Sunday, February 28, 2010

JOM BUAT ALBUM !!!

Post wedding picture of Al-Malek & Raihan, taken somewhere at Cap Square, Kuala Lumpur. Date: November 2009.

1. Aku ingat lagi, masa tahun-tahun dulu... zaman 2004, masa tu aku zaman nakal-nakal lepas Diploma. Xtahu nak buat ape, nak sambung degree rasa macam susah jer, nk merempit pasti ayah aku bantah, lagipun nak harap moto Suzuki RC80 top speed 110km/hour tu mana laa boleh menang, nak keje masih malas-malas, nak bercucuk tanam, tanah pulak Xade... jadi aku pun menceburkan diri dalam bidang seni. Ape itu seni? aku pun kurang pasti.

2. Dipendekkan cerita, aku selalu tolong ayah aku angkat beg-beg kamera die, backdrop, lampu-lampu denyar atau dalam bahasa inggeris nya 'flash' dan macam-macam lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, zaman dulu amek gambar Xsemudah sekarang. Tp yg bestnye, lepas siap je shoot, terus bawak filem's ke kedai, and siap print. Balik je ke rumah, malam tu jugak susun gambar kat album. Esok pagi boleh deliver pada pengantin! cepat bukan? Dari minggu ke minggu tu laa keje aku. Kerja minggu tu siap masa tu jugak.

3. Zaman dah berubah. Sekarang dah pun tahun 2010. Aku ingat lagi dulu masa aku shoot wedding pakai film camera, lepas antar film ke kedai.. masa develop film, kite-kite (photographer) minum kat satu kedai nie. Semua minum, tp semua malas nk bercakap. Xde mood. Bukan pasal ape, pasal perasaan risau tu sgtlahh kuat. Kalau nak tahu ape jadi pada gambar yg kita shoot td, after siap develop baru kita dapat lihat. Kalau bagus, alhamdulillah, tp kalau Xbagus .....jawab laa pada pengantin.

4. Sekarang pulak, zaman edit mengedit ...process nya lebih panjang. Every picture yg nak dimasukkan dalam album, first, we have to select. Out of thousands pictures tu, a few hundreds je akan digunakan, mengikut kesesuaian. Then kene edit color correction, WB, cropping, style etc. Selepas itu, kene design mengikut jalan cerita, dan kesuaian majlis. Process nie memerlukan mood, dan kena letakkan 100% hati dan perasaan ke dalam baru laa album akan nampak nice.

5. Skrg dah pukul 6.30pm. Dari pagi aku select gambar. Then edit a few. By the moment nk design album, semua jadi Xkena. Maybe sbb byk fikir kot. Esok dah start kerja, saham jatuh, artis bergaduh, kucing suka berak sekitar rumah dan macam-macam lagi. Semua mengganggu emosi aku. Esok dah masuk bulan March, cepat sungguh masa berlalu. Aku kene cepat... doakan aku lebih pantas menyiapkan semua amanah nie ok!






Akmal Adanan,
0127655165

Friday, February 26, 2010

MAULIDUR RASUL 1430H

1. Hari nie adalah tanggal 12 Rabiulawal 1430H. Untuk pengetahuan hari ini adalah hari umat Islam menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..marilah kita bersama berselawat ke atas baginda, dan sama-sama menghayati perjuangan nya dalam membangunkan syiar Islam di muka bumi ini.

2. Semalam aku off sbb ke J.B atas urusan penting. Plan malam khamis itu utk pulang ke Melaka Xkesampaian sbb terlalu mengantuk dan penat. Aku jugak terlepas satu appointment ngan abg rahmat malam tu. Sorry sgt2 brader. Akibatnya, pukul 4.30 am aku dah kena bangun,5.00 am bergerak ke Bandar Melaka... takut sgt lewat sampai ke perarakan Maulidur Rasul pagi nie.

3. Rasa bersemangat juga hari nie sebab berarak dan berjalan sambil berselawat ke atas Rasullullah ....satu pengalaman yang menarik juga. Hari nie walau cuti aku ade kat office skrg, siapkan test utk Isnin nie. Dan siapkan album-album yg tertangguh. I wish I could have more time to do all those responsibilities. hopefully ...





