1. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku membayar bil celcom beberapa tahun yang lepas, hari ini akhirnya terbalas. Celcom menghadiahkan RM5000.00 Voucher (aku pilih Metrojaya) utk shopping sakan!! Kalau lah boleh aku nak beli 2-3 air-cond sbb cuaca sgt panas kebelakangan ini.
2. Jangan tanya macam mana aku menang pertandingan ini. Nama pertandingan ini (Talk A Thon-Call and Shopping) pun aku hanya tahu selepas aku menang. Memang style cara aku menang kali ni. Soalan yg ditanya mmg agak mencabar. Tunggulah, mana tau 1-2 hari ini telefon kamu yg berbunyi. Jawablah dgn yakin dan adil.
3. Okay lahh ...sapa yg ade cadangan Metrojaya mana aku patut pergi, apa patut aku beli... sila beritahu. Aku ni org kampung, Xpenah pulak shopping tempat2 mcm nie. Nasib baik aku Xpilih Giant sbg hadiah. Mau penuh rumah aku dgn barang-barang dapur.
4. Hari ni mak and adik2 aku akan touch down selepas seminggu di Jakarta-Bandung-Medan. Maybe nk bg sikit pada mereka nanti.
* Syarikat telekomunikasi lain patut contohi Celcom ni. Bukan asik nak untung jerr. Sesekali kena ada sifat memberi ...
Akmal Adanan
Celcom Melaka Branch 1226 hrs
Friday, November 25, 2011
Saturday, November 12, 2011
Selamat Berehat Rasfan (29) & Abu Kassim (Ayah, 56)
Arwah Rasfan Abu Kassim bersama kameranya. @ Langkawi, Kedah
1. Bulan 12, 2009 aku menjejakkan kaki di UiTM Melaka melaporkan diri kerja di sana. Tiada rumah/ bilik sewa aku menumpang di rumah aunty di Pokok Mangga, Melaka. Seminggu selepas itu, aku diperkenalkan dengan seorang pensyarah FSSR, Rasfan Abu Kassim untuk bertanya tentang rumah. Dengan lapang hati, walau saling tidak mengenali arwah mempelawa aku tinggal menyewa di rumah yang sama - Taman Intekma. Dalam hati aku, alhamdulillah, ade juga insan sudi menolong aku.
2. Sejak dari itu, kau lah yang selalu temankan aku minum + makan malam & makan tengah hari. Setiap pagi, aku akan bukak lagu dangdut Amelina + Iwan kuat2 utk ceriakan suasana ...Malam pulak, kita akan ke kedai kat corner lendu ...ingat lagi kau akan order mee goreng basah dengan telur goyang. Tak lupa air teh halia, kata Rasfan bagus utk buang angin. Itu lah menu die selalunya. Rasfan, Aku tak kenal siapa pun waktu itu. Kaulah yang kenalkan aku dengan beberapa orang rakan di universiti. Menolong aku jaga test kelas aku, mengajar aku banyak perkara baru dalam selok belok kerja. Meminjamkan aku buku-buku rujukkan seni yang menarik. Sharing idea-idea seni dan banyak lagi. Masa aku terisi dengan baik dan produktif.
Keratan akhbar berita kematian Arwah Rasfan & Ayah
3. Tanggal 10 November 2011 sedang aku cycling di Klebang Besar, satu emel dr UiTM masuk ke inbox. Macam biasa aku pun buka message berkenaan tetapi kali ini aku mengucap panjang! Aku terpaku, betul-betul tidak percaya... hampir 4-5 kali aku baca dan cuba untuk menidakkan apa isi kandungan emel itu. Ya ALLAH!! sungguh besar kuasaMu memanggil sahabatku Rasfan & Ayahnya dalam satu masa yang sama.
4. Semua kenangan aku bersama Arwah secara langsung flashback di dalam kepala. Pengalaman tinggal selama setahun lebih bersama Arwah cukup memberikan aku gambaran sifat dan kebaikan yang arwah miliki. Arwah tidak berkira dalam apa pun barang miliknya, Arwah sangat menjaga tuturnya, sangat berdedikasi, rajin dan berpandangan jauh. Aku berkongsi minat yang sama dengan Arwah - fotografi ...Arwah merupakan seorang insan seni yang tulen dan tiada tolok bandingnya. Siapa yang tidak kenal dengan Arwah Rasfan yang akan berjalan sentiasa bersama beg galasnya ke mana juga beliau pergi ...Aku dan kawan kawan masih ingat ungkatan Arwah ....."TIADA PERKARA YANG SALAH DALAM SENI"
Close up shot Rasfan ....
