Tuesday, August 31, 2010

HAPPY 53yrs INDEPENDENT DAY MALAYSIA!

Me on the coverage of Kembara Mahkota Johor at Pontian, Johor AUG/ 2010

1. Hari ni aku nak story series sikit.. (jgn ketawa2) sebab ni berkenaan masa depan negara kita. Dulu aku rasa seronok je berada di Malaysia. Sekarang pun seronok juga... tp kurang sikit. Pasal apa? aku dapat rasakan budak-budak sekarang ni tak tahu menilai dan menghargai keamanan dan kebebasan di Malaysia ni. Dulu masa aku kecil remaja, aku tak pernah shout ntah apa-apa status di Mukabuku. Tp sekarang, bila tak puas hati je, mula laa 'fuck laa' (dengan izin) 'sucks laa' (dengan izin) dan perkataan perkataan sewaktu dengannya. kadang-kadang, nak buang air kecil pun tulis status kat wall post. Ada jugak yang kejap, Single kejap double, dan bila dah berkecamuk menjadi Complicated. Ntah apa-apa ...

2. Itulahh, bila mak ayah suruh baca buku malas... muka buku juga yang dibacanya. Baca kawan-kawan punya status, nak pergi toilet, nak mandikan kucing, nak potong kuku mahu juga kawan yang ingin buang sampah. Semuanya nak cerita kepada seluruh dunia. Kalau Presiden Barrack Obama baca tentu die pun marah. Itulah, nampaknya langkah kerajaan melahirkan ramai ulat buku, rakyat yang rajin membaca sukar untuk menjadi... Umat manusia byk membuang masa. Juga rakan2 yg setiap masa shout di wall status: Boring... Aku rasa elok die gunakan masa boring tu sebaik2nya. Aku ckp terus terang, aku rasa dah bertahun-tahun tak penah rasa boring. Kadang teringin jugak nak ada perasaan tu kan?

3. Aku masih ingat salah sorang rakan perjuangan aku, umur dekat2 4oyrs old. Dia tulis at his FB "Masih terngiang-ngiang pesan Mak Ayah, belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja yang elok, hidup menjadi senang". Mungkin kawan aku ni menghadapi kesukaran dalam hidupnya, aku pun tak pasti. Sebagai kawan aku doakan yang terbaik untuknya. Lumrah hidup memang begitu, kita perlu susah dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari. Boring kan dengar pepatah "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" ..tp ingatlah, bila kita susah esok kita akan sentiasa ingat setiap masa yang kita bazirkan dulu. Ingat... Siapa kamu pada hari esok adalah bergantung kepada apa yang kamu lakukan hari ini ...

3. Sempena Hari Kemerdekaan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 Tahun kepada semua kita satu Malaysia. Banyak aku perhatikan, skrg sentimen perkauman ni makin hari makin teruk. Kita selalu berprasangka buruk terhadap kaum lain. Susah sangat ke nak bersangka baik, hormat menghormati? Knp mesti mcm ni? Politik? Ego? ker hati busuk? Pada aku senang je. Setiap kaum, tak kira siapa anda, mesti tahu limit, hak masing-masing dan pada masa yg sama hormati hak kaum-kaum yang lain. Kita semua manusia, Melayu, Cina, India... akhirnya kita mati juga kan?? then buat apa nak bergaduh sana sini... tak payah nak jadi hero. Harap semua kembali pada satu. Kita tinggal di negara yang sama.. tak perlu nak berbalah dan merosakkan negara sendiri.






Akmal Adanan,
0127655165, CREATIVE 9 IMAGES

Berbuka Puasa AUG 30/ 2010


1. Semalam hari Isnin, hari yg paling padat sepanjang bulan lapan dua ribu sepuluh ni. Sebenarnya setiap hari yang aku lalui beberapa minggu yg lepas mmg padat kadang2 sendat. Jammed kepala aku ni rasanya. Seperti yg aku katakan, rakyat biasa pun busy mcm ni, apatah lagi masa bagi orang-orang penting yang perlu membuat perancangan strategik atau kata lainnya 'Strategic Planning' utk negara 5-10 tahun akan datang. Itu pun byk suara2 merdu sibuk mengatakan hadiah duit raya RM500.oo utk kakitangan kerajaan terlalu sikit etc etc. Dia kata ..."Buat apa bagi RM500, lepas bayar saman apa pun Xada". Kesian, itu laah manusia, atau lebih tepat orang kita... hanya pandai komen dan menyalahkan org lain. Dirinya sahaja yang betul ...

