Friday, December 31, 2010

GOOD BYE 2010

1. Mungkin ramai (anggapan) yang datang ke blog aku dan hampa kerana tiada apa-apa gambar atau cerita baru aku kongsikan di sini. Aku juga hampa dengan diri aku sendiri kerana tidak dapat meluangkan masa menulis blog. Perkataan sibuk mungkin perkataan yang paling popular dalam tahun 2010 ni. Aku sedar sekurang-kurangnya 80kali aku tulis perkataan 'sibuk' ini. Aku akan cuba elakkan perkataan 'sibuk' ni dan aku cuba cari alasan lain. Diam tak diam, kita dah sampai ke penghujung tahun ...sekali lagi tanpa disedari umur aku akan meningkat setahun lagi... dunia ...dunia ...

2. Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2010. Tahun 2010 inilah banyak memberikan aku pengalaman hidup yang getir. Sukar aku gambarkan. Aku menerima banyak berita suka tak kurang juga ketentuanNya berita-berita sedih yang sangat menduga hambamu Ya Allah.

For bigger resolution, pls click HERE

3. Perkara yang paling aku ingat ialah kehilangan Abah pada 19hb Julai 2010. Aku betul-betul tersentak dengan pemergian Abah buat selamanya. Belum sempat aku membalas jasa baik Abah membesarkan aku, tiba-tiba Abah pergi meninggalkan kami sekeluarga LINK. Terus terang aku cakap, aku kehilangan arah. Aku hilang tempat aku bertanyakan pendapat dan berkongsi hobi fotografi. Masih aku tak percaya Abah dah pergi buat selamanya... Abah sangat banyak berjasa dalam perjalanan hidup aku. Abah jugalah yang membuka hati aku untuk sambung Sarjana dan mendapat kerja yang diidamkan. Terima kasih Abah!!! Selain Abah, aku juga kehilangan Wak Miah, Abang Johan, Mbah & Wak Rahmat. Tahun 2010 ini menyentap 5 orang ahli keluarga aku.... semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

4. Tahun 2010 ini aku mulakan kerjaya aku di Melaka. Alhamdulillah, setelah setahun bekerja di sini, aku rasa aman dan serasi dengan kerja ni. Walaupun aku rasa pack dengan tugasan yang diberikan, aku happy dan sentiasa bersemangat. Semoga berkekalan. Aku sedang cuba menyusun hidup aku supaya lebih teratur.. dapat menyiapkan segala kerja on-time.

5. Tahun 2010, exactly bulan 12 lalu, mak di pula sakit... ditahan di Putra Hospital ward selama seminggu. Aku betul-betul risau dengan keadaan mak. Walaupun penat berulang alik Melaka-Batu Pahat, aku akan pastikan keluarga aku terjaga. Insyaallah... Aku harap seluruh keluarga aku dilindungi dan dirahmati, dijauhkan dari perkara-perkara buruk. Itu sahaja yang aku harapkan.

6. Tak tahu apa nak tulis dah ...saat dan ketika ini aku masih di office. Walau pun cuti sempena kemenangan pasukan MALAYSIA dalam Piala AFF SUZUKI 2010, aku tetap di sini. Itulah pengorbanan. Semoga semuanya memberi hikmah yang baik ... Tahun 2011 aku harapkan sebuah tahun yang memberi aku banyak perkara-perkara yang menggembirakan. Semua kerja lancar, family ok dan yang penting aku nak aktif semula amek gambar ...

Harap kawan-kawan doakan ...terima kasih !!!







Akmal Adanan
CB103/ UiTM Melaka
0127655165

Sunday, December 26, 2010

BRAVO MALAYSIA AFF SUZUKI CUP

1. Aku sangat terhibur menonton perlawanan MALAYSIA vs INDONESIA tadi. Tak keterlaluan kalau aku katakan inilah permainan Malaysia yang terbaik setakat ni. Aku seakan tidak percaya mereka sehebat ini. Syabas Malaysia.

2. Inilah yang sangat ditunggu-tunggu sejak sekian lama. Ntah berapa gelas air Teh 'o' aku tumpah. Suara aku hilang bahana menjerit2 macam kena histeria kat mamak Muar nie. Tapi Xapalah, mmg enjoy tengok match ni tadi. Sultan Pahang juga sangat seronok sampai gosok2 kepala Kuna tadi. Lihat macam mana kasih sayang seorang Sultan. Best best best ...

3. Terima kasih Rajagopal, pemain2, dan semua yang terlibat dalam team Malaysia ..tahniah laa brader ;)



Akmal Adanan,
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, December 21, 2010

Al-Fatihah kpd Kamat B. Selamat

1. Skrg, Aku berada di tanah perkuburan Kg. Bekoh, Tangkak. Alhamdulillah, pakcik aku selamat disemadikan. Semuanya berjalan lancar. Lantas aku tersedar, begitu kuat peringatanmu Ya Allah, 5 orang saudara terdekatku dipanggil ...sesungguhnya aku Xdapat menolak ujianmu Ya Allah.

2. Lagi sekali aku mendengar bacaan talkin yang sungguh menakutkan. Cukup membuat setiap insan sedar akan kesilapannya. Sesungguhnya, Masa utk kita yg masih hidup ini sangatlah suntuk, aku terfikir panjang ...Ya Allah, Kau berilah ku kesihatan dan umur yang panjang.

3. Mengalir air mataku semasa sepupuku, abg razi, dan dayah mencium jasad bapanya. Pertama aku masih ingat saat2 kami bersuka ria pada hari raya 1431H lepas. Kedua, wajah arwah mmg seakan wajah arwah Abah.. Terus aku menitiskan air mata. Dapat aku bayangkan perasaan semasa aku mencium arwah Abah dulu ...

4. Ya Allah, Kau peliharakanlah kesejahteraan semua keluarga kami, berilah kekuatan, keselamatan, dan keredhaan.

5. Wak Rahmat, semoga kau aman di dalam sana.. Betul2 di sebelah kubur mbah (meninggal 2bulan lalu). Semoga kau dicucuri rahmat ....amin




Akmal Adanan
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Tinggal Wak Amat

1. Aku dikejutkan dengan panggilan telefon awal pagi ni. 5.59am. Abang Rizal cousin aku menyampaikan berita sedih, Wak Rahmat akhirnya kembali ke rahmatullah.

2. Ini adalah kehilangan yang ke-5 dalam tahun 2010. Setelah aunty, abah, cousin, dan mbah, skrg giliran wak pula. Arwah, meninggal setelah sebulan di IJN. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin ...

3. Tiada lagi adik beradik Abah dalam keluarga yang masih hidup. Al-Fatihah ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, December 10, 2010

Students Registration Meeting

1. Currently at UiTM KBM, attending a meeting on behalf of our coordinator. Everything was good ..so far. We will having more new students for the incoming intake Jan-Apr 2011. The time ran very fast, and I already served UiTM for almost one year here in Melaka.

2. My mom was expected to be discharged from Putra Hospital today. It was a big relief to see my beloved mother in a good health as before. A week stay in the hospital was really worth. I missed 2 big opportunities in my career during this time.. Nonetheless, I wouldn't regret it, the Family will be always my Priority.

3. Happy friday friends !!!



Akmal Adanan,
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, December 9, 2010

http://www.na5wa.com/

On a drive through Illinois during the 1960 campaign, photographer Paul Schutzer turns his camera on his colleagues in the press. (Paul Schutzer/TIME & LIFE Pictures) # Click HERE for more pictures.

1. Aku mempunyai seorang rakan di Mekah.. Lutpi namanya. Kami dah lama berkawan, tapi tidak pernah bersua muka. Aku sangat cemburu dengan hasil kerjanya. Sangat menyukai cara penulisannya.. tersusun dan well structured tak mcm penulisan aku yang lebih bercelaru. Kenapa aku tak menulis macam Lutpi, aku pun tak reti nak jawab ...

2. Baru-baru ni Lutpi credit aku atas alasan memberinya idea utk shoot kids (anaknya).... terima kasih byk Lutpi. Sangatlahhh comel tak terhingga anak2 die ni. Dari komen-komen yang aku baca, anaknya itu comel mcm emaknya. Lutpi, hang jgn marah no.. aku melaporkan sahaja. Aku percaya hang pon comey juga ekekeke. Kalau nak tengok muka anak Lutpi ni sila click SINI.

3. Ok lah, aku pun nak sambung buat kerja yang tak pernah nak kurang. Biasa laaa hidup. Nak duit kena laa berusaha. Nak keredhaan Allah juga kena berusaha. Jumpe entry yang lain yang mana aku akan share gambar bukan tulisan karut lagi ....bye

Berminat melihat blog Lutpi, click SINI.




Akmal Adanan
0127655165

Test Post

1. Sorry, entry kali ni aku just nak test post via mobile. Aku baru set balik system nie selepas diserang spam jualan jam tangan tiruan baru2 ni.

2. Lama juga aku X update blog aku ni. Tak sempat berbuat demikian, later on aku share benda baru k.

Thank you ...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 5, 2010

KEHEBATAN CIPTAAN ALLAH

Herring Gull with Guillemot Chick. Taken on the Farne Islands, Northumberland, UK, the herring gull circled around the guillemot colony three or four times before dropping in and picking up this chick with the guillemot colony watching. (Photo and caption by Ron McCombe) #

1. Dunia kita ini kadangkala sangat kejam. Yang kuat biasanya mempunyai kelebihan. Yang lemah, terpaksalah menjadi habuan. Begitu juga dalam kehidupan manusia. Tak semuanya senang, ada yang miskin ada juga yang kaya. Adakalanya kita di dunia diuji dengan pelbagai cabaran. Hanya yang benar-benar tabah mampu mengharunginya.

2. Mak aku baru sahaja menjalani satu pembedahan kecil semalam. Alhamdulillah, berjaya. Mak dah nampak sedikit sihat. Aku harap betul mak cepat baik. Hari ni juga plan kitaorg untuk menjemput mbah balik dari Mekah tak kesampaian. Mak masih lagi di wad. Itulah pepatah, "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan". Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian ...

3. Kadang-kadang kita perlu melihat dunia dengan lebih luas. Banyak yang kita mungkin terfikir, hebatnya ciptaan dan ketentuan Allah.

Untuk melihat banyak lagi gambar-gambar menarik, click SINI.

Friday, December 3, 2010

Cuti-cuti 2010


Print screen semasa aku menyiapkan kerja-kerja editing 02.12.2010

1. Dah lebih kurang seminggu aku bercuti di kampung. Tapi bukan nak kata bercuti, aku masih menghadap laptop menyiapkan kerja, juga yang paling penting aku di sisi mak sebab mak sakit masuk hari ke 6 hari ni. Isnin malam lbh kurang 12am aku dapat call Nina bawak mak pergi Hospital sebab mak demam sgt panas. Mak asik demam je... risau aku dengan keadaannya. Tp alhamdulillah, hari ni mak dah nampak bagus sikit. Harap cepat laa sembuh, sbb ahad ni nak amek mbah balik dari Mekah. Mesti seronok kan.

2. Sekarang ni aku tengah siapkan 2 jenis publication serentak. Satu magazine faculty and sebuah buku lain. Stress juga memikirkan kerja yang banyak tapi mempunyai masa yang agak kurang. Jugak pening sebab aku baru lagi menggunakan InDesign software.

3. Aku minta maaf pada kawan-kawan seperjuangan, juga pada Dr.Norain, Dr. Salleh sebab tak dapat datang present paper pada 1hb Disember yang lepas. Memang teringin nak share apa yang kita dah buat ..tp keadaan lain lebih memerlukan. Aku kena dulukan family. Kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan, insyaallah ...

4. Hari ni mungkin aku nak ke town BP, nak repair bicycle aku. So by next week aku dah boleh mengayuh basikal dari Alor Gajah ke Bandar Melaka. Kerja memang kerja, kesihatan mmg aku pentingkan juga. Kadang kita tak boleh memikirkan sangat kerja yang ada, aku pasti pasti akan ada masa untuk kita siapkan nanti. Bukan bertangguh, tp aku percaya kalau kita stress buat kerja tu, kita paksa.. hasilnya tak akan seberapa ...orang lain takkan faham kerana ...

5. Itulah orang seni ...





Akmal Adanan,
0127655165

Thursday, November 25, 2010

AKU PADA HARI INI

Penulis bersama kereta baru yang berjaya dimilikinya/ Oct2010

1. Ini adalah antara bulan yang paling produktif bagi aku sebagai seorang pekerja.

2. Boleh dikatakan setiap hari aku ke office setiap pagi (mana ada orang pergi opis waktu petang), dan bersukan setiap malam. Setelah dua kali hampir demam, aku masih dapat bertahan supaya terus sihat menyiapkan kerja-kerja yang selalu tertangguh. Sampai waktu sekarang ni aku asik selsema ...Ya Allah, kurangkanlahh dosa-dosa kecil aku. Terima kasih pada rakan-rakan yang tak jemu-jemu mengajak aku bersukan.

3. Esok pagi aku akan ke salah sebuah hotel di Melaka, bukan untuk check in, tetapi ada urusan kerja yang mesti dibereskan. Mungkin ambil masa setengah hari juga tu. Pada sebelah petang pula, aku akan berkemas-kemas utk melancong sambil bekerja ke Sabah. Flight gila pagi pukul 0600hrs lebih kurang. Sanggup tak sanggup aku layankan je. Aku naik bus dari Melaka pukul 0000hrs. Sampai LCCT dalam maybe 0130 hrs, Apelah aku nak buat sementara menunggu nanti agaknyaa ...

4. Lama sungguh aku tak jenguk facebook. Terasa macam zaman remaja aku dulu-dulu. Memang kurang masa aku habiskan di hadapan komputer. Kebanyakan masa memang aku akan berlari setempat, bermain badminton atau bermain bola sepak. Sesekali aku akan bermain sukan yang paling ekstrem iaitu memancing. Bila aku tak jenguk facebook, aku perhatikan banyak juga kerja yang hampir aku siapkan. Baru aku perasan, aku banyak buang masa baca status kawan-kawan yang pening kepala, ingin memberi kucing makan, ingin pergi beli gula dan sebagainya. Facebook tu tak salah, aku je yang tak reti set masa mana nak bekerja atau bila nak bersosial. Baru hari ni aku perasan ...

5. Baru-baru ni blog aku kena hack, orang-orang tak bertanggungjawab nak jual jam tangan tiruan kat sini. A few friends called nk beli jam, aku pun tak paham ape kawan aku cakap ni. Kalau ikut nafsu, mau je aku letak je telefon. Aku jarang jual barang-barang menyalahi undang-undang nie. Bila aku open blog, baru nampak perkara yang sebenar. ahahaa mmg pening kepala dibuatnya.

6. Sekarang ni, ramai kawan-kawan dah bercuti seminggu atau dua, cuti aku baru pakai 3-4 hari. Bila aku nak guna pun aku tak tahu... cuti kerja tak siap, tak cuti sunyi pulak kat sini keseorangan ..haishhh

6. Aku nak motivate diri sendiri supaya lebih focus more on kerja. Bersosial secara terus (berjumpa rakan sukan) lebih menyeronokkan dibandingkan bersosial melalui rakan maya. Teringat masa aku form 4 dulu ..ramai juga kawan di internet. Nama mereka antaranya Natasha, Julia, Nora dan pelbagai nama yang exotic dan cute (orangnya tak tahu lagi), sampai sekarang pun aku tak pernah jumpa. ekekeke ...

* Aku dengar cerita Korea Utara & Korea Selatan bergolak sekarang ni, tak habis-habis laa manusia ni nak membuat kerosakan. Sama-sama hidup dalam dunia relax-relax dah laa. Asal dapat beribadah, makan, minum dengan elok, cukuplah. Takkan ada faedahnya berperang. Susah nak kata, dah jadi pemimpin pun tak bape faham perkara asas macam ni. Sedih.






Akmal Adanan,
0127655165

Friday, November 19, 2010

AWAS: ARTIKEL INI SEDIKIT MEMBOSANKAN

My extremely used laptop ...a macbook from Apple, US

1. Entah mengapa, aku merasakan aku sangat stress dengan kerja-kerja yang tak pernah habis lagi bertambah-tambah. Hobi yang aku minati ntah ke mana. Girlfriends2 yg disayangi pun lari jauh meninggalkan. Selamat tinggal Agnes Monica, Nora Danish, Julia Zeigler mahupun Jue Aziz. Segala date kita terpaksa ditangguhkan. Abang terpaksa mendahulukan kepentingan kerja .. nak menonton filem pecah panggung 40Juta pun belum sempat lagi ...

2. Terima kasih aku nak ucapkan kepada laptop aku yang sangat berjasa dengan aku sejak kebelakangan ini. Dah lebih kurang 2 tahun laptop ni berkhidmat utk aku. Tanpa mengadu panas, penat atau pun haus. Terus bekerja tanpa henti. Berbaloi juga rasanya aku beli laptop seken hand RM3100.00 dulu. Ye laaa dulu mahal, skrg dengan harga tu dah dapat brand new apple laptop. Nasib badan ...

3. Bulan ni, aku sibuk sangat - sambil menanda, key in marks, edit filing, dan kemas meja, aku juga akan ke Sabah (TBC) utk satu assignment photo+research khas. Aku tak pernah sampai Sabah lagi. Aku dengar Sabah macam ala-ala Maldives... aku kurang pasti sapa makhluk yg bagi maklumat sulit nie.. tp, kita tengok je nanti. Dalam masa yang sama aku sedang siapkan slide utk present paper di Asia conference 30Nov2010 nanti. Tambah lagi, aku sedang design fac magazine dateline - very close, in early december.

4. Sapa-sapa yang ade link ceramah motivasi atau cara mengurangkan stress, sila tinggalkan maklumat utk Aku lihat atau dengar...






Akmal Adanan,
0127655165

Thursday, November 18, 2010

IBADAH QURBAN 1431H/ 2010

Me with one of the leg of the sacrificed cow, on Hari Raya Qurban, 1431H/ Batu Pahat, Johor.

1. Tahun ini, keluarga aku menjalani ibadah Qurban dengan menumbangkan seekeor lembu. Terima kasih orang-orang kampung yang sama-sama membantu dalam menjalani ibadah ini. Kalau nak harap aku ..mau tak makan daging laa sampai ke malam. Walaubagaimanapun, Aku sempat juga pegang bahagian peha lembu masa saat sembelihan, tak sanggup nak tengok saat pisau tu memotong urat di leher lembu tu. Kalau dulu, saat tu laaa aku shoot bahagian tu bagi detail ...tapi sekarang tidak lagi. Boleh rasa mcm mana lembu ni menerima ujian Allah masa otot dia bergerak menahan kesakitan.

2. Tahun ni juga aku tak shoot banyak gambar memandangkan aku dah menjadi ketua keluarga ...menggantikan arwah ayah aku. Aku banyak membantu kerja-kerja melapah, mengangkat dan memotong daging utk dibahagikan kepada penduduk setempat. Huhhh!! penat juga kerja ni rupanya ..

3. Aku perhatikan sorang demi sorang pakcik-pakcik yg ada semalam. Dari pangkat pakcik sekarang dah jadi pangkat Atuk. Tua dah mereka ni. Kadang aku terpikir, sapa pulak laaa nak ganti tempat mereka utk sembelih lembu-lembu ni in future. Bila aku tengok kawan-kawan aku yang ade ni, nampaknya macam belum ade yang berbakat nak take over. Nak harap aku mmg laaa susah kan ....

4. Apa pun, hidup bermasyarakat ni memang laa bagus. Aku dapat rasakan keseronokkan dapat bekerja bersama. Semua melakukan tugas masing2. Ada yang menumbangkan lembu, yang menyembelih, yang melapah, masak makanan dan macam-macam lagi.

Harap benda ni akan kekal selama-lamanya.
* Gambar akan diupload kemudian ...






Akmal Adanan
0127655165

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H

Al-Fatihah buat Abah kembali ke Rahmatullah pada 19-07-2010

1. Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada semua umat Islam di dunia.

2. Tahun ini keluarga aku menunaikan ibadah qurban ...tanpa Abah yang pergi meninggalkan kami July2010 yang lalu.

3. Saat dan ketika ini, aku betul2 di sebelah kubur Abah di kampung. Abah, Mal harapkan Abah gembira di dalam ..meraikan aidiladha buat pertama kali.

4. Mak and adik2 tengah memasak di rumah menyediakan makanan utk org kampung yg akan melakukan ibadah qurban sebentar lagi...

5. Ok Abah, Mal mintak diri dulu. Kubur abah dah cantik hari ni. Terima kasih pada jiran yg datang menghadiahkan bunga yg ceria.

Salam..





Akmal Adanan
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 16, 2010

HOBI GILA

Me on Basikalton with Datuk Pengarah,UiTM Melaka/ 16.11.10

1. Aku selalu peratikan, kawan-kawan aku dalam bidang photography ni mempunyai hobi hobi yang sangat mahal harganya. Kami sudah pun mempunyai hobi yang mahal. Hampir aku tak berkahwin pasal duit aku banyak mengalir ke arah photography ni. Nak kata kaya tak juga... pasal aku masih jugak macam ni, cuma aku agak happy dengan hidup aku sekarang ..itu jer. Kaya tu subjektif pada aku ...nanti aku sentuh bab kaya ni dalam bab yang lain. Bab yang ni aku nak story sikit pasal hobi baru aku yang macho lagi menggiurkan.

2. Aku ingat lagi, masa aku nmula-mula datang KL. Tempat pertama aku sampai ialah Puduraya. Tp Puduraya tak de kena mengena dengan cerita ni.

3. Aku jumpa sorang mamat bernama Yus ...aku gelarkan dia sifu rachun, ape dia ada mesti dia nak aku pun ada. Kalau barang die murah tak pe. Naik semput aku kumpul duit nak beli barang2 dia. First time aku jumpe Yus utk belajar amek gambar, pagi tu ada wedding assignment di Dewan Perdana Felda.

4. Sehari sebelum tu, aku pun penuhi kemahuan aku utk dapatkan sebuah lens yg aku idamkan - Canon 17-55 IS f2.8. Aku call bekas pengapit pengantin yg penah aku kenal dlm salah satu wedding yg aku cover - Usen Lavoice (jurugambar terkenal sekarang) utk belikan lens tu utk aku. Nak gila aku carik duit beli lens ni. harga dia RM3.9k plus filter etc, cecah jugak 4.2k. Maklumlaaa dulu aku charge murah, buat amal jariah ... berpeluh-peluh shooting, bersengkang mata edit gambar, print, susun etc ... dapat juga aku pegang lens yg diidamkan.

5. Nanti aku cerita mcm mana aku dapatkan semua lens yg aku ada. (Cerita tu tak best pun). Pevey pon terlibat dalam salah satu scene meracun.. cilaka!!

6. Pas lens tu aku kena racun si Yus, tiba2 budak2 photographer bangi sume ade PSP. Alamak, aku mmg Xnak tertinggal. Aku turutkan jugak beli sebiji RM700.00. last2 umah aku kena pecah hilang PSP yg aku sayang tu. Tak lama jugak lepas tu, sume main i pod touch, hahh aku pun beli juga RM900 (2nd). Apa lagi??

7. Sekarangm budak2 photo ni dah ade hobi baru, Udey, Moqh, Faiz, rudy sume main beskal... alamak, sekali lagi aku terpengaruh. Best juga bersenam sekali2. Aku ingat murah beskal mereka tunggang nie, sekali mencecah 4k laa pulak. Aku akan cuba buat yg terbaik .....


Baru aku paham hobi gila ni memang bikin kepala pening ...selagi tak dapat memang tak puas. Kenapa??






Akmal Adanan,
0127655165

Friday, November 12, 2010

Suatu Masa Dahulu

Gambar kenangan dengan arwah Abah, Mak dan Adik adik. (1998)

1. Aku ni budak kampung2 je sbnrnya ..membesar, sekolah, bermain, berkawan pun dengan orang kampung. Aku suka main teng teng, main jelon (galah panjang), jugak ronders (baseball). Tidak dilupakan permainan guli yg sampai skrg aku gagal menguasainya. Penah satu hari, satu tin guli aku bwk, sampai ptg main, harapan tinggi at last aku balik bawak tin kosong. Sbb kalah teruk ..

2. Aku suka kayuh basikal masa zaman kecik dan remaja dulu. Berkilometer aku jalan2 ronda2. Geng2 lumba pt sulong dulu dasyat. Basikal dieorang laju! Ade jugak yg boleh naik basikal duduk atas handle ..geng2 aku (team taman bintang) steady. Selalu jgk menang dlm perlumbaan basikal. Basikal aku dulu color Repsol - merah/orange/blue. Ayam tambatan kami Redha.. Naik beskal ditaja Marlboro. Sume sembur sendiri jer ...

Ntah apa aku tulis. Tiba2 aku teringat kisah lama ..seronok jadi budak2 kan ..Xpayah nak stress mcm apa aku rasa skrg nie ...





Akmal Adanan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 10, 2010

ARTIKEL INI MENJELASKAN KENAPA KITA PERLU BELI KERETA PROTON?

1. Salam... Selamat Petang bagi semua rakyat Malaysia. Entry aku kali ni sedikit patriotik. Yaa sehinggakan kamu akan merasa sangat sayang kepada negara kita selepas selesai membaca ayat aku ini.

2. Kajian akus secara rawak, mendapati ramai di antara kita sangat skeptikal atau lebih tepat lagi, sangat trauma apabila menyebut tentang kereta nasional - Proton. Ramai orang kata Kereta proton ni seakan tin milo, tak ada kualiti, tak glamer, tak stylo, juga 511 orang yang aku perhatikan memandu kereta proton tidak nampak eksklusif... Kenapa ramai antara kita suka membuat kesimpulan yang dangkal dan kurang bernas? (Aku juga salah sorang daripada orang itu ..Loser).

3. Untuk menjawab soalan berkenaan, aku terjumpa sebuah artikel yang agak panjang kalau dilihat pada patah perkataannya, tapi aku jamin kamu akan dapat sesuatu apabila selesai membacanya nanti. Jadi jangan buang masa...


Sumber asal dari forum MKMU.net/ Gambar2 sengaja aku tambah sebagai perasa.

*****

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.

“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”


Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia.

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”


Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.


Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia.

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga – base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang sikit.

Iswara – base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK.

Wira – Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.

Perdana – untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara – Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja – Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 – 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.


Savvy – 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain – Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi membolehkan impian ini tercapai.”


Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan. Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.


Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia. Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?

“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia… harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.


Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea…susah. Sebabnya…

1. memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia…. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.

Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea… Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.


Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia.

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau.

Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?


Link

Link

Link



Apa pandangan anda???




Akmal Adanan,

0127655165

Tuesday, November 9, 2010

UPDATE!!!

Sorry no update for today ...

Monday, November 1, 2010

Which category of PHOTOGRAPHER are You in?

Gambar sebagai perhiasan. (For illustration purposes)

1. Selamat menyambut bulan November jatuh pada hari ini (Isnin, 1.11.2010).

2. Selamat Hari Lahir kepada pembaca yang birthday nya jatuh pada hari ni. Yang pasti hari ni bukan birthday aku. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

3. Lama juga aku berkecimpung dalam hobi photography ni... semakin lama aku dalam hobi ni, semakin ramai kawan yang aku kenal.. dan bermacam perspektif yang aku nampak. Pagi ni aku terbaca status seorang kawan lama dalam photography... yg mmg aku kenal sbg seorang yg sangat meminati dan faham apa itu photography ...Status yang membuatkan aku berfikir panjang.. dan aku rasa soalan ini sangat sesuai ditanya dengan trend photgraphy yang semakin bercelaru (assumption) sekarang ini.


Quoted from Khairil @Torque, (www.facebook.com/kf4121; Nov, 2010)

4. Which category of Photographer are You in?

5. There is no right or wrong feelings to be in one of the categories listed above... Nevertheless, You should question yourself, which category are you in. Are you in good or bad categories? Im pretty sure u guys have the answer ....Ask yourself =)

Torque, thanks for the permission to Share ..






Akmal Adanan,
0127655165

Wednesday, October 27, 2010

On Coach Tour to MELAKA Oct 2010


Hi, proudly presenting the tour to Melaka hosted by our faculty last friday, October 22nd 2010. Many thanks to our campus director, Yg. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mizan B. Hitam and all UiTM Melaka executives for participating in this very pleasant trip... It was fun!!!

For better view, please click HERE





Akmal Adanan,
0127655165

Tuesday, October 26, 2010

Photography TALK: Trisno Photography


Saja aku tolong promote salah sorang kawan seangkatan yang telah berjaya menempa nama dalam bidang photography perkahwinan... Trisno. Kepada sesiapa yang berminat adalah digalakkan untuk join workshop/ kelas ni pada hari dan masa yang telah ditetapkan. Trisno, good luck brader ...All the best =)

Untuk mengenali Trisno lebih lanjut, click SINI.



Akmal Adanan,
0127655165

Monday, October 25, 2010

HAKIM & FAIZAH WEDDING

Hakim & Faizah on their post wedding portraiture photoshoot. Location - Muar, Johor.

1. Hakim kawan lama aku akhirnya berkahwin dengan Faizah, nun dari pantai timur sana ...jauh jodoh Hakim dapat orang Terengganu... aku punya turn pulak tak tahu laa bila. Asik sibuk je .. nak carik masa utk kawen pon mcm tak sempat. Kecewa betul aku dengan management diri sendiri.. tidak terurus dan terlari-lari mengejar masa.

2. Aku ingat lagi Hakim ada call aku few days before dia bernikah. Ntah kenapa dia call aku pun aku tak tau. Sebab aku janji nak return the call, at last aku sibuk dengan kerja-kerja aku, dan terus terlupa. Sorry banyak-banyak ye Hakim. Nasib baik aku sempat ke rumah ko satu hari tu. Then tengok ko bersanding. Hakim, aku ingat lagi masa aku ko and Rahmat berjumpe kat pekan keramat Parit Sulong 3tahun lepas. Saling tidak mengenali, tp terus menjadi kawan utk share interest yang sama.

3. Berbalik pada cerita zaman 2010 yg baru ni, Thanks pada Din Pawaka, sekali lagi aku ucap terima kasih kat ko nie, dengan harapan, dpt sepinggan nasi ayam Penyet bila aku ke JB nanti. Ingat tu Din!. Oklahhh.. tak bercita-cita nak tulis panjang pun hari ni. Aku share few gambar yg sempat aku shoot unofficially, secara curi-curi... ini saja yang mampu, harap ko suka hakim...


4. Hakim seakan suka style gambar ala modeling ..bersahaja, without looking at the camera. Seronok shoot ramai-ramai dengan Rahmat, Zoel, Fitri, Shah, etc etc petang tu. Ramai photographer datang. Aku pulak malu sbb lama dah tak shoot wedding kan. Skill rasanya sikit tumpul. Mata dah tak aggressive macam dulu. Lagi-lagi pakai lain system, teraba-raba aku carik button nak tekan etc.. tp alhamdulillah, still manage to get some pictures hari tu.

5. Hakim & Faizah, Aku ucapkan Selamat Pengantin Baru ....dtg Pt. Sulong, sila singgah umah aku. Dekat je tak jauh pun ...Salam!





Akmal Adanan,
0127655165

Wednesday, October 20, 2010

Selamat Tinggal Embah

Gambar Mbah (Kanan) bersama Watie & Wak Kaseni, dirakam pada 7 April 1998

1. Hari ini genap 3 bulan Abah pergi tinggalkan aku dan keluarga... Kerap juga aku bermimpi tentang Abah kebelakangan ni. Mungkin sebab rindu atau ntah tak tau laa apa sebabnya. Aku cuba utk tidak memikirkan perkara ni ...sbb bila aku fikir, aku menjadi terlalu sedih dan hiba. Sayangnya, hari ni juga seluruh keluarga aku sekali lagi menerima sebuah berita sedih... kali ke empat utk tahun 2010 ini.

2. Embah (Atuk) aku yang disayang telah pergi buat selamanya (83tahun) pada pukul 1440pm tadi .....19.10.2010. Masih segar dalam ingatan, mbah yang sangat pemurah, selalu melayan aku masa kecil, memberi aku duit setiap kali balik ke kampung dan fulfil apa saja permintaan yg aku nak. Masih juga ingat, bagaimana sayangnya Mbah pada cucu-cucunya, dia menabung wang syiling RM1 selama setahun, utk diberikan pada cucunya pada hari raya pertama. Punyalah lama mbah menabung sampaikan dia lupa tahun itu wang Syiling RM1 tidak digunakan lagi ...

3. Hari ini ...tepat jam 1240 mak call dan beritahu mbah dah nazak... aku tersentak! Patut laa aku asik teringat mbah... Apa yg aku rasa selama 2-3 hari ni benar-benar ingin memberitahu aku sesuatu. Patutlah mbah sangat lain selepas kematian anak perempuan Wak Miah, anak lelakinya Abah & cucunya Johan (May, July & August 2010). Masih ingat lagi bila mbah dtg ke Wad HWD melihat jenazah abah ..mbah kata, "Pergi panggil doktor, masih panas ni, hidup lagi..." seakan tak boleh menerima pemergian anak bongsunya itu. Sejak itu, embah tak lalu makan dan banyak mendiamkan diri.

4. Aku yang drive mbah balik dari hospital Muar ke rumah pada hari kematian abah tempoh hari. Mbah cakap, "kenapa semua anak-anak aku mati. Aku dah tua kenapa tak mati dulu ..." kesian mbah, mesti dia merasa sunyi bila seorang demi seorang pergi meninggalkan dia. Aku cuba utk faham perasaan tu dan aku tiada jawapan utk soalan itu.

5. Selepas menerima panggilan, Aku bergegas pulang ke BP dan terus ke kampung di Tangkak. Walau terkilan tak dapat melihat mbah ..aku bersyukur dapat uruskan jenazah mbah hari ni. Semuanya berjalan lancar ...dipermudahkan urusan. Alhamdulillah...

6. Mbah ....Semoga mbah aman di sana ...





Cucu Embah
0127655165

Monday, October 18, 2010

Selamat Naik Pelamin Hakim & Faizah

Hakim & Aishah in one of the pictures taken at the portraiture photoshoot with Din Pawaka @Artcreative, Muar Johor Darul Takzim

1. Sorang lagi kawan photographer aku naik pelamin. Kali ni giliran Hakim & Faizah, di Muar, Johor. Aku dtg sebagai kawan bersama kamera dipinjam dari arwah ayah aku... sebuah Nikon. Struggle juga aku pada hari tu sebab tak biasa dengan buttons and handling style Nikon ...Thanks pada kawan2 yg sudi hadir sama memeriahkan majlis. Thanks Din (OP) bagi aku selit sekali, Rahmat, Fitri, Aliceshah, Zoel, Mael, Ery, etc ...

2. Makan umah hakim mmg best2 ...akan tetapi aku dah makan kat rumah dan masih kenyang ...Walaubagaimanapun, masih ku gagahkan juga 5 ketul ayam golek yg pada aku salah satu yg terbaik sepanjang aku hidup ni. Lama sungguh aku Xamek wedding, terasa sangat penat dan sangat lepak menunggu. Masa panjang, event padat. Gambar aku Xsempat nak share lagi...

3. Kami bekerja sepanjang hari utk mendapatkan gambar... supaya kamu dapat lihat majlis ini 10-20 tahun akan datang malah seumur hidup anda. Kepada yang masih rasa tugas kami ni adalah tugas tambahan, sila fikir sejenak. Jika pelamin kamu berharga 10k, jurusolek 4k, makanan 15k, atau kugiran jemputan kampung sebelah berharga 2k itu penting, kenapa kamu tidak boleh membayar sewajarnya utk tugas jurugambar yang sangat (Juga Lebih Penting) dalam majlis perkahwinan kamu? Mana perginya semua perhiasan yg mahal2 dan grand2 setelah wedding tamat??? ke mana?

4. Sila fikir sejenak ....





Akmal Adanan
0127655165

Thursday, October 14, 2010

KURSUS POTRET PERKAHWINAN 16 OCT 2010

Course organize by:
ADHADI MOHD

1. Ramai yang bertanya pada Aku, mcm mana nak shoot gambar sekian sekian ..to be frank, aku tak reti sangat nak ajar photography by process. Apa yang aku tahu sekarang ni pun, aku belajar melalui pengalaman; beratus-ratus kesilapan aku lakukan, beribu-ribu ringgit aku belanjakan, dan bertahun-tahun kajian aku jalankan. Proses pembelajaran aku adalah panjang dan penuh onak duri ... zaman filem dulu tidak semudah digital sekarang.

2. Untuk share, aku sarankan kamu belajar dengan my good friend, ADHADI MOHD ..seorang guru photography yang sangat berpengalaman. Beliau telah mengadakan berpuluh kursus photography, dan mempunyai latarbelakang photography yang sangat kuat.

3. Dalam masa terdekat ni, beliau akan mengadakan sebuah lagi kursus photography yang baik utk mereka yang ingin lebih maju dalam bidang 'Wedding Photography' ..mungkin senang mendengar perkataan jurugambar perkahwinan ni, tapi realitinya tidak sebegitu ... Saya bagi pihak Adhadi menjemput rakan-rakan yang berminat utk turut serta dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang ini. Terima kasih ..

Further information:
CLICK SINI






Akmal Adanan
0127655165

Sunday, October 10, 2010

KEMALANGAN MAUT 101010

Gambar kemalangan maut 101010 taken from utusan.com.my

Aku baru je sampai dari Kedah/Penang sebentar tadi. Dikejutkan dengan berita yang sungguh dasyat. Tarikh 10-10-2010 macam satu tarikh keramat... tempat juga amat sinonim dengan kemalangan sebegini. Pada hari ini, 12 orang dipanggil pulang tak kembali. Takziah diucapkan pada keluarga yang kehilangan orang yg tersayang. Allah lebih menyayanginya. Semoga yang lain dapat lebih berhati-hati di masa akan datang. Al-Fathihah ...

Friday, October 8, 2010

TRIP TRIP TRIP!!!

HTT257 Students in front of the Islamic Art Museum, Kuala Lumpur, Malaysia

1. This is my 4th class trip that i've joined so far for this semester (JUL-OCT 2010). The first trip was carried out sometime in July. Then we were all resting for the whole month of August (fasting month). Just after Hari Raya, we went up to Penang, followed by KL, and today We were now at Alor Setar, Kedah. Even I dont have weekend for the past one month, I feel so happy to be part of the trip ..visiting a lot of places and experience a lot of student's activities.

2. Me & Tania and the students were having a very BIG Breakfast early this morning... eating Bariani Kambing + Roti Kosong under a Cherry three. That was really a satisfaction! I think I wouldn't eating any kind of food for another 2 days... We are now having some time to rest before going to The Carnival, Sg. Petani to experience some water base activities.

3. Not bad to be in Alor Star, Kedah ..peaceful even the price of water was increased recently =) Very sad we are unable to climb up the Menara Alor Star today. They are doing some renovation on it ....sighh.

Rest .....yeayyyy!!
*Phobia2 make me laugh till cry!!!

Sell your car where ever you like... click HERE





Akmal Adanan
0127655165

Wednesday, October 6, 2010

Event: IID UiTM Melaka 2010

1. Tourism Faculty of UiTM Melaka (FPHP) was participated in the Invention, Innovation & Design IID 2010 held at the Dewan Bendahara, UiTM Melaka yesterday (05.10.10). FPHP team was represented by Ms. Tania, En.Hasrul and Me. We are promoting our product: Tour Guide Book to Melaka that has been released in the Portuguese Conference in Lisbon Hotel, Melaka recently.

2. All in all the feedback from the Judges was good. More interesting, we received a lot of positives comments from Prof. Madya Zaini TNC P&I UiTM Shah Alam, and Dr. Adzrool as well. They are quite happy with the book. It was a great relief to hear all those compliments. Alhamdulillah.. finally all our hardwork is now paid.



3. The result was also amazing. We couldn't believe that we won a BRONZE Medal for this competition. A one month of the hardwork is now flying very high in the sky ...Thank you for everyone who contributed to the publication of the book especially the Students of Faculty of Hotel & Tourism, UiTM Melaka, and all the junior & senior lecturers.

4. All images are taken using the faculty camera, EOS 450D + Kit Lens, P Mode, ISO1600 some with and without flash. Noise is actually an art ....ahaaaa

Thank you.






Akmal Adanan
0127655165