Tuesday, April 29, 2014

Obama Official Visits to Malaysia (26th-28th April 2014)

Gambar-gambar di bawah adalah diambil dari antara jurugambar rasmi lawatan Obama ke Malaysia 26-28 Apr 2014. Dari banyak sudut, aku sangat suka melihat bagaimana sistem team Presiden US ini bekerja (Sejak menonton rancangan National Geography) etc. Banyak yang boleh pegawai-pegawai kerajaan lihat dan belajar dari team ini. Apa yang saudara Wazari ini share sangat membuka memberikan aku inspirasi tentang bagusnya mereka bekerja.

Semoga dapat membuka mata kalian ...


Sama Ada Anda Suka Atau Tidak Subjek Dalam Gambar, Itu Masalah Anda, Yang Penting Kami Melakukan Tugas Merakam Sejarah Untuk Negara | Hargailah Kerja Photojournalist | Obama Sampai Jam 5PM Lebih, Team (Jabatan Penerangan Malaysia) Sampai di Parlimen Jam 12PM | Biasanya Untuk Sambutan Rasmi Di Parlimen Untuk Seorang President, Sejam Awal Pun Dah Ok, Tapi Secret Service Mereka Betul-Betul Buat Kerja, Nothing Left To Chance | Setiap Tempat Duduk Menteri-Menteri Di Periksa Rapi, Setiap Satu, Setiap Kamera Baik Kamera Video Atau DSLR Di Periksa Satu2, Selain Menggunakan Anjing Pengesan, Human Manual Check by Security Mereka Juga Di Lakukan | Apapun Syukur Alhamdulillah, Mulanya Hujan Turun Sampai Memungkinkan Sambutan Di Lakukan Dalam Parlimen Tapi Dalam Jam 5PM Hujan Berhenti...
Caption & Photo by Wazari Wazir


Pete Souza (Centre) | Chief Official White House Photographer at The Parliament |
Kuala Lumpur Malaysia | 26 April 2014. 
Caption & Photo by Wazari Wazir

The Photographers at Seri Perdana | Masa Ni Media US Belum Sampai Lagi
Caption & Photo by Wazari Wazir

ATTENTION To DETAILS | Officer Dari White House Menggunakan Handheld Light-Meter Untuk Tengok Keadaan Lighting Di Mana Barack Obama dan Najib Razak Akan Memberi Ucapan | Lepas Dia Cek, Dia Datang Ke Tempat Kami Jurufoto Dan Bertanyakan Sama Ada Keadaan Lighting Ok Atau Tidak Sambil Melihat Ke Dalam LCD Kamera Saya (Tapi Masa Dia Tengok LCD Kamera Saya Takde Pulak Org Amik Gambar).
Caption & Photo by Wazari Wazir

Bendera Pun Dia Ejas Bagi Nampak Elok | Org Yang Sama Jugak
Yg Check Lighting Guna Light Meter / Exposure Meter
Caption & Photo by Wazari Wazir

Kerja Officer Ni Pulak Check Sound System | Banyak Kali Dia Cek, Supaya "Bunyi Sedap" Sampai Tak Larat Nak Amik Gambar Dia Pasal Banyak Kali Test Sound | Hasilnya, Bunyi Memang Sedap Dalam Dewan Ni (Seri Perdana) Tak Terlalu Kuat, Tak Perlahan Sangat, Just Nice...
Caption & Photo by Wazari Wazir
Joint Press Conference at Seri Perdana | Kepada Yg Bertanya Jarak Photographer Dan Stage | Gambar Ni Saya Rakam Guna 16mm

Sebelum Kedatangan Obama Ke Malaysia, Kami, Kebanyakan Pengamal Media Membayangkan Betapa Suakrnya Nak Ambil Gambar, Maklumlah Obama Ni Pemimpin Kuasa Besar Dunia, Dah Tentu Kawalan Ketat.

Ya, Menag Betul, Kawalan Sangat Ketat, Semua Pihak Media Perlu Berada Di Setiap Lokasi Seawal 3 Jam, Untuk Security Check, Dan Jumlah Media Jugak Terhad, Tak Boleh Ramai, Yg Mana Tak Dapat Gambar Tu Kena "Pool" Gambar.

