward ..bukan "menjawab soalan dengan soalan" seperti ahli politik zaman sekarang ni. Kadang-kadang jawab soalan dengan mengherdik balik si penanya pun ada ....aku rasa David Teo lebih layak dipanggil Yang Berhormat.


Tiz, sabar ye nt abg dtg panggung and see ur acting .... :)




Signing off,
Akmal Adanan

No comments: