1. Alhamdulillah, gaji dah pun masuk hari ini (22.03.2012). Tak susah, 10 minit sahaja masa diperlukan utk aku membuat urusan pembayaran bill & segala hutang piutang, insurans, dan segala keperluan. Akhirnya tinggal la beberapa ringgit utk aku makan sampai hujung bulan ni ...
2. Nasib baik aku tak ada buat ansuran bulanan pinggan jenama arcopal dan carpet buatan pakistan ...
3. Patut la dulu bila aku inginkan sesuatu dari abah, arwah abah selalu ckp "Tak boleh belikan ko brg ni mal... Abah tak cukup duit nanti. Adik ko sekolah byk pakai duit, nak beli barang dapur lagi bla bla bla etc". Aku selalu marah abah, aku tak percaya abah takde duit ....sebab aku selalu anggap gaji abah besar, takkan nak beli barang sikit pun tak boleh ...
4. Sekarang baru aku faham susahnya nak manage duit ... Maafkan mal abah ...
Akmal Adanan
Akmal Adanan
0137793993