2. Jauh dalam hati aku berkata, salah ke org tu bg kamu RM500.00 sbg bantuan menyambut hari raya? Tak ada siapa yang paksa kamu drive kereta sukan buruk kamu tu laju-laju sehingga layak diberikan surat saman. Yang kamu tahu komen... thats all. Aku pun baru-baru nie kena saman RUJUK SINI, ada aku salahkan ayah kamu, mak kamu atau kucing kamu sebab aku kena saman? Rasanya Xpernah lagi kot. Aku mengaku aku silap, tak ambil kisah rumah aku lately. Dah buat salah, kena hukum, ambil pengajaran. Habis cerita.

3. Habis cerita, semalam aku dijemput utk berbuka puasa bersama kawan-kawan di Botanical Cafe, Ayer Keroh. Pertama kali aku dtg makan situ selepas Marta Steward visit that place few days/ months before. Sedap makanan kat situ, ditambah lagi with the friends who came down from Shah Alam last night. All in all, aku makan banyak makanan laut, sikit makanan darat. Tak larat nak makan ice cream, sbb aku on diet. ahaaa... Thanks rabbit and all the classmate sudi jemput datang dan makan di situ. Ingat petang nt ada free boleh i return ...

*Recommended if u guys nak merasa makan kat situ. Tp kalau byk saman nak byr, elok byr saman dulu.. bukan apa nt takut kalau makan best2 raya Xde duit salahkan government lagi. hehee kalau Xde duit jugak meniaga laa bazar ramadhan. Komplen Xguna kan?

* Sorry dah lama tak menulis lain pulak style penulisan aku. Ditujukan pada seseorang yang buat aku marah. Sbb aku memang sangat anti dengan manusia yg tak tahu bersyukur.

Tuesday, August 17, 2010

Ikhsan, semoga kamu aman di sana ...

Al-Fatihah buat saudaraku Mohd Ikhsan (berbaju hitam), semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah..

1. Ramadhan kali ini betul-betul mengajar aku... tentang erti sebuah kehidupan. Aku selalu fikir aku ni hebat, aku yang terpandai, dan aku adalah yang terbaik. Aku ada kerjaya yang baik, Aku ada kereta besar, Aku ada gadget yang canggih, Aku ada semuanya di dunia. Tiada siapa yang lebih baik dari aku. Aku seringkali ego... kononnya aku sajalah yang betul, dan yang lainnya salah. Aku memandang rendah pada orang lain. Aku leka dalam kehidupan yang penuh keseronokan.

2. Kesenangan membuatkan aku terlupa. Sesungguhnya, semua ini hanyalah hiasan dunia. Yang kekal abadi adalah milik yang Maha Esa. Pengalaman aku melihat Abah menghadapi sakaratul maut membuatkan aku betul-betul tersedar. Sungguh besar kuasa Mu Ya Allah... Aku terfikir, besar sangatkah aku ini? Hebat sangatkah aku ini? Sekuat mana aku menghadapinya nanti? Sesungguhnya aku tahu, aku terlalu kecil jika dibandingkan dengan keesaanMu..

3. Pada hari Ahad 15.08.2010, salah seorang rakan sekolah aku, Mohd Ikhsan, telah kembali ke Rahmatullah. Ihsan bukan berumur 70 tahun, bukan 60 tahun, juga bukan 50 tahun. Arwah baru berusia 27 tahun. Kematian bukan hanya utk mereka yang sudah tua. Dalam sekelip mata, nikmat keseronokan hidup di Dunia ditarik. Sebulan yang lepas, arwah demam. Kemudian keadaan semakin buruk. Arwah dimasukkan ke wad. Menurut cerita rakan-rakan, arwah mempunyai masalah di bahagian perutnya. Selepas operation, Arwah koma dan dimasukkan ke ICU selama seminggu. Alhamdulillah, beliau sedar, keluar ke wad semula dan dibenarkan pulang. Pada hari Sabtu petang, kawan2 dtg menziarah. Arwah berbual macam biasa. Tapi Allah lebih menyayanginya, beliau meninggal dunia pada hari Ahad jam 10 malam.

