Setiap 16 May, semua rakyat Malaysia menyambut hari guru. Masih lagi segar dlm ingatan, pada tahun 2000, masa tu di tingkatan 5, terngiang2 guru2 Sek.Men.Dato' Sulaiman, Batu Pahat menyanyikan lagu GURU MALAYSIA ... "Kami guru Malaysia, .....Berikrar dan berjanji.....mendidik dan memimpin, putra putri negara kita..." bait2 lagu tu sungguh dalam maksud tersurat dan tersirat. Sungguh bersemangat dan sepenuh hati alunan suara2 para guru semua. Susah ker jadi seorang Guru nie? hehehe, ramai yg memandang rendah tugas seorang guru.. kononnya mudah. Tp hakikatnya tanggungjawab mereka adalah sangat tinggi, dan mencabar. Budak2 sekarang Xsama dgn murid2 dulu. Tanya lahh Guru2 yg mengajar skrg, semuanya sedang menghadapi murid alaf baru yg lebih 'creative' kenakalannya ...
Banyak kes2 kebelakangan nie yg menidakkan kesungguhan dan keazaman tugas seorang guru. Apabila murid dicuit, ibu dan ayah melenting... merujuk ke mahkamah, kononnya menuntut bela atas kekasaran yg berlaku?? knp mereka perlu mengambil tindakan sebegini?, tidak seperti ayah dan ibu zaman terdahulu?
Masih ingat, semasa dalam kereta perjalanan ke Terengganu last Friday, mendengar panggilan salah seorang pendengar Hot Fm. Dgn tajuk, "Saya mintak maaf cikgu" ape yg die kata ialah, "Saya adalah murid yg paling degil semasa sekolah dulu, membuli, mencuri, bergaduh, semua saya lakukan... saya masih ingat Cikgu Nasir (bukan nama sebenar)..... saya sangat berterima kasih kepadanya.... terima kasih kerana menampar saya satu masa dulu, kerana dengan penampar itulah saya menjadi manusia yg berguna." sambil suara tersekat2 menahan kesedihan dan kekesalan.
Jadi, kepada ibu ayah.. jd laahh rasional. Xde Guru yg dengan sengaja nk menghukum anak anda. Pls check on both side, bukan asik membabi buta menyalahkan org lain. sesungguhnya memanjakan anak lebih teruk dr segalanya. Ia merosakkan. Mari fahamkan sajak yg dpt dr research yg sekejap kat google... kalau ade masa boleh laa pahamkan sekali isi die.
SAJAK GURU 'O' GURU
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
USMAN AWANG
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
1979a
4 comments:
haha, nt kau pun bakal menjadi warga pendidik...
Selamat Haru Guru jugak Mal....owh sambut hari guru kat tasik kenyir ke....tak balik kg ke sambut dgn emak & ayah...tak baiknya.
ami, yaa.. doakanlahh
abg mat, ntah laa jauh plak menyambutnyaaa.. mmg plan nk blk kg, tgh cari ruang nie ... =) nanti kite boleh minum2 lagi
Its a one of the best place i have visited in Malaysia....
Mohamed
Post a Comment