Akmal Adanan
0127655165

Wednesday, February 24, 2010

TODAY & TOMORROW

Part 1 students of Hotel & Tourism Management, Dec-Apr2010
Picture taken on the Tourism (HATIC) Induction Day, sometime in January, 2010.


1. Satu masa dulu, aku adalah antara salah sorang antara student-student yg berada di sini (UiTM Melaka). Masih segar dalam ingatan semua history suka dan duka zaman belajar. Ada senior, junior, bf, gf, ponteng kelas, score test, fail subject, and bermacam-macam lagi. Kadang-kadang rasa perit sgt masa belajar nie. Banyak kelas kene attend, assignments to be submitted, lecturer yang garang, kesatria, ko kurikulum aktiviti, dan banyak lagi. Bosan? kadang-kadang ye jugak.

2. Masa tu terasa nk cepat je nk abeskan study and bekerja. Malas nk fikir masalah-masalah assignments nie, malas nk bangun pagi datang kelas, malas lahh segala-galanya. Kalau kerja, kita ade banyak duit, best, bebas, glamour etc. Then, bila sampai waktunya, bila aku habis belajar, and dapat bekerja. Aku rasa seronok sangat. Bebas dari segala benda-benda universiti nie. Tapi sayang, apa yg aku fikirkan Xseindah yang disangka.

3. Masa tu baru aku tau, saat paling seronok adalah saat kita menjadi pelajar. Pertama, kita ada ramai kawan. Di office, kawan kita Xlah seramai 30 org in a class dan beratus lagi di hostel. Dulu jika kita malas dtg kelas kita boleh sesekali ponteng, bila bekerja ponteng kerja adalah satu kesalahan yg sgt serious. Datang kerja Xboleh lewat, everyday sharp 8am kena ada office. Kalau dulu kelas kamu pack, 8.30-4.20pm... masa bekerja lagi pack, aku masuk 8.00am dan selalunya balik around 9.00pm everyday. Kalau dulu sabtu & ahad adalah hari cuti and ada cuti semester, sekarang jgn harap laa nk cuti lama. Sabtu or ahad pun kamu kene kerja especially in tourism industry. Kalau dulu malas buat assignments (yg Xde laa susah mana pon) skrg assignments required by the boss and demand from the tourists is even greater.

4. Tp, itu adalah realiti hidup. Semakin dewasa seseorang itu, dia akan mempunyai lebih banyak tanggungjawab. Tanggungjawab kepada diri sendiri, kerja, suami/isteri, anak-anak, ibu dan ayah dan macam-macam lagi. Ape pun we have to enjoy everything we have in hand ....






Akmal Adanan,
0127655165

Monday, February 22, 2010

WHERE AM I LAST WEEK?

Part 4 Students - Faculty of Hotel & Tourism Management, Dec-Apr2010
Picture was taken somewhere at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Courtesy of Zue (photographer)

1. Just came back from Kg. Banghuris in Sepang, and Kuala Lumpur for an educational trip yesterday (Sunday-February 21st, 2010). Everybody looks so happy completing all the activities attached to them. It was a great edifying trip. We have fun and enjoy the moment very much. Hope we have learn something useful during the trip. PEACE ..

2. For those who interested to have bigger size image... you can download it HERE.






Akmal Adanan
0127655165

Sunday, February 14, 2010

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2010

Picture taken at Muar, Johor - Flash Photoclinic with Din Pawaka. Feb 2010. But this pic was taken without flash, Canon 40d, Av mode, with Ev bias.

1. Hari nie 14hb Feb, hari yg dikenali sebagai 'Valentine Day' bagi pasangan yg sedang hangat bercinta, yang Xberapa hangat dan tak lupa juga pasangan warga emas. Pada yang menyambut hari Valentine nie, selamat menyambut. Aku Xsambut hari nie sebab Xde pape nk celebrate pun. Cuma skrg aku relax-relax kan diri and buat kerja-kerja macam biasa.

2. Seriring dengan Valentine Day nie, Rakyat Malaysia juga meraikan sambutan Tahun Baru Cina. So, kesempatan ini izinkan aku mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada kawan-kawan aku, lecturers, jiran-jiran dan semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Semoga tahun Harimau ini membawa seribu kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.





Akmal Adanan
0127655165

Friday, February 12, 2010

PILIHAN DALAM HIDUP

Gambar sebagai hiasan. Taken in Alor Gajah Town, Malacca. Credit to Rasfan for the picture.

