Friday, December 28, 2012

Al-Fatihah Tok Ba

Di hadapan Rumah Mayat HSI
1. Pagi ni, sejurus sampai di JB ...aku menerima panggilan Tok Ba, dimasukkan ke hospital (HSI) kerana sesak nafas. Berita ini pada aku tidak berapa serius sbb sesak nafas ni selalu ada ubatnya.

2. Kami pun menunggu waktu melawat dibuka jam 1230pm utk menjenguk. Jam 11am, satu panggilan dari Kak Zila sampai, katanya Abah dah takde. Berderau darah aku, secepat itu abah pergi ...


Tanah Perkuburan Austin, JB

3. Hari ni, seharian kami menguruskan Allahyarham ...Alhamdulillah, Tok Ba pergi pada hari Jumaat dan segalanya berjalan lancar ....semoga Allah menempatkan Roh Tok Ba di kalangan orang2 beriman ...amin.




Akmal Adanan
Tanah Perkuburan Austin, JB/
Pisang Goreng Mawar, JB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yasinan 1434H

Surah Yasin

1. Kadang-kadang aku tak terfikir kepentingan hidup bermasyarakat, hidup dalam satu komuniti yang bersatupadu, mengambil berat antara satu sama lain.

2. Dalam kampung aku di Tmn. Bintang, Pt. Sulong, Bt. Pahat, Johor. Aktiviti bermasyarakat ini sangat dititikberatkan ...sukaneka, gotong royong, rewang etc mmg menjadi perkara rutin dalam kehidupan. Sebab tu mak abah aku sanggup X kemana2 bila cuti sekolah etc sbb perlu menghadiri kenduri kawen, atau kenduri tahlil yg dilakukan di kawasan kami.

3. Malam td, sampai giliran rumah aku menjadi host utk Yasinan (aktiviti membaca Yassin, doa selamat & kesyukuran serta tahlil kpd arwah org tua yg telah pergi meninggalkan kita). Seram juga takut2 tak ramai org dtg sebab aku jarang pergi ke Yasinan ini sebelum ni. Maklumlah hidup di perantauan.

Kami kami as usual
Tok Ishak, Rosli Tamby, Imam Bari, Imam Shahraini, Imam Alwi
Pemandangan ruang tamu
Pemandangan Luar Rumah
Upacara makan-makan
Makan atas motor lagi sedap katanya
Another side of my house
Sepupu makan selepas semua balik
Saudara maraku yang telah pergi
Kesyukuran
Basuh basuh pinggan
Pemandangan dari luar
Haus ...
Masa menggulung karpet sebelum tidur ...

4. Alhamdulillah ...ramai yg sudi hadir membacakan yasin dan doa utk kebaikan keluarga dan semua. Saudara mara juga ramai hadir. Tq pada kesemua Imam2 dan bilal kumpulan 1 yg juga hadir. Baru aku tahu pentingnya Abah selalu ke surau & bercampur dengan masyarakat.

5. Jee pon dtg dr JB. Terima kasih.

6. Apa pun, malam td pukul 2pagi baru siapn kemas & tidur. Skrg/ hari ni aku dah ada di JB. Aku hantar Jee kerja td, dan ada berita buruk sampai ...nt aku cerita ...



Akmal Adanan
Wrote at Tanah Perkuburan Austin, JB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 27, 2012

Penang Food - Restoran Kapitan Claypot Bryiani Tandoori

1. Selain Nasi Kandar Beratoq, dan Nasi Kandar Line Clear, ramai kawan-kawan suggest aku ke Restoran Kapitan utk test tandoori dan nasi beryiani.

2. Lepas kami ke Pesta Penang, terus terasa sgt lapar. So tanpa berlengah kami menghala ke Lebuh Chulia, Georgetown. Restoran open 24hrs. So jgn risau.

Pemandangan sekitar Georgetown, Pulau Pinang
Kapitan Restoran Menu
Claypot Nasi Bryiani Mutton
Cheese Nan Tandoori
After ...
Kami kami

3. Aku order Mutton Bryiani. Jee oorder Cheese Nan Tandoori ...dua2 food terbaik!! Must try ...harga pun not bad. Selain tu, boleh try nasi tomato. Pilih ayam, then die fresh goreng on the spot !!!



*Okay nt mesti singgah lagi ...aku nak mandi siap2 balik batu pahat. Malam ni ade kenduri ..


Akmal Adanan
JB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, December 26, 2012

Penang Food - Mee Goreng Sotong Hameed 'Pata'

1. Sejak aku ternampak cerita jalan-jalan cari makan session 2012 ni, aku terus berazam utk mencari kedai Mee Goreng Sotong Hamid 'Pata', Kota Selera Padang Kota Lama di Penang nie ....

2. Cerita pasal queue 45minit utk sepinggan Nasi Kandar Beratur tempoh hari masih terngiang2 di minda. Sampai sahaja di food court kota selera nie, aku dah nampak panjang queue di depan kedai sampai ke kedai sebelah ...aisshhh awat org penang punya food really special? Semua kena beratoq nooo ...

3. Curiosity pun memuncak sbb nak rasa penangan mee goreng special di sini ...

Keratan akhbar di depan kedai
Another one ..
Tempat nak cari makan makan ...
Pemandangan biasa di Penang ...(agaknya)
Sign yang simple yet old skool
Lapar ...
Akhirnya dapat juga mee goreng yg dinanti
Inilah rupenyer mee goreng sotong Hameed Pata
ABC Jalil, sebelah kedai mee gorng ni jer ...
The Sign ..
Teringat-ingat ...

4. Selepas hampir 40minit beratur, dapat lah aku order 2 pinggan mee goreng sotong ..satu utk aku satu utk wife. Bau mee goreng ni mmg sedap. Sekali aku suap je ke mulut buat pertama kali, terus aku menyesal .....

5. Sesal kemudian tidak berguna line queue punyalah panjang ...terus aku tengok wife aku "Knp kita tak order yg besar punya????" Nak masuk queue balik mmg sampai maghrib lahh. Mee goreng die TERBAIK!!! Sambal Sotong pulak, mmg susah nak cari kesilapannya (seperti kata masterchef). Its all perfect!

6. Buat mereka yg nak try ke sini ...kedai Mee Goreng Sotong Hameed 'Pata' ni dalam food court yg biasa2 sahaja. Cari foodcourt yg sangat dekat dengan Fort Cornwallis atau Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Sebelah area lautan ....nampak org queue itulah kedainya ...




*Drive dari Penang 251212/1030am sampai JB 261212/0735am ...penat!!

Akmal Adanan
@Situation Place
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 25, 2012

BBW'12 MIECC to Georgetown, Penang 0.5

1. Seharian kami memilih buku di BBW'12 MIECC ...0830-1530hrs. Kaki terasa sangat penat berdiri, duduk, baring dan sebagainya. Semuanya sangat menarik utk dilihat dan dipilih ...

2. Petang itu juga, kami terus drive ke Utara ...(Penang). Baru 40mins drive dah singgah RnR tidoq ....sepanjang perjalanan 4-5 kali stop utk tidur dan hilangkan mengantuk.

3. Sampai di Georgtown, Penang lebih kurang 1240am ....sebagai sesi pengenalan, kami terus mencari nasi kandar yg hot malam2 di sini iaitu nasi kandar beratoq di Kapitan Keling ....

On the way ..using Karak Highway
Sampai di Georgetown
Dua set Garmin GPS digunakan untuk sampai di sini
Pemandangan biasa di Kapitan Keling, Penang
Kedai itu yang dimaksudkan
Senyuman setelah memilih nasi kandar & lauk yang diperlukan
Inilah rupa nasi kandar beratur Kapitan Keling
Kami kami ...
Jee in the queue

4. Sampai jer bukan main ramai manusia beratur ...curiosity terus meningkat. Park ketre terus berlari masuk q ...45minit jugak diperlukan utk aku sampai ke tempat pilih lauk nasi kandar ..pheuwwww Xsanggup kawan ..nasib baik X berapa lapar ..

5. Rasa nasi kandar beratoq not bad ...just aku ada preference tempat yg lbh power dgn selera aku ...(Nak tau nt aku bg GPS code) .....

*Selesai makan, 2am ++ ronda cari hotel nak tidur .....eheheeeE

* Photo credit, Jee



Akmal Adanan
Day3- At Hotel/ Penang Road
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Big Bad Wolf 2012/ Vol.2.0

1. The largest book fair in the world BBW'12 has come to the end ...it was one of the best fair I have attended so far ...my wife & I spent more or less 7hrs to select thousand of books in the hall ..let me share u all the pictures taken in the hall ... :)

Kami kami at Johor Premium Outlet just before departed to BBW'12, The Mines


***


Buku utk dipilih
Nafsu memuncak tgk buku tebal2, cuba RM10-RM15 jer
I like the sugn very much ...
Our responsibility
Cari buku sampai anak tertinggal ...
View from the top
Bersama buku yang last telah dipilih ...
Di atas book fair ini ada tempat makan menarik ....Pizza Hut
Ice cream pon ada
U shud try this also ..
Wife with her favourite masak-masak book

2. Overall, we were enjoyed and overwhelmed ...the books are unbelievably cheap!!!

3. We do think the organizer have done a very good job ...everything was in order. The book fair, the surrounding, facilities, food court, signage, and especially the customer service was super great!!! ....they always greet the customers, giving warm smiles, enthusiastic and very helpfull.

4. Can't wait for another BBW next year!!!

Merry Christmas buddy!!



*JHB (JPO) - KUL (Mines) - PNG (Georgetown)

Akmal Adanan
Penang Street, Penang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.