Monday, January 24, 2011

HATIC sets a new Hope for 2011!!



Congratulations Syafiq and his HATIC team for organising and ensuring the success of today's event. With a few minor glitches, it is definitely part and parcel to any event organising. Nonetheless, I'm proud that these bunch of students worked hard and together they have reached the objective of the event which is to create closer relationships between students of different semesters as well as have created a positive impact through a small club and faculty event.Congratulations to all who were involved! (wrote by Tania @ http://tourismaccess.blogspot.com/2011/01/alls-well-ends-well.html)


I love the SPIRITS of the TEAM !!! VERY MUCH ..U guys are very good and so talented. Enjoyed myself working with everyone of you as a TEAM. I would also CONGRATULATES Syafiq who successfully lead the people to this level !! Ilyas ..and the rest involved (You guys are VERY IMPORTANT)!! And not to forget, Adek (Fast Track Part2) who has working day and night to prepare the proposal ...months ago.

Im so touched to see u guys cried celebrating our DAY last night!!
This team has reminded my old days here in UiTM Melaka :) seriously.
[Wrote by Me]

***

yeah :) me either . enjoy for being one of da committee member . love da spirit damn much . hope we can work as a workteam again :)
and forgot to thanks milliiiiooon thanks to da charming sir akmal n cutey and lovey miss tania for allowed us (ain, mahirah,zareena and qila) join this crazy and happening team ! <3
[wrote by Ain, DTM3B]





Pls add ur comment ...
"GIVE CHANGE A CHANCE"

Credit: FPHP Creative Team / Jah+Wan+Kalang


Akmal Adanan,
0127655165

Thursday, January 20, 2011

HATiC Event 2011

Poster of the event: H.O.T Race & Students' Gathering

1. Aku baru je balik guide Pelajar-Pelajar Cemerlang Universitas Putra (YPTK), Padang, Indonesia. Bermula seawal 730 pagi dan berakhir lewat malam. Nanti aku share gambar2 nya kemudian. Cara percakapan aku pun sudah berubah... banyak berubah sehingga kan keluarga aku pelik dengan cara komunikasi aku yang terkini.

2. Sorry lagi sekali aku tak dapat puaskan hati aku untuk update blog ni frequently. Di saat ini pun, aku sedang sibuk menguruskan event untuk fakulti aku minggu nie. Nanti aku cari masa yang sesuai untuk share kawan-kawan dosen dan pelajar Indonesia yang bagus bagus!!!

3. Nanti laa ye cakap lagi ...babaii ... =)







Akmal Adanan,
0127655165

Friday, January 7, 2011

FIRST WEEK OF 2011

1. Minggu pertama dalam tahun 2011 ni sangat boleh tahan cabarannya. Dua kali planning aku untuk minum kopi kat kopitiam aku batalkan. Perasaan nak pergi dating juga aku terpaksa ketepikan.

2. Students yang masuk semester nie alhamdulillah ...ramai. Makin meriah laa fakulti aku sekarang nie. Harap mereka semakin rapat dan bersama-sama membawa fakulti ke arah kebaikan. Gambar pertama aku share tahun 2011 nie gambar Amelia, yang aku ambil beberapa tahun yang lalu. Cantik pulak aku tengok skin tone yg aku dapat masa aku edit tadi. So aku share laa dengan kawan-kawan.

3. Stay tune kat blog ni, semenjak dua menjak lagi akan share lebih gambar ..insyaallah ....




Akmal Adanan
0127655165

Friday, December 31, 2010

GOOD BYE 2010

1. Mungkin ramai (anggapan) yang datang ke blog aku dan hampa kerana tiada apa-apa gambar atau cerita baru aku kongsikan di sini. Aku juga hampa dengan diri aku sendiri kerana tidak dapat meluangkan masa menulis blog. Perkataan sibuk mungkin perkataan yang paling popular dalam tahun 2010 ni. Aku sedar sekurang-kurangnya 80kali aku tulis perkataan 'sibuk' ini. Aku akan cuba elakkan perkataan 'sibuk' ni dan aku cuba cari alasan lain. Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun ...sekali lagi tanpa disedari umur aku akan meningkat setahun lagi... dunia ...dunia ...

2. Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010. Tahun 2010 inilah banyak memberikan aku pengalaman hidup yang getir. Sukar aku gambarkan. Aku menerima banyak berita suka tak kurang juga ketentuanNya berita-berita sedih yang sangat menduga hambamu Ya Allah.

For bigger resolution, pls click HERE

3. Perkara yang paling aku ingat ialah kehilangan Abah pada 19hb Julai 2010. Aku betul-betul tersentak dengan pemergian Abah buat selamanya. Belum sempat aku membalas jasa baik Abah membesarkan aku, tiba-tiba Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga LINK. Terus terang aku cakap, aku kehilangan arah. Aku hilang tempat aku bertanyakan pendapat dan berkongsi hobi fotografi. Masih aku tak percaya Abah dah pergi buat selamanya... Abah sangat banyak berjasa dalam perjalanan hidup aku. Abah jugalah yang membuka hati aku untuk sambung Sarjana dan mendapat kerja yang diidamkan. Terima kasih Abah!!! Selain Abah, aku juga kehilangan Wak Miah, Abang Johan, Mbah & Wak Rahmat. Tahun 2010 ini menyentap 5 orang ahli keluarga aku.... semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

4. Tahun 2010 ini aku mulakan kerjaya aku di Melaka. Alhamdulillah, setelah setahun bekerja di sini, aku rasa aman dan serasi dengan kerja ni. Walaupun aku rasa pack dengan tugasan yang diberikan, aku happy dan sentiasa bersemangat. Semoga berkekalan. Aku sedang cuba menyusun hidup aku supaya lebih teratur.. dapat menyiapkan segala kerja on-time.

5. Tahun 2010, exactly bulan 12 lalu, mak di pula sakit... ditahan di Putra Hospital ward selama seminggu. Aku betul-betul risau dengan keadaan mak. Walaupun penat berulang alik Melaka-Batu Pahat, aku akan pastikan keluarga aku terjaga. Insyaallah... Aku harap seluruh keluarga aku dilindungi dan dirahmati, dijauhkan dari perkara-perkara buruk. Itu sahaja yang aku harapkan.

6. Tak tahu apa nak tulis dah ...saat dan ketika ini aku masih di office. Walau pun cuti sempena kemenangan pasukan MALAYSIA dalam Piala AFF SUZUKI 2010, aku tetap di sini. Itulah pengorbanan. Semoga semuanya memberi hikmah yang baik ... Tahun 2011 aku harapkan sebuah tahun yang memberi aku banyak perkara-perkara yang menggembirakan. Semua kerja lancar, family ok dan yang penting aku nak aktif semula amek gambar ...

Harap kawan-kawan doakan ...terima kasih !!!







Akmal Adanan
CB103/ UiTM Melaka
0127655165

Sunday, December 26, 2010

BRAVO MALAYSIA AFF SUZUKI CUP

1. Aku sangat terhibur menonton perlawanan MALAYSIA vs INDONESIA tadi. Tak keterlaluan kalau aku katakan inilah permainan Malaysia yang terbaik setakat ni. Aku seakan tidak percaya mereka sehebat ini. Syabas Malaysia.

2. Inilah yang sangat ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Ntah berapa gelas air Teh 'o' aku tumpah. Suara aku hilang bahana menjerit2 macam kena histeria kat mamak Muar nie. Tapi Xapalah, mmg enjoy tengok match ni tadi. Sultan Pahang juga sangat seronok sampai gosok2 kepala Kuna tadi. Lihat macam mana kasih sayang seorang Sultan. Best best best ...

3. Terima kasih Rajagopal, pemain2, dan semua yang terlibat dalam team Malaysia ..tahniah laa brader ;)



Akmal Adanan,
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.