1. Dalam kehidupan kita nie, terlalu banyak pilihan yg perlu kita fikirkan. Dulu masa sekolah, after amek PMR dan mendapat keputusan yang membuatkan aku sendiri tersenyum, aku membuat pilihan mengikuti kelas 'science stream'. Walaupun aku kurang minat science, aku tetap memilihnya kerana beranggapan berada di kelas science adalah sangat cool, dan kita nampak smart (pandai). Akibat terlalu mengejar status, dan image, dalam hampir setiap peperiksaan, aku selalu berada di rank 10 terakhir dalam kelas. Cool bukan? aku selalu fail dalam subject-subject science dan matematik tambahan. Aku kurang senyum sebab selalu sgt stress dengan keadaan-keadaan di atas. Padan muka aku ..

2. Perasaan menjadi seorang yang gagal dalam kelas bukan sesuatu yang membanggakan. Plus, masyarakat sekeliling memandang serong pada mereka yang tidak berjaya. Tp aku buat Xtau jer. Kalau aku berjaya pun, bukan dieorg nk bagi aku kereta sport atau duit voucher RM2k. So, persetankan dieorg. Just buat ape yang bagus untuk diri kita sendiri. Itu lebih baik dari memikirkan orang lain.

3. Lepas SPM, aku mohon masuk Universiti. Sembilan (9) tahun aku berada dalam institusi pendidikan dan akhirnya bekerja. Sesuatu yang memberi impak yg besar dalam hidup aku. Satu keputusan yg paling baik aku lakukan adalah masuk dan belajar di UiTM. UiTM byk berjasa pada aku. Aku nie agak nakal sikit. Kalau X, mungkin aku skrg menjadi kutu rayau, atau sampah masyarakat di Malaysia nie. Tp lelaki kena la jahat sikit kan? kalau tak Xkreatif laa hidup.

4. Selain itu, keputusan menjadikan Photography sebagai hobi & kerjaya juga memberi benefits yg banyak. Aku sangat happy dengan hidup aku sekarang. Mempunyai hobi yang sihat, mempunyai ramai kawan, dan kadang-kadang seronok mempunyai ramai teman-teman wanita yang cantik ....So far, alhamdulillah, aku bersyukur dengan ape yang aku ada. Kepada yg masih tercari-cari jalan hidup sendiri. Fikir laa dgn sedalamnya. Pilihan anda sekarang mungkin mempengaruhi hidup anda pada masa akan datang. Baik atau buruknya keputusan anda itu akan anda ketahui kemudian ...







Akmal Adanan,
0127655165

Thursday, February 11, 2010

HOW TO DO AN ASSIGNMENT?

Picture was taken while on the 'kojek' ride somewhere in Belakang Padang, Indonesia. In June, 2009.

1. Kebelakangan ini aku byk menerima soalan-soalan dari para pelajar yg aku kasihi. "Sir, mcm mana nk buat asignment yg you bg nie, we all Xfaham laaa". Sebagai bekas seorang pelajar dulu, aku dah jangka soalan-soalan begini mesti keluar. Aku mcm bese, akan sentiasa cool jer walau ape pun soalan yg terbit dari minda mereka nie. Jika mereka suka bertanya ianya adalah positive signs. Bermakna mereka ingin belajar. Tiba-tiba aku terbaca status box advisor aku dulu... hehee best btol perumpamaannya. Jadik aku rasa aku nk share kat posting aku kali nie. Bunyi nya lbh kurang begini:
"An assignment paper should be like a mini skirt, Long enough to cover everything but short enough to keep it interesting"
2. Hehehee, pada aku perumpamaan nie mmg sgt menarik. Bagi orang-orang lelaki maskulin seperti aku, mmg senang laa nak faham. Aku harap yg lain dpt sedikit idea dari sentence di atas... PEACE no WAR!



Akmal Adanan,
0127655165

Sunday, February 7, 2010

ME AT NAJIB's VISITS

Picture taken on the PM Visit to Malacca February 4th, 2010. Location: Hang Tuah Mall, Malacca. Credit to Mr. Rasfan B. Kasim. Me with 7D + 70-200 f2.8.

1. Sekejap je rasanya. Hari nie dah pun hari Ahad. Baru je nk g jalan-jalan ker, dating ker, jumpe Siti Nurhaliza ker, tp semuanya hanya tinggal menjadi rancangan. Smlm aku ke Muar attend photography class with Putera Pawaka. Byk aku belajar terutamanya lighting setup for outdoor photography. Pada yg mungkin mencari-cari kelas yg berpatutan dan sangat memuaskan hati boleh laa join kelas Din pawaka nie. (din pawaka adalah jurugambar rasmi ikin & mawie). After Taiping, and Muar, Din will organize more classes in batu Pahat, Kluang, Penang, J.B, Colombia, dan Haiti, kalau die nak laa.

2. Sekarang nie aku kat rumah, @batupahat. Tengah kemas2 barang sebelum balik Melaka sekejap lagi. Banyak perkara perlu diselesaikan sebenarnya. Nak kene prepare utk kelas esok pulak. ahaha ...gosok baju, kemas bilik, baca buku dan tidak dilupakan design album. Nasib baik blum ade cahaya mata lagi. Kalau tak mesti aku nk kene bawak mereka berjalan-jalan ke Sunway Lagoon, atau Zoo Negara utk berekreasi... dan memperkenalkan jenama-jenama haiwan di muka bumi Malaysia nie. Aku nk bwk diri sendiri menonton movie 'Adnan Sempit' yg katanya best tu pun Xlepas-lepas lagi. Aku masih gagal utk membahagiakan diri sendiri ... Sorry kawan-kawan, ntah pape penulisan aku sejak kebelakangan nie. Kalau aku tulis mcm nie utk research aku, tentu advisor aku dah pecat aku jadi student die. hehehe ... Sila view my picture masa PM visit Melaka last week pada entry di bawah. tq



Akmal Adanan,
0127655165

Friday, February 5, 2010

NAJIB 1MALAYSIA VISITS - MALACCA

1. Semalam (dah 3hari lepas sebenarnya) aku buat photo marathon. Cover 3 majlis dalam satu hari. Kerja nie bukan calang-calang org boleh buat. Lagi-lagi orang yang kuat tido seperti Tom atau Md Nurie nama sebenarnya. ekekekek... Jam 7 pagi lagi aku bertolak dari Johor dan sampai di Uitm Kampus Bandar Melaka jam 8.30 pagi. Majlis adalah berkaitan adalah Amanat VC Uitm yg baru Dato' Sahol kepada staff Uitm. Aku mmg suka shoot gambar-gambar event mcm nie utk meningkatkan kualiti peribadi dan intergriti.

2. Tamat majlis lbh kurang jam 12.30pm. Aku mkn tengah hari di Hang Tuah Mall area, dan melawat n berkenalan ngan student-student photography. Selepas itu, kami menunggu ketibaan PM- Dato' Seri Najib yg dijangkakan jam 3ptg. Setelah puas menunggu dan minum air tin, akhirnya beliau tiba bersama Ketua Menteri Melaka Dato Ali Rustam. Kira-kira 3000+ orang beratur menyambut ketibaan PM yg dikasihi. Part nie mmg best sbb bergelut dengan lain-lain press, polis and security PM. Dato' Najib kemudian berucap pendek di depan UiTM, singgah sebentar minum di kedai makcik satu nie (aku Xingat nama kedai tu plak) seterusnya berjalan kaki ke Kampung Morten dan akhirnya menaiki bot utk menikmati river cruise view. Jauh sungguh berjalan sampai mlm td kaki aku terasa sakit. Cuaca pulak fuhhhh, mmg boleh menggelapkan kulit ...





3. Sebelah malam, aku and housemate Rasfan ke Klebang utk menghadiri majlis makan malam 1 Malaysia terbesar dlm negara juga dirasmikan oleh PM. Sasaran mereka adalah 50 000 orang. Dalam hati muat ke nak letak ramai-ramai manusia dalam tu. Puas aku pijak clutch kete selama sejam, terasa nk singgah kedai kete beli kete auto je rasenye. Nasib kedai dah tutup. Pantai Klebang dibanjiri lautan manusia. Mmg sasaran 50000 orang tercapai. Aku try juga nk call kawan-kawan Melaka, tp syg.. line congested. Sampai nak telefon orang tersayang pun Xboleh. Ape pon aku salute Ali Mamak sbb lawak die mmg best nak giler!!! jugak Mahathir Lokman the best mc ever!!!

4. Jalan Klebang yg kecik nie super pack bile 50,000 manusia nie bergegas nk balik. Aku dipahamkan sorang dpt nombor bertuah drive blk kete Viva. Perghhhhh, bestnyer. Disebabkan malas nk tekan clutch, aku stay kat gerai tepi jalan nie. Tunggu punya tunggu pukul 2.30am baru reda. Aku sampai umah kat Alor Gajah pukul 3am... akibatnya aku mengantuk seharian masa kat tempat kerja.

5. Aku malas nk edit gambar banyak-banyak. Aku pilih yg mana aku rase ok jer. Satu lagi sbb aku dalam mood nk siapkan album pengantin-pengantin aku yg tertangguh nie. Doakan aku cepat siap okeyy! Gambar-gambar amanat Dato' VC aku upload later. Gambar makan malam jugak kemudian (aku Xshoot byk gambar pon). Byk tumpukan perhatian pada makanan dan yg lain-lain. Thankssss

Lain-lain gambar sila click SINI.






Akmal Adanan,
0127655165

Wednesday, February 3, 2010

YEAY!!!


It is a view from Tower 2 KLCC on the 42nd floor. The same level with the Sky Bridge, KLCC. Taken sometime in 2007.

1. Alhamdulillah, hari ini selesai sudah kerja-kerja MQA... uuhhhhhh ...syahdu sungguh menyiapkan kerja-kerja nie. Everybody in the place sibuk membawa file-file yg besar dan berat ke sana ke mari. Bilik printer, photostat and semuanya hampir penuh dihiasi oleh kami semua. But now it is over. Just wait for the MQA visit this week.

2. Esok, PM Malaysia akan datang ke Melaka to officiate something. Upacara apa?... aku blom sempat figure out lagi. It is a big event, bcoz our new NC will also turn up. Maybe esok aku akan shoot a few frame gambar sebagai hiasan. Tp masalahnya aku pulak lupa membawa kamera aku bersama. Sebagai balasannya, sekejap lagi aku akan pulang ke kampung halaman, dan menyediakan semua kelengkapan utk esok. Menarik bukan?? hehehe Ok, malas nk citer panjang-panjang. Instead of blogging, better i go back and drive to the destination.

3. Sapa-sapa orang melaka, harap aku dapat jumpe korang esok....




Akmal Adanan,
0127655165

Monday, February 1, 2010

HIDUP ITU INDAH


Gambar di atas sebagai hiasan. Diambil masa berjalan-jalan di KL. Xingat di mana. Aperture Priority, no flash. Time- around 4pm. Side lighting from the front.

1. Hari nie dah masuk bulan februari 2010. Tinggal 11 bulan lagi, meningkat setahun lagi umur aku. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 10 malam. Di kala ramai rakan-rakan sedang seronok menonton televisyen berwarna, aku pula sedang menghadap laptop menyiapkan tugas-tugas yang belum siap dan ntah bila nak siap. Sejak sekian lama, (1-2tahun dulu) aku sibuk menyiapkan assignment (masa belajar). Cuti semester aku sibuk shoot wedding and events. Awal semester, masa budak-budak universiti get relax, berseronok di kopitiam, dan club-club hiburan, aku pula sibuk menyiapkan album pengantin. Sebab Xmahu mengganggu waktu pembelajaran dan waktu menyiapkan assignments.

2. Sekarang waktu bekerja, lebih byk beban yang ditanggung. Kadang-kadang aku rasa nk pukul je budak2 yg letak status "boring" dalam facebook mereka. Kenapa aku Xsempat rasa boring dalam hidup aku nie. Bila laa agaknya dapat berehat di tepi pantai yang berpasir putih, ditiup angin yg dingin sambil membaca buku-buku motivasi yang kemas aku simpan dalam almari. Atau pun, bercuti menaiki kapal terbang Airbus A380 kelas satu ke European countries. Mesti terasa sungguh hebat dilayan oleh stewardess-stewardess yang cantik-cantik dan selalu tersenyum kepada orang kaya seperti aku.

*wehh ape laa bendanya teaching repertoire nie???




Akmal Adanan,
0127655165