Monday, October 31, 2011

My Lucky Day: Oct 08, 2011

1. Seumur hidup aku, memang tak selalu aku mendapat tuah. Nasib aku selalu tak baik ....terutamanya semasa menanti nombor aku dipanggil di majlis-majlis keramaian yang ada upacara cabutan bertuah. Walaupun hadiah berupa barangan elektrik Pensonic dan hamper makanan ringan Hup Seng dan Munchy's ...aku tetap sabar menanti dan pulang dengan perasaan hampa. Itu pasti ...

2. Selain daripada tuah memiliki sebuah Toyota SE yang banyak berjasa kepada aku, aku juga sangat berterima kasih dan bersyukur kerana diberi kesihatan dan kerjaya yang baik.



3. Korang pernah dengar pertandingan ni tak? - Celcom Talk-A-Thon ...kalau korang rasa korang tak pernah dengar, jangan rasa useless, hampa dan benci kepada diri sendiri. Sebab aku pun tak pernah dengar apa jadahnya acara ini.

4. Few weeks ago, semasa aku tidur-tidur ayam di waktu pejabat, ada pulak sorang awek ni call aku. Sedap jugak suara die. Tiba-tiba cakap "Tahniah, nombor En. Akmal terpilih sebagai pemenang Peraduan Talk-A-Thon!" Dengan nada serius aku sergah pemanggil itu "Sorry, saya tak minat nak menyertai sebarang pertandingan dari cik ..saya memang tidak berminat" Tegas aku dua kali.

5. Terima kasih pada cik (sorry tak ingat nama), sebab menenangkan aku ... (aku malas nak layan benda2 mengarut nie.. nasib baik perempuan yg call - pandai juga celcom ambil pekerja). Sebab pujuk rayu dia laa aku teruskan melayan dan melayan. Dia mintak nama penuh, dan segala particular celcom aku. Dia kata "En. Akmal boleh check nama encik sebagai pemenang di http://www.celcom.com.my/". Macam mimpi pulak, bidadari mana call aku bagi hadiah tengah2 panas nie ..



6. Apa pun, tadi aku check ..mmg aku tak bermimpi. Tuah aku semakin terserlah nampaknya. Jangan cuba suruh aku main nombor pulak lepas nie, berdosa tau.

7. Voucher akan siap anytime ...aku dah mula berfikir apa aku nak beli. Nak bagi mak ke adik2 ker sapa2 laaaa. Tak sia-sia aku bayar bill sampai 300++ sebulan (kadang-kadang). Banyak urusan perlu dilakukan, sbb tu telefon ni penting. Apa pun tq celcom yg tahu reward customer die. Tak macam sebuah lagi company ni. hehh hehhh ...






Akmal Adanan
0137793993

Saturday, October 22, 2011

Pengalaman unik sbg Jurugambar

Gambar sekadar perhiasan. Recce track utk Jamboree bulan 12, 2011. Bersama juara bukit, Anwar dan Juara turun bukit, Sani. 46KM

1. Mari aku nak cerita sikit ...Smlm (21.10.2011) aku bertugas shoot pasangan bahagia bertunang di jajahan pokok mangga, melaka. Semuanya berjalan dengan lancar. Gambar yg aku nak pun sedap jer aku dpt. Petik-petik terus dapat compo yg best. Bersyukur aku senang bekerja hari itu.

2. Aksi terduduk, terbangun, baring + meniarap aku lakukan semata-mata utk mendptkan shoot dan angle terbaik punye. At last aku rasa mcm ada perasaan yang pelik berlaku pada diriku ini. Sejuk je rasanya bahagian peha aku yg sexy nie. Ya Allah, tanpa disangka, Seluar kegemaran aku koyak !!!

3. Agak-agak, Ko penah ada pengalaman nie tak? Pengurus hotel atau mekanik bengkel pun aku rasa tak boleh handle masalah nie. Gila panik aku rasa masa tu. Ko bayangkan la, macam mana aku nak teruskan kerja. Majlis dah berjalan nie. Nasib laa org Melaka suka berpantun, sempataku fikirkan jalan utk masalah nie. Tahap confident aku mmg betul2 merundum. Habislah ..Sapa yg nampak aku halalkan ..tp seriously benda ni jadi baru je bermula. Aku sampai hari ni berharap takde yg nampak.

***

4. Lepas aku berfikir cara terbaik dan option yang ada, aku telah buat keputusan yg sgt sukar. Banyangkan, di ruang tamu penuh makcik2 pakai baju lawa2 ..berlabuci pelbagai, tak kurang juga awek2 yang sopan dan ayu. Macam mana aku nak mintak bantuan? Orang-orang lelaki sibuk berbincang ...

5. Aku ketepikan malu, dengan selamba aku panggil sorang awek sebelah aku. Aku pun bisikkan pada die, "Awak, boleh saya pinjam kain pelekat? seluar saya terkoyat sebab tersangkut kayu tadi (alasan jer sebenarnya)" Klu okay boleh juga jadikan kawan sambil2 berkenalan. Tup tup die tanya mak die kuat-kuat, "Mak ..abg ni nak pinjam kain pelekat, ade tak?" Tersipu2 aku menahan malu.. tak kisah laaa...terus aku jadikan kain tu sbg samping ..

