Saturday, February 2, 2013

Office Cleaning

Before

Satu dua bulan ni aku sangat sibuk dengan aktiviti-aktiviti luar. Setiap kali masuk office aku campak je barang-barang dan proceed buat kerja lain, meetings, buat design etc sakit kepala ....
Akibatnya office aku caca marba ...

Apa pun semua sedia maklum mmg itulah aku. Walau tunggang langgang opis tu, aku tahu mana nak tuju, aku tahu di mana barang2 aku simpan.


After

Apa pun, tq to faris yang tolong aku kemas2 semalam. Sejarang opis aku nampak siuman sikit. Aku nak tengok berapa lama boleh bertahan nie ;)
Regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993

Friday, February 1, 2013

JSU FPHP

1. Akhirnya tamat sudah bengkel JSU yang berlangsung selama dua bulan (31 Jan & 1 Feb 2013) yg pada aku agak mencabar dibandingkan dengan bengkel-bengkel yang pernah aku hadiri sebelum ini. Pengsan ....macam nak pitam memikirkan cara utk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan.


Dr. Artina giving some instruction before we begin cracking our head

Khairuman tunjuk bakat menerangkan sesuatu

Khusyuk katanya

Stress sambil senyum

Time is nearly finished ...masa kecederaan

2. Tqvm to Dr. Artina and all delegation from shah alam yang banyak membimbing kami. Tq also to all rp's wakil dari semua cawangan. Khairuman, u did a great job ..... U are the man!!!

3. Bilik BPF yg sejuk pun rasa panassss ...

Nak tido ...sakit kepala.



Regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993

Tuesday, January 29, 2013

29.01.13 Exercise malam

Ketua pasukan Intekma FC Team

Assalamualaikum, hari ni antara hari yang paling pack dalam rutin mingguan. Kelas yang banyak, uruskan faculty stuff, urusan keluarga dan satu temujanji yang terpaksa aku batalkan malam nie.
Balik kerja td, isteri tersayang dah siapkan lauk dinner yg simple yet very satisfying. Kami kami yang kononnya nak berdiet gagal sekali lagi dgn makan nasi dan macam-macam.

Makan malam kami-kami

Sekarang aku berada di tepi padang menunggu masa utk masuk kali kedua. Baru dapat score 1 goal and assisted few more goals for the team. Balik rumah nt few more tasks akan cuba aku settlekan.

All the best!!!



Regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993

29.01.13 Jemput Makan

Hidangan lunch yang sangat sedap !

Sibuk betul aku hari ni ...x sempat nak ke mana-mana. Selama ni aku tahan jer perasaan lapar atau mintak tolong si faris belikan nasi. Hari ni thank you to miss wifey yg sudi masakkan breakfast pagi td dan bawakkan some leftover for lunch sekarang. Siap cutlery set + tissue lagi aahahaa

Sambil makan sambil menonton buletin 1.30, lepas ni nak siapkan design baju trip. 2.30 petang sambung kelas ....great ;)

I love my job very much!!!

* Tq Dear :)
* Lama betul aku tak bersihkan lappy aku tu



Regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993

Monday, January 28, 2013

Gaji Saya Sangat Besar !!!




1. AAhahahhahaHAahaaa ...&*^*@(*#&)(@ itulah respon aku yang pertama bila aku ternampak gambar di atas ini. Gambarannya memang sangat sesuai untuk orang yang tak berapa berada, makan gaji setiap bulan macam aku. Masih aku ingat, setiap awal bulan, aku pasti terasa girang, seperti artis popular mempunya berjuta dollar pergi berparti dan bersosial... dan seperti biasa akhirnya akan merempat seperti pengemis menunggu gaji bulan berikutnya.

2. Bulan ni aku dan berjuta kakitangan kerajaan dapat bonus setengah bulan gaji. Aku sungguh bersyukur banyak sungguh rezeki yang aku dapat kali ini. Tapi, betul lah kata pepatah Afrika Selatan, "Besar periuk, besar jugalah keraknya". Bagi diriku yang hina, dapat sahaja duit gaji, macam biasa, celcom mula lah menghantar bil telefon, pekerja TNB & Syariat Air Melaka menyelitkan bil utilities di pintu pagar, pembayaran insurans hampir tiba, sewa rumah dan macam-macam lagi perlu dilunaskan. Itu belum masuk saman lalulintas atau saman rumput panjang yang biasa aku terima.

Saman paling hina pernah aku terima ..ahahaha


3. Apa pun, yang penting, kerja & tanggung jawab mesti kita ditunaikan sebaiknya. Kata orang-orang tua dan alim ulamak, jika rezeki kita itu halal, kerja yang dilaksanakan bersesuaian dengan gaji yang kita dapat, insyaallah sedikit mana pun hasil kita, ia pastinya akan cukup. Allah maha besar ...Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

Refer: Gaji Saya Besar

* 26/01/13 terjebak sony after 3 loyal years with blackberry



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993