Gambar Arwah rasfan bersama Insyirah (2 bulan) sehari sebelum meninggal dunia
Arwah sempat komen status aku pagi sebelum beliau meninggal dunia
5. Dari hari Khamis (hari kejadian) lagi aku cuba utk menulis tentang Arwah, tetapi gagal ...dalam hati, aku turut menangis mengenangkan isteri & anak arwah; Nadia & Insyirah ..Ya Allah, Kau permudahkanlah ujianmu kepada keluarga rakanku ini. Seminggu sebelum ini aku tersempak dengan Arwah awal pagi semasa Arwah berjogging di taman. Malah, kira-kira jam 10pagi (hari kejadian), Arwah sempat komen di status aku sebelum pergi pada 3 petang pada hari yang sama. Arwah dan aku juga berada di Induksi yang sama selama 2 minggu, membuat persembahan bersama. Ingat lagi lirik yang arwah nyanyikan (lagu Hazami) "TAKDIR MAHA ESA, RESTU AYAH BONDA ...MENCAPAI CITA-CITA.... OOOO" Aku rasa pelik, sbb arwah jarang menyanyi di rumah.
6. Arwah seorang yg sangat2 komited dengan kerjanya. Setiap hari sanggup pulang lewat sehingga dinihari. Jam 1-2 pagi itu biasa utk beliau berada di studio memantau pelajarnya menyiapkan projek-projek seni yang diamanahkan. Awal pagi, Rasfan akan bangun, dan memberi makan kucing-kucing terbiar sekitar rumah kami. Berpaket-paket makanan kucing die belanjakan setiap hari ... Tidak lokek wang & ilmu, tidak suka mengeluh .. Itulah dia sahabatku Rasfan ...
7. Perkara aku paling ingat ialah melihat rasfan sangat gembira dengan passion-nya fotografi. Saat dia sampai di rumah sambil berpeluh-peluh dr KL menunjukkan kamera terbarunya 7D. Rasfan bermula dengan kamera ini hadiah isterinya Nadia. Tak lama selepas itu, arwah membeli Canon 70-200 ..diikuti 5D, 20mm 1.4, 10-22mm dan macam-macam lagi. Die kata die suka ambil gambar bokeh + haiwan di zoo. Arwah pernah menang beberapa pertandingan foto melalui gambar macro dan macam2 lagi. Sejak itu byk gajet lain arwah dapat beli hasil titik peluhnya dalam foto. Bulan 10, 2011, arwah tiba-tiba datang ke office aku, die kata die sangat seronok kamera idamannya, 1Ds MII tercapai ...aku turut bangga.
8. Arwah juga berjanji utk shoot gambar aku bila aku kawin nanti. Aku ckp "nanti aku tempahkan ko bilik hotel ye fan .." Aku ingat lagi, Arwah membalas, "Tak payah susah-susah mal, aku tidur mana-mana pun tak apa ...asalkan ade tempat baring cukup lah .."
9. Rasfan, maafkan segala salah silap aku ... pengalaman tinggal bersama kau akan aku kenang sampai bila-bila. Buat Nadia, jika perlukan apa-apa pertolongan sila beritahu. Insyaallah saya sedia membantu. Rasfan, semoga roh kau & ayah selamat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman .....insyaallah.
"Pemergian mu diusia muda adalah janji Allah bahawa telah sampai ajal mu bersama bapa mu.. dan apabila sampai ajal seseorang, tidak akan dilambatkan walau sesaat dan tidak akan diawalkan (walau sesaat)... Aku redha.. Aku insaf... giliran ku pasti akan datang... entah sebentar lagi... entah esok hari.. entah minggu depan... entah bulan depan...entah tahun depan..."
http://www.rasfanabukassim.bravehost.com/index.html
http://www.facebook.com/notes/rasfan-abu-kassim/rasfans-beautiful-imperfections/276256722412615
Sahabatmu ...
Akmal Adanan
0137793993
Sunday, November 6, 2011
Salam Aidiladha 1432H
1. Ini tahun ke-2 aku beraya haji tanpa abah. Saat aku pegang batu nisan abah, masih segar ingatan aku memasukkan tanah ke dalam liang lahad abah. Rasa macam tak sanggup utk berbuat begitu pada org yg kita sayang ..
2. Tak jauh dari sini jelas kedengaran suara takbir berkumandang ...Allahuakbar ..Allahuakbar ...Ya Allah, sungguh besar kuasa-Mu, sesungguhnya hambamu ini sangat kecil dan memerlukan bantuanmu ...
3. Semoga semua kaum muslimin dan muslimat dapat sesuatu dari ibadah qurban hari ini. Aku macam biasa akan tolong orang2 kampung bersama-sama.
Salam Aidiladha ...
Akmal Adanan
Dari tanah perkuburan Simpang Tiga,
0137793993
Subscribe to:
Posts (Atom)