6. Ramai yang memuji tindakan pantas yang sgt terpuji itu. Aku pun balik dengan rasa bangga... Sekian.




Akmal Adanan
0137993993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, October 11, 2011

Outdoor Wedding: Ery + Nadia


Gambar Outdoor Wedding: Ery & Nadya
Aku bukan jurugambar sebenar. OP adalah kawan baik aku, Matt Ranggie. Untuk melihat hasil kerja Yus Matt Ranggie, boleh click SINI

1. Aku selalu memikirkan, adakah aku perlu untuk kembali berkecimpung dalam photography secara aktif seperti dulu? Kerja (masa) aku skrg mmg padat. Siang petang dan malam setakat ini penuh dengan aktiviti-aktiviti yang sangat bermanfaat.

2. Maaf kpd mereka yang sudi call dan tanya availability tp aku tak dapat fulfill the request. Insyaallah, aku akan cuba luangkan masa, siapkan kerja-kerja office dengan pantas untuk melakukan kerja-kerja hujung minggu mengambil gambar + seterusnya edit gambar pada weekday. Mau pecah kepala hotak aku nak cover semuanya. Kalau dah minat, insyaallah semua boleh dilakukan. Amin ..

3. Selain dari passion, aku dapat rasakan lifestyle aku dah banyak berubah. Aku dah lama tak membeli belah lens-lens terbaru di pasaran. Membeli gadget keperluan lelaki maskulin, solek kereta lawa-lawa, dan beli kamera idaman aku 5dm2. Ekonomi pun makin meleset ...kena lah kerja lebih sikit.



4. Sebut pasal ekonomi nie, aku tgk ramai org komplen kononnya ekonomi teruk, gaji kecik, tak cukup makan etc. Tapi kalau aku lalu Mcdonald, dan restoran-restoran yg best penuh jer manusia nak makan di situ. Apa lah tanda-tanda yg ekonomi mereka teruk... mungkin yg ekonomi teruk tu mereka yg tak keluar dan makan telur goreng di rumah-rumah mereka sendiri. Sepatutnya kita sama-sama membantu ...

Oklah, tak de faedahnya pun kome bace apa aku tulis dlm entry nie. Aku jugak yg serabut nak fikir permasalahan ini. Sorry babitkan kamu dalam keadaan ini.



Gambar di atas adalah Outdoor Portraiture Ery + Nadya dirakam sebelum puasa dulu sekitar bulan Jun rasanya. Lama sangat aku simpan dlm HD. Aku pun shoot curi2 jer tak nak kacau job OP yang sudah sedia kala berat.





Akmal Adanan
0137793993

Sunday, October 9, 2011

Selamat Jalan ...

Batch ke-4 DTM Mei 2001, UiTM Lendu, Melaka

1. Dah pukul 2 pagi (hampir) tp mata aku tak dapat tidur. Ade perasaan nak buat kerja, ade perasaan nak kemas rumah tak kurang juga perasaan nak main PES ..tak tahu yang mana satu patut aku kerjakan.

2. Tiba-tiba.. aku terkenangkan kisah lama di UiTM Lendu nie. Tahun 2004 dulu aku dan kawan-kawan menangis2 tinggalkan tempat belajar yang disayang. Tiga (3) tahun aku dan kawan-kawan belajar susah senang bersama. Belajar hidup di universiti, tinggal di asrama.. seronok juga. Kami buat assignment sampai 4-5 pagi, hantar report dapat markah kosong, makan nasi lemak En. Nasa setiap malam, lepak cafe sampai pak guard halau, minum bersama gadis-gadis sebaya, mengantuk semasa kuliah, hukuman berdiri atas kerusi, kena halau keluar kelas, semua itu sungguh indah untuk aku kenangkan semula.



3. Sekarang perkara yang sama ..sejarah yang sama terjadi semula, tapi bukan untuk aku, tapi utk generasi yang lain.

4. Aku masih ingat, masa aku dtg UiTM Melaka dulu, mereka baru semester 2. Merekalah yang aku jumpa dulu. Bermacam-macam event dilalui bersama. Planning event, angkut kerusi meja, panjat pokok pasang kain hijau, buat gimik (belon) tak jadi, belajar masak dan jual kepada mangsa-mangsa pembeli yang datang, dan mcm2 lagi... kini sudah tiba masanya. Mereka harus pergi untuk ke peringkat yang lain.

Kepada HM111 5A + 5B, Selamat menjalani latihan praktikal 12hb Oktober 2011 ..kerja mesti rajin-rajin, sama-sama kita harumkan nama UiTM ...





* Ahad (Esok) kena kerja ..jaga exam last paper... ramai-ramai orang aku selalu menjadi org yang bertuah.

Akmal Adanan
Terima kasih atas segalanya ..
FPHP Melaka

Friday, October 7, 2011

Rest in PEACE Steve

1. Terima kasih byk pada Steve Jobs yg byk berbudi kepada dunia ..menceriakan alam semester dan memudahkan byk urusan kita seharian. Walaupun bukan Islam, aku percaya byk produk ciptaan di bawah naungannya memudahkan kita semua ..

2. Kita dapat membaca surah2 dr I phone + ipad ...mereka grafik senilukis khat di macbook, atau menerbitkan filem-filem dakwah dan sbgnya. Sesungguhnya kehilangan ini sgt besar bagi seluruh dunia.

Terima kasih steve

Semoga aman di sana ...




Akmal Adanan
013-779-3993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.