Contoh Macam di Masjid Negara, Di Seri Perdana, Jumah Media Yg Boleh Buat Liputan Memang Terhad, Mungkin Sebab Security Atau Sebab Lain, Tetapi Untuk Pihak Media Yg Dah Lepas Security Check, Tiada Masalah Ambil Gambar, Boleh Dikatakan Tidak Ada Siapapun Yang DiGanggu Oleh Secret Service Mereka | Secret Service Hanya Tengok Dari Jauh Sahaja | Takde Blocking2

Kalau You All Tengok Set Up Ni, Memang Dapat Gambar, Cuma Mungkin Ada Moment Yg Kita Terlepas Atas Kesilapan Atau Kelalaian Sendiri

Cuba Tengom Suratkhabar Sehari DUa Ni, Ada Nampak Hasil Gambar Yang Macam "Berebut-Rebut" Takde Kan, Clean Shot Jer... 
Caption & Photo by Wazari Wazir

Tahun 2014 Ni Hanya Ada Dua Press Conference Yang Akan Diingati Sepanjang Kerjaya, Setakat Inilah | Iaitu Press Conference MH370 dan Joint Press Conference Barack Obama Dan Najib Razak
Caption & Photo by Wazari Wazir

Macam Rumah Sendiri Pulak Dorang Buat... Caption & Photo by Wazari Wazir

A Moment To Remember
Caption & Photo by Wazari Wazir 

Sound Test | You All Nampak Tak Apa Yang Saya "Nampak" | Sampai Begitu "Detail" Mereka Buat Kerja | "Skin Tone" Orang Yang Akan Berucap Di Pentas Pun Di Ambil Kira, Bukan Main Belasah Jer | So Photographer/Videographer Boleh Buat Adjustment Exposure | They are Very Professional | Yang Baik Kita Ikut La, Supaya Kita Pun Boleh Jadi Professional Atau Lebih Baik Dari Mereka
Caption & Photo by Wazari Wazir

Caption & Photo by Wazari Wazir

Barack Obama | A Million Dollar Smile
Caption & Photo by Wazari Wazir 

APA YANG KITA BELAJAR DARI LAWATAN OBAMA KE MALAYSIA?

"Written by Kamarul Akhir, Jurugambar Professional"

Impak apabila Obama datang ke Malaysia kepada jurufoto media di Malaysia.
Ada yang suka, ada yang benci, ada yang puji ada yang caci mengenai lawatan kerja Obama ke Malaysia baru baru ini.

Seronok rasanya tengok surat khabar sehari dua ni mengenai liputan foto lawatan Obama di Kuala Lumpur.

Rata rata gambar yang di hasilkan dari jurufoto media yang bertugas semuanya Nice & Clean.
Pahlawan Keyboard yang sepanjang masa duduk mengadap komputer siang malam pagi petang, mungkin tak faham apa yang saya maksudkan ini.

Harapan saya ialah pegawai di Jabatan yang berkaitan, Pihak berkuasa tempatan, Event Manager, Konsultan, Sukuriti, Mata Mata Gelap, Yang Gelap Mata, Mak Jemah, Pak Din, Ucu, Angah dapat belajar sesuatu dari petugas petugas media dan pengawal keselamatan yang mengiringi Obama dari jarak sederhana walaupun Obama ni berisiko tinggi.

Mereka buat ujian suara di mikrofon berkali kali sebelum acara bermula, mereka buat ujian pencahayaan tone kulit di pentas mengikut keperluan jurufoto media & jurukamera TV, mereka berkomunikasi dengan baik dengan wakil media.

Tiada bunga besar atas meja makan, tiada asap berkepul kepul tiba tiba ada depan VVVIP, tiada pak pacak interframe, tiada gimik pelancaran yang tak relevan dengan majlis, tiada pegawai protokol atau sukuriti dok hambat jurufoto sedangkan sepanjang panjang jalan VVVIP jalan, dia yang berdiri depan jurufoto dan halang jurufoto menjalankan tugas.


Cuba bezakan how the locals work ..
Photo by Kamarul Akhir
Bak kata Wazari Wazir, Yang Baik Kita Ikut La, Supaya Kita Pun Boleh Jadi Professional Atau Lebih Baik Dari Mereka.

## Kamarul Akhir tak membuat liputan lawatan Obama ke Malaysia, cuma sempat la jugak memotret Bekas Presiden USA, Bill Clinton dan Timbalan Presiden USA, Al Gore ketika mereka berada di Malaysia satu masa dahulu.

Sekian.

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

No comments: