Tuesday, June 28, 2011

Kenangan

Restoran Zam Zam, BP
1. Enam tahun dulu inilah restoran tempat kami (photographer B.Pahat) berkumpul sementara menunggu film tgh develop + gambar dicuci... Masa ni lah kami berborak tentang pengalaman amek gambar kat rumah pengantin sebelum itu.

2. Macam-macam cerita, ada yg pening kepala sebab rumah zink Xde syiling (flash Xleh bounce), film tak rolling (abes snap kosong je dari tadi tp Xrecord kat film), kena marah mak andam, pengantin tak tau pose keras mcm kayu dan mcm2 lagi ..aku sbg org baru dengar je dgn perasaan takut ...

3. Aku rindu kawan-kawan lama yang sama-sama berkecimpung dalam wedding photography dulu. Ada yang masih aktif, ada yang telah pun berhenti mengambil gambar perkahwinan lagi, ada juga yang telah kembali ke rahmatullah ... mereka lah orang-orang yang sama-sama membantu budak mentah macam aku utk faham apa itu wedding photography. Pengalaman aku guna film kamera bersama mereka memang aku akan ingat sampai bila-bila ..

25 Mei 2011 adalah tahun ke-6 aku celebrate ulangtahun amek wedding pertama aku ... Terima kasih arwah abah + arwah haji ismail dan semua kawan yang banyak membantu ...

Jasa mu akan dikenang ...




Akmal Adanan
0137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 15, 2011

Workshop: WEDDING PHOTOGRAPHY by Adhadi Mohd

Pada semua kawan-kawan yang ingin berjinak dalam Wedding Photography, saya perkenalkan anda dengan workshop Wedding Photography oleh kawan saya; ADHADI, seorang jurugambar perkahwinan yang berpengalaman luas dalam pelbagai field photography.

Sumber text diambil dari SINI:



Salam. Berikut adalah beberapa tips yang saya boleh kongsikan apabila anda bertugas sebagai jurufoto

1. Sekiranya tempat ini baru untuk anda, datang survey at least beberapa hari awal. Takut Sesat.

2. Sediakan extra baju, seluar, dan kain lap peluh dalam kereta.

3. Datang sejam awal.

4. Berkenalanlah dengan ahli keluarga pengantin dan memorize nama, wajah serta pangkat mereka.

5. Satu idea ialah rakam wajah mereka menggunakan smartphone anda dan minta no telefon mereka, save dalam contact, dan isi note pangkat apa. Dengan ini anda takkan lupa apabila merekabentuk album. This may take a while. Kelebihannya juga ialah anda boleh sms beri URL galleri bila gambar dah siap. Ini adalah satu powerful marketing technique. Ambil FB sekali

6. ANda perlu menyapa parent mereka dengan mesra. Bagaimanapun sesetengah keluarga tidak begitu mesra.

7. Jangan marah bila mereka tidak jemput anda minum atau makan, tugas anda adalah untuk merakam bukan untuk makan. Anda perlu makan sebelum datang bertugas.

8. Elakkan menghisap rokok dihadapan pelanggan.

9. Jangan sesekali memarahi pengantin apabila mereka tidak pandai pose. Mereka bayar anda… anda perlu jaga hati mereka kerana peluang anda untuk UPSALE akan hilang sekiranya berkelakuan kasar.

10. Cara paling efektif untuk UPSALE adalah dengan langkah berikut.........


Ada banyak lagi tips termasuk kaedah UPSALE untuk meningkatkan pendapatan sebagai jurufoto perkahwinan akan saya berikan dalam Kursus Perkahwinan 18 June ini. Saya akan kongsi pengalaman bagaimana saya boleh mendapat pendapatan lebih 5 angka menggunakan fotografi perkahwinan sahaja, tanpa perlu menjual perkhidmatan saya kepada sultan atau artis, jual kepada pengantin biasa saja.

Jumpa anda nanti.

ADHADI boleh dikunjungi di http://adhadimohd.com/





Akmal Adanan
0137793993

Monday, June 13, 2011

Gurauan Hari Ini


Kita gemar berkata kita adalah golongan yang baik, yang betul, yang perfect, ahli syurga dan banyak lagi ..Di samping itu kita suka menuduh orang itu jahat, buruk akhlak, sekular, tidak Islamik, masuk neraka dan sebagainya. Persoalannya, baik sangat kah kita ni? berapa banyak sumbangan kita pada masyarakat, pada Islam, pada negara kita? Nasib kita di akhirat kelak, siapakah yang tentukan? Adakah kita begitu suci di sisi Allah ...siapakah yang tahu?

Pada aku.. senang je. Aku lebih hormat mereka yang berpewatakan biasa, berfikiran baik, berhati mulia, minda yang selalu positif, cukup rukun Islamnya (Islamik atau tidak itu antara die dan Allah), dari seorang yang nampak warak dari luar tetapi berbau busuk dari dalam ...nauzubillahminzalik ...

Mungkin ramai yg tidak bersetuju dengan coretan aku... aku minta maaf awal-awal.




Akmal Adanan
0137793993

Monday, June 6, 2011

Bunyi bunyian ngeri

Aku rasa radio2 di malaysia ni patut mengharamkan diri mereka sendiri dari menggunakan sound atau melodi bunyian emergency brake yg hampir berlanggar lori 10tan atau menekan bunyi hon yg kuat. Cilaka btol, menggelabah aku carik pedal brake kat kokpit kete sukan aku ni ...rupanya bunyi radio je!!!

Korang duduk konti mana nak tau perasaan pemandu berkaliber macam aku ni ..pagi-pagi dah diuji

Sekian



Akmal Adanan
0137793993

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.