Wednesday, June 23, 2010

#2 Research, and a lot of Courses to attend

School girls passing by the signboards located at Bandar Hilir, Melaka.

1. Hari ni cuaca di Alor Gajah sangant memberangsangkan. Hujan di pagi hari membuatkan aku bangun lewat, seterusnya lambat sampai ke pejabat. Ini adalah sesuatu yang tidak baik bagi seorang staff yang rajin seperti aku. Aku perlu attend i-learn course seawal 8.00 pagi. Secara praktikalnya aku lambat sampai ke makmal komputer. Perasaan malu sedikit menular dalam hatiku, tapi aku terus je masuk dan duduk sambil jari telunjuk ku tekan di butang on. Alhamdulillah masih sempat aku catch-up the content of the course. Good!!!

2. Setelah aku attend banyak course di UiTM ni, aku dapat rasankan aku semakin menjadi insan yang lebih baik. Macam kata PakLah dulu, membangunkan modal insan, aku laahh salah sorang daripadanya tu. Kalau semalam aku attend 2 kursus serentak, hari nie aku attend satu meeting di iLQaM dan satu bengkel komputer. Meeting hari ni adalah untuk menerima lawatan a group of Portuguese representatives to Melaka, scheduled this coming September. Dateline utk tugasan yang diberikan 5 Julai ini. Satu lagi tanggungjawab. Alhamdulillah.

3. Selepas menghadiri bengkel Writing a Winning Research Proposal semalam, aku bersengkang mata amend some of the area needed. Siap lebih kurang 1200am. Aku terpaksa menggadaikan perasaan menonton world cup dan membiarkan salah satu lagi team yg aku suka terkeluar. Nampaknya aku perlu cari satu lagi team kegemaran selepas Korea Utara & South Africa. Satu persatu team yg aku minat terkeluar. Sedih. Sekrang dah pukul 2 petang. Aku sedang siapkan budget proposal untuk research buat kali ke berapa pun aku tak pasti. Doakan aku kuat menghadapi semua ini okey!!

4. Ok jangan kacau aku nak buat kerja ...






Akmal Adanan
0127655165

3 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

selamat buat keje bro..hahahaa....

Acaii said...

gila bizi yb akmal sekarang ni,heheh..:) moga siaht2 je mal ye..bizi2 tu jangan lupa sediakan masa untuk kahwin mal,hahaha

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

khairil, acaii...thanks ..acai insyaallah aku ingat pesanan ko tu eekkee