4. Kalau kita diberi masa sebulan... cukupkah masa itu utk kita gunakan bagi mengumpul pahala dan menghapuskan segala dosa?

5. Kawan-kawan dan semua yang membaca. Kematian bukan semudah yang dijangka. Dulu aku jarang ambil kisah tentang rakan yang sakit, atau kemalangan mahupun jiran yang meninggal dunia. Aku selalu berfikir ia tidak berkaitan dengan aku, tidak berapa penting, dan ianya perkara biasa sahaja. Bila ia terjadi pada keluarga aku sendiri ...baru aku tahu, besarnya erti kita melawat rakan yang sakit. Melawat jenazah yang meninggal dunia, bacakan Al-Fatihah, bersedekah untuk meringankan beban keluarga dan bersama-sama datang ke kenduri membacakan tahlil utk disedekahkan kepada si mati...

Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu bila masa kita ...semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Amin..



Hari ini blog aku reach 40000 viewers.. thanks




Akmal Adanan
0127655165

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Dalam tak diam tiba sudah masanya kita menyambut Ramadhan 1431 Hijrah. Kalau saudara dan saudari fikir sedalam-dalamnya, mesti terdetik dalam hati kita yang perjalanan hidup kita ini sangatlah pendek bukan? Begitu juga yang terjadi kepada sepupu aku Allahyarham Johan B. Ngadimin yang baru sahaja pergi dari alam yang penuh dengan suka dan duka ke sebuah alam barzakh yang sangat misteri. Dalam tempoh seratus hari yang lepas, aku kehilangan aunty aku(5.2.2010), Abah aku sendiri (19.7.2010) dan seorang cousin aku (8.8.2010)... sesungguhnya terlalu besar ujian Mu untuk hambamu ini Ya ALLAH ...

Aku bertemu Abang Johan kira-kira tiga minggu yang lepas semasa kematian Abah ...memang tak disangka kali ini giliran Abg Johan tiba. Dalam umur 41 tahun, Abg Johan meninggalkan anak-anak yang masih lagi kecil dan mungkin tak mengetahui apa. Astaqfirullahalazim, semoga segala urusan keluarganya dipermudahkan Allah s.w.t... Aku dapat rasakan kesedihan mereka apabila melihat anak-anak kecil ini menangis teresak-esak melihat jenazah ayah mereka perlahan-lahan dimasukkan ke dalam tiang lahat dan dikebumikan.

Masih lagi terngiang-ngiang bait-bait bacaan Talkin yang dibacakan kepada Allahyarham setelah selamat dikebumikan juga mengingatkan aku kepada arwah abah... Dengan keadaan yang sunyi di tengah-tengah tanah perkuburan, bunyi tangisan anak-anak, dan keluarga, bau kemenyan yang sungguh harum membuatkan aku sungguh tersentuh, menusuk kalbu, dan menginsafkan. Aku akui, dalam hati.. aku menangis ...Baru aku perasan, sesungguhnya Aku ini adalah hamba Mu yang hina dan sangat lemah..

"Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala."

Tinggallah segala keseronokan dan kesenangan di dunia yang sementara. Aku tahu, sesungguhnya alam akhirat adalah alam yang kekal selama-lamanya. Ya ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan hambamu di dunia dan di akhirat. Kasihanilah mereka-mereka yang telah pergi selamanya. Semoga mereka tenang dan aman di sana .. sesungguhnya hanya kepada Mu aku meminta pertolongan.. Semoga semua ini menginsafkan kami yang masih lagi lalai dengan keseronokan dunia.. Insyaallah..

Semoga segala dosa Allahyarham/mah diampunkan ...Amin


Selamat Menunaikan ibadah Puasa pada tahun ini. Sesungguhnya Ramadhan kali ini akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sebuah kerusi yang selalu Abah duduk masa kita makan sahur dan berbuka sama-sama akan kosong. Tak ada lagi orang nak belikan kita lauk untuk dimasak dan kuih-muih untuk berbuka nanti Abah. Tak apa lahh, Mal akan ganti tempat Abah nanti. Abah jaga diri elok-elok di sana ...

Selamat berpuasa ...

Seorang rakan sekolah aku, Mohd Ikhsan sekarang terlantar di ICU HBP ...semoga kau kuat menghadapi semua ni Ikhsan. Aku akan datang lawat kau nanti Insyaallah!!! Kuatkan semangat dan terus hidup macam biasa. Doa aku sentiasa untuk kau... Amin.





Akmal Adanan
0127655165

Wednesday, August 4, 2010

Selamat Tinggal Abah


Abah... tanggal 19hb Julai 2010 akan menjadi salah satu tarikh yang amat bermakna buat hidup Mal. Hanya dua hari sebelum hari lahir Mal, Abah tinggalkan Mal buat selama-lamanya.. Mak, dan adik-beradik semua amat tersentak dengan pemergian Abah... Kenapa terlalu awal Abah pergi meninggalkan kami? Abah, puas Mal menangis masa abah nak pergi meninggalkan kami hari tu. Bunyi mesin-mesin di unit HWD pada subuh Isnin yang sunyi itu betul-betul menusuk ke telinga. Mal berdoa semoga semoga Allah senangkan segala urusan untuk Abah. Mal dah tak sanggup tengok keadaan Abah masa tu. Alhamdulillah, selepas beberapa jam, Abah pergi dengan tenang... Walaupun jauh di sudut hati Mal tak rela Abah pergi, Mal terpaksa lepaskan.

Rasanya baru je semalam Mal jaga Abah, hari ni Mal dah tak dapat melihat Abah lagi, apatah lagi untuk menyentuh, dan mencium Abah. Mal akui Mal kurang cium Abah masa Abah sihat dulu... Mal tak selalu menjenguk Abah kat kampung.. kononnya sibuk dengan tugas-tugas kat sini. Mal tak sempat belikan Abah apa-apa hadiah sebagai tanda terima kasih membesarkan Mal selama nie. Mal jarang tanya khabar Abah... Mal bukan anak yang baik untuk Abah. Mal rasa menyesal sangat tak buat segalanya untuk Abah dulu... sayang, semuanya dah terlambat sekarang. Mal minta maaf sangat kat Abah.


Abah...

Mal akan sentiasa ingat ciuman terakhir Mal untuk Abah selepas Abah dikafankan. Perasaan tu sangat mengharukan. Terasa dunia berhenti buat seketika, hanya Abah dan Mal berdua. Mal dapat rasa, tentu Abah suka Mal cium Abah masa tu kan... Dah beberapa malam Mal mimpi Abah datang melawat kita kat rumah. Kadang Abah senyum, kadang Abah macam nak sampaikan sesuatu ...tapi maaf bah, Mal tak faham. Mungkin Abah nak tengok keadaan kita macam mana. Insyaallah, Mal akan jaga family kita elok-elok.

Abah, alhamdulillah... semua urusan untuk Abah pada hari Isnin itu kami dah buat sebaiknya, dan berjalan lancar. Ramai kawan-kawan Abah datang. Meriah rumah kita masa tu. Abah... Mal dengan Ami ada tolong timbus Abah masa Abah dalam tiang lahat tengah hari tu. Mak, Nina, Pikah, Lia pun ada datang... Segala urusan berjalan cepat dan lancar. Alhamdulillah. Tiga malam berturut-turut dan hari ke tujuh kita buat tahlil untuk Abah. Ramai orang kampung dan kawan-kawan sekolah Abah datang. Rasa seronok sangat ramai orang datang bacakan tahlil untuk Abah. Terima kasih pada Embah, keluarga Cik Hamid & Cik Nuk, Cik Faizul & Cik Tai, Cik An & Cik Ani,Wak Yong & Wak Rohani dan semua keluarga yang tolong menyiapkan semuanya.

Sekarang kita semua dah sambung kerja, dan sambung hidup macam biasa ... Mal masih tak percaya Abah dah tak ada lagi ...Mal sempat minta maaf pada Abah sebelum Abah pergi hari tu. Mal harap Abah dengar dan sudi maafkan Mal...


Abah ...semoga abah aman di sana.




Akmal Adanan
0127655165