Tuesday, March 31, 2009

LAWA T-SHIRT NIE ...

EVENT: BUYING EARTH HOUR 2009 T-SHIRT
DATE: March 27th, 2009

VENUE:
i-CITY, SHAH ALAM
TIME:1700 hrs

Last week, on Friday ...akmal ada defends proposal in the morning (room10). Alhamdulillah, lepas struggle a few weeks back buat proposal nie, akmal selamat dr kene shoot dengan 4 orang panel pada hari itu -1. Dr.Salim, 2. Dr.Lim, 3. Pn. Siti Sabariah dan 4.Dr.Rahmat. Kene tanye sikit2 ade laaa. Thanks to my advisor - Dr. Salleh for helping me much ...on the proposal process. Ptg tu, bukak2 forum, ternampak member nie - Mior Fendi buat urusan jual beli baju plak kat satu threat. OoOoo Xckp aku ek ko mior ...terus reply msg kat topic tu > sekali si Faiz plak ckp.. "ko lambat laa mal, aku dah beli dahhhhhh" fuhh bikin panas je telinga nie... Xleh jadi nie

Akmal terus kol Mior, ask him whether dah beli or not. Nasib baik blom lg, Mior fetch me up and we were going to i-city (dgn Ajib otai) very quickly. Sampai sana baru laa ingat flash mmg Xbwk, sekali keadaan bilik tu gelap plak ...em.. belasah je iso tinggi2 ...and luckily we manage to have several shots. Haa, kat sana kami berkenalan ngan anot + her fren (sorry Xingat nama).. anot nt gtau nama die k. haaa, nk tgk mcm mane gambo Xde flashh ???? ade kat bawah nie ....credit to Mior + ajib sekali snap gambo2 nie bersama akmal.
Pas siap amek sume order bernilai 450.00 ringgit (Mior, len kali bwk wang yg cukup, nasib aku terbwk duit, selalunya aku ade $10.00 jer) ...jugak ...after berpuas hati dengan hasil kerja (pictures) kami, kami pon beredar. Ade sikit nak citer sebenarnya. hari Sabtu tu, kami ade meeting at Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah bersama Wan and Rizal. Semua kami ber empat akmal, tom, ajib, faiz sume dah pakai baju EARTH HOUR yg lawa nie. Plan selepas meeting tu nk shoot terus ke BukitAmpang dgn Udey ...tp Xsempat. hahaaaaa =) tepat jam 8.30pm kami masih lagi terang benderang dengan baju tu ...ahahhaa lawak btol. hampes laa plan Xjadi hari tu. Tp Xpe, dpt jumpe SN mlm tu ..nice meeting u man =)

Sudah laa faiz, kata dah dpt beli baju, last2 aku yg dpt pakai dulu ... ape ceritaa?
*ade lagi a few entry akmal tertinggal ke belakang ...sgt2 Xsempat utk share pada kamu semua. Stay tune, i try to update this blog as frequent as possible. PEACE :P

*nak kenalkan, nama member anot ialah wafi. Thanks anot gtau
RM30.00 (XL) /pc

environment lover,
Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website| www.akmaladanan.com
email address| admin@akmaladanan.com
YM| akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog| http://akmaladanan.fotopages.com
personal| http://profiles.friendster.com/akmaladanan












________________________________________________________________________________________

Thursday, March 26, 2009

SAVE OUR BELOVED EARTH !!!


EVENT: EARTH HOUR 2009
DATE: March 28th, 2009
VENUE: EARTH PLANET
TIME: 8.30PM - 9.30PM (1HOUR)


Sabtu nie, 28 MarcH 2009 adalah Kempen Earth Hour 2009. Ia telah disokong hampir ke seluruh dunia. Kira-kira 500 bandar dari 75 negara mengambil bahagian dalam program ini. Kuala Lumpur juga adalah salah satu bandar yang mengambil bahagian. Kalau Xsilap KLCC akan bergelap selama sejam pada hari dan waktu yang telah ditetapkan. Jadi, sesiapa yg free tu boleh laa datang and sama2 menghayati earth hour program ini.
“Earth Hour is an opportunity for every man, woman and child from all corners of the globe to come together with a united voice and make a loud and powerful statement on the issue of climate change,” Archbishop Desmond Tutu.

Kesempatan nie, akmal harap semua rakan2 yang membaca sudi meluangkan masa, memberi sokongan untuk kita sama2 menyelamatkan bumi kita yang tercinta ini. Diharap ia tidak tamat di sini sahaja. Kita hendaklah mengambil tindakan yg berterusan. Conserve our Earth. Ape2 yang kita lakukan ...pikirkan, adakah ia memudaratkan atau menambahbaikkan keadaan bumi kita. Peluang nie jugak akmal harap kita semua sama2 mengambil langkah terbaik utk masa depan, kehidupan manusia seperti:-
1. Sebaik yang mungkin, cuba jimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jangan membazir, tutup suiz jika kita tidak menggunakannya. Bende nie semua org nasihat, tp paling susah nk buat kan???

2. Jimatkan air bersih. Contoh, kalau gosok gigi /basuh muka jangan biarkan air mengalir shj. Tutup sebentar. Kalau basuh kete, pakai baldi- ia dpt menolong kamu menjimatkan penggunakan air.

3. Jangan buang sampah merata2. Akmal selalu perati, rakyat Malaysia nie Xde disiplin. Suka hati je nk buang sampah. Dr kete, dr tingkap umah, kat taman2, kat mana2 lahhhh. Sebab tu kita lihat Malaysia nie kotor, Xmacam Singapore. Lagi satu, akmal selalu observe, Perokok, kalau dh abes tu, buang laa putung ke tempat yg sepatutnya, jangan jentik je ke mana2 yg kamu suka. (sorry tegur yer) ...

4. Car pooling. Sama2 jimatkan fuel consumption. Xkire ke mana laa, jika ade peluang, kongsi laaa. Dulu masa keje at KL, akmal naik bus, dlm jam2 tu tgk, sebuah kete seorang pemandu. Patutlaahhh jam. Xpayah laa drive pecut2, Xkemana nk lajunyer ...depan tu ade traffic light berenti jugak kan .. =)

5. Bila menyediakan makanan... budget elok2. Jangan buat secara berlebihan. Sama jugak bile amek buffet, kawal2 laaa.. org lain pon nk makan jugak. Bila lebih sangat, kan membazir.

6. Kalau gunakan tandas tu, pls laaa bersihkan lepas guna. jangan laa biarkan tandas tu kotor. Pls pikir, mcm mana next person yg nk gunakan tandas tu nanti. jangan selfish, even ia kotor, bersihkan..

7. Aku tambah kemudian (sekarang Xde idea) ...kalau ade idea, kamu pon boleh sumbangkan =)

So, as human, akmal harap kita ubah cara hidup kita. Ape juga yg kita lakukan, pls conserve our environment. Tanamkan sifat sayang kepada bumi kita.. Dah uzur sebenarnya nie. Kadang2 terpikir gak, apesal org2 kat luar tu, sibuk berdemonstrasi, berperang sana sini, berbunuhan etc. Kenapa tidak mereka get relax, enjoy the life... get fun. Kadang2 memang sedih, itulah sbbnya akmal sayang Malaysia nie.. hope mereka2 yg suke kekerasan mcm tu, Xlakukannya di sini. PEACE =)



Mari kita lakukannya!!! saya boleh, anda juga boleh!!!
Kepada sesiapa yg free, ade masa.. ade activiti yg dilakukan utk kita ...
boleh refer ke blog Udey - http://blog.udeyismail.com/ semoga kita semua diberkati hendaknyaa ...amin =)

TUTUPKAN LAMPU, SAYA SETUJU !!!


environment lover,
Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website| www.akmaladanan.com
email address| admin@akmaladanan.com
YM| akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog| http://akmaladanan.fotopages.com
personal| http://profiles.friendster.com/akmaladanan




__________________________________________________________________________________________


Wednesday, March 25, 2009

BALLOON BESAR!!!!

EVENT: 1st PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT BALLOON FIESTA 2009
DATE: March 21st, 2009
VENUE: Precinct 2, Putrajaya adjacent to the ‘Monumen Alaf Baru’
TAG: Self Assignment

Last Saturday, I went to Putrajaya ......again (3times in a row) :) to do an assignment for my tourism planning & environment class. We were asked by our lecturer Dr.Khairil to pay a visit, and evaluate how this event affects the environment, in term of facilities offered, traffic, littering, visitors flow, excitement of the event etc. Akmal went from Shah Alam - not with my classmates, but with my enemies ...who else, hhehheee Tom & Qayyum ...

It is an international event. First time hosted in Malaysia, it showcased for 4 days from March 19 to March 22, 2009. In total 19 countries took place in this event (Australia, Belgium, Germany, Indonesia, Italy, Japan, Korea, Malaysia, Netherlands, Newzealand, Oman, Philippines, Switzerland, Sweden, Thailand, Turkey, UAE, UK dan USA) …. and 25 hot balloons (20 standard and 5 special shaped hot air balloons) were participated.) OK, for visual report, I present couples of images below. =) enjoy!

Sampai kat Putrajaya around 4ptg. Terus jumpe hakim dtg jauh dr muar (nk jumpe sape hakim)ekekee. Panas bukan main. tp eloklahh, cuaca baik kan.. tp yg bestnye, mcm trend masa kini, ramai btol remaja2 menggantung DSLR di badan. Masing2 mempunya kamera sendiri. Rasa malu pulak akmal bwk kamera hari tu. Masing2 dengan beg galas yg besar2, tripod dan segala accessories. Akmal plak, bwk kamera je. Flash pon Xbawak. Hem, redah je laaaa ....nk buat asgnmt pon kan. Sayangnye, ptg tu Xbanyak ballon yg berlepas, sbb keadaan angin yg begitu kuat, mungkin boleh membahayakan penonton yg hadir... ape yg akmal dapat ..ini je laaaaaa ...

So, shoot punya shoot, sampai ke malam. Then, tiba2 dpt panggilan dari Engku. Sempat laa berTT sekejap kat kedai.. minum milo ais, hilangkan dahaga ... Malam tu event bersambung dengan balloon show, like fire dance following the ryhtm of the musics. Best, tp susah sket nk amek gambar sbb 1st, Xde tripod .... 2nd, cepat sungguh pergerakan api nie ...eheheh =) Alhamdulillah ...nasib ade media pass dpt masuk dlm, klu tidak, jenguk dari luar pagar je laaaaa

Seriously, it is a worth visits and give me great experience to watch all the flow of the event. Great wheather, great crowds, good location and creating happening events. 1st time in my life to see the hot balloon live. That previously can only watch in television. Able to talk with Bro Sheikh Faleigh, this event is self funded by an organization, independently struggle to share the event with all Malaysians. I also talk to one of the participants, Mdm Mark from Belgium. She use to work in this balloon arena for quite sometime with his husband. Hot balloon is an expensive sports, popular in Belgium. It cost about 30,000.00 Belgium Euro each balloon.


Bro Sheikh, if u read this blog, thanks to all the team to make this happen!
It was a very exciting event!!! On behalf of Malaysians, we cant wait another event in future :)
seronoknyerrr,
Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website| www.akmaladanan.com
email address| admin@akmaladanan.com
YM| akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog| http://akmaladanan.fotopages.com
personal| http://profiles.friendster.com/akmaladanan


__________________________________________________________________________________________

Sunday, March 22, 2009

MESYUARAT DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR

EVENT: UPACARA PEMBUKAAN MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR YANG KE DUA BELAS
DATE: March 12th, 2009

VENUE: BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI, SHAH ALAM, SELANGOR
TAG: OFFICIATED with EnchantedForest


Assalamualaikum, and salam sejahtera kepada mereka yang mengunjungi blog akmal kali ini. So, in this entry, akmal nk share latest job untuk SUK Negeri Selangor. Task kali nie, akmal dijemput khas untuk bekerja bersama salah sebuah photography company yang terkenal base in Shah Alam, Selangor - ENCHANTED FOREST First of all, nk ucap thanks to Enchanted Forest Team - Fariz, Amru, Anan, Masri, and Lisa, sebab sudi melantik akmal as one of ur official photographer. It is a protocol event - attended by D.Y.M.M Sultan Selangor. So, we have to work very careful, hope not to do anything wrong - luckily the rehearsal and briefing on the previous day helps us much. I won't talk much for this entry ...just purposely to share the pictures with u. Hope, this entry could make urself happy to see something different in my blog ...happy X?? hehehe ...hopefully laaa =) hehehe

Ohh, before that, just to share ...we turned up at 0700 hours. 1hour earlier ...my zoning area is on the VVIPs, all the Kerabat DiRaja, and Guests. Then, we are also responsible to captured D.Y.M.M Sultan, Menteri Besar Selangor, and Speaker Dewan arrivals. Then, we switch among us to shoot Kawalan Hormat Perbarisan dari TLDM, before Tuanku enter the Bangunan Dewan Undangan Negeri. And then the event continued as planned... Thats a lot to cover, and the duration is very very short. We have to be quick and efficient.


The event ended at 1300 hours. Then, semua bersurai. We all balik rest. Im really exhausted. Penat teramat, sbb berlari2 macam maraton sepanjang pagi. Balik umah, pack kamera, charge battery, transfer gambar aaannndddd .....boom!! tido sampai ptg. At 1700 hours bangun, then 1800 hours, we all again turned up at Concorde Hotel, Shah Alam for dinner. Again, the dinner is very nice. Alhamdulillah, kami dapat sempurnakan tugas dengan jayanya (gambar tidak disertakan) ...

Alhamdulillah sekali lagi, td akmal bercakap dgn Amru td, he said that; all SUK management were very happy with the output that we manage to captured. Rasa penat tu terus hilang... best teramat. Thanks for a very good coorperation Guys!!! Ohh, sebelum terlupa lagi, thanks to Tom, sbb bagi akmal pinjam Songkok yg cantik tu. Walaupon kecik, sarung aje lahhh, ape nak buat. Pening kepala sebab sempit ... =) Tom, len kali kalau nk bagi pinjam bagi laaa beso sikit!!! ape daaaa tp, time kasih banyak2. Aku mmg suke kutuk ko....To Enchanted Forest Team, Thanks to invited Me to shoot the event. Really appreciated.

So, untuk menutup entry nie, akmal nak share sebuah mutiara kata yang sangat indah, dan berkesan. Ianya adalah sepotong ayat yg pendek, tp pada akmal mempunyai maksud yg sangat dalam.

THE JOURNEY OF A THOUSAND MILES MUST BEGIN WITH A SINGLE STEP - Lao Tzu
Dalam ape jua perkara yang kita lakukan, kita perlu bersabar. Kerana untuk mengecap kejayaan, kita haruslah mempunyai asas yg kukuh, azam yang kuat dan mental yang cekal. Kejayaan tidak akan dicapai dengan mudah, dalam satu hari - ia merupakan satu proses yang panjang dan berterusan. Mula lakukan ape yang anda mahu... sama2 lah kita berusaha, dari langkah yg sedikit, semoga akhirnya kita akan bertemu apa yang di impikan. Amin =)

patik mengundur diri,
Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website| www.akmaladanan.com
email address| admin@akmaladanan.com
YM| akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog| http://akmaladanan.fotopages.com
personal| http://profiles.friendster.com/akmaladanan


________________________________________________________________________________________

Wednesday, March 18, 2009

SAYANG BANGSA ATAU BAHASA???

Gambar diambil dr HARIAN METRO 19hb March 2009 (using my sony ericsson w810i)
ISSUE: PPSMI (MATH & SCIENCE TEACHING in ENGLISH)
TAG: HOW PPSMI IS IMPORTANT TO OUR FUTURE
Sila baca full explaination HERE. juga extended explaination HERE. Please read. tqvm.
Gambar hanya sebagai hiasan - www.akmaladanan.com

PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question)
1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ?
Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar.
Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal
2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ?
Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti).
3. Kenapa mesti bahasa inggeris ?
Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini.
4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ?
BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu.
5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ?
Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka.
sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain.
Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna.
Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi.
6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ?
Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi. Mereka juga pergi ke barat utk belajar dan pulang dan membuat penterjemahan ke bahasa mereka dan terus membuat kajian sendiri. Sebagai contoh, semasa penemuan teknologi transistor oleh Bell Labs, beberapa engineer dari Jepun (Sony) telah mendapatkan (membeli) transistor itu dari Bell Labs dan membuat kajian sendiri untuk mengubah material yang digunakan. Ianya membawa kepada beberapa revision terhadap material yang digunakan.
Penterjemahan yang dibuat oleh mereka adalah pada ketika revolusi teknologi belum berlaku lagi. Usaha-usaha dan kajian yang mereka lakukan telah bermula sejak berzaman-zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi.
Dimana Malaysia ketika itu ? Malaysia masih belum wujud lagi.
Malaysia kini berada pada zaman teknologi telah melampaui zaman revolusi...malah bergerak lebih pantas dari yang dijangka. Kita berada di belakang teknologi yg mana bahasanya dikuasai oleh bahasa asing.
7. Kenapa kita tidak buat penterjemahan ke BM sahaja ?
Proses penterjemahan sekiranya hendak dilakukan sekarang, memerlukan banyak sumber kewangan, kakitangan, masa dan prasarana lain yang mana kelihatan agak mustahil. Ini kerana perkembangan sains dan teknologi pada zaman ini amat pantas. Ianya bergerak setiap saat. Setiap saat, ada sahaja penemuan teori-terori yang baru.
Seperti jawapan no. 6, negara-negara spt Jepun dan lain-lain telah mula mengkaji dan membuat penterjemahan semasa perkembangan teknologi bergerak perlahan (sebelum zaman revolusi lagi).
Sebagai contoh, Untuk memahami konsep asas transistor yg berasaskan silicon, kita perlu memahami konsep fizik silicon transistor tersebut. Oleh itu, sekiranya hendak membuat penterjemahan, kita perlu menterjemah buku-buku konsep asas fizik dalam semiconductor yang mempunyai pelbagai konsep yang kompleks. Perkataan-perkataan baru dalam BM perlu diwujudkan. Kesemuanya ini memakan masa dan masa yang menjadi penghalang kpd kita. Ini kerana, apabila kita membuat penterjemahan asas fizik utk silicon based semiconductor ini, org-org barat dan penyelidik lain telah pun mencari alternatif kepada silicon. Ini kerana saiz untuk silicon based transistor telah hampir ke saiz atom dan ianya tidak lagi boleh bergerak kehadapan. Maka wujudlah teeori-teori baru seperti RNA, DNA dan CNT (carbon nano-tube) based transistor.
Dimana kita ? Kita masih lagi membuat penterjemahan asas fizik untuk silicon based semiconductor. Selepas kita siap penterjemahan...pihak barat telah pergi jauh di hadapan dgn teknologi yang baru. Kita pula perlu membuat penterjemahan untuk tekonologi yang baru ini. Ini hanyalah mengenai satu konsep yang kecil dalam bidang kejuruteraan elektronik. Bagaimana dgn bidang-bidang lain, konsep-konsep yang lain ?
Maka, kita akan sentiasa berada di belakang teknologi...kerana kita sibuk dengan penterjemahan. Kalau kita berada di belakang tekonologi, bagaimana kita mahu mencipta tekonologi yang baru ? Dan kita akan sentiasa menjadi bangsa pengguna.
8. Tidak sukarkah bagi kanak-kanak kecil untuk belajar sains dan matematik dalam BI ?
Sebenarnya, kanak-kanak kecil akan mudah memahami dan mudah mengadaptasi pembelajaran mereka. Sebab itu ianya penting untuk bermula semasa mereka masih kecil. Kanak-kanak kecil bermula sejak dari darjah satu, sekiranya didedahkan dengan subjek sains dan matematik dalam BI, akan mudah memahaminya walaupun mereka tidak pandai berbahasa inggeris dan tidak pernah menggunakan bahasa inggeris.
Anak-anak kecil yg berumur 6 tahun berbangsa melayu yang mengikuti keluarga ke United Kingdom terbukti boleh berjaya memahami sains dan matematik dalam BI. Anak-anak kecil ini berumur 6 tahun. Mereka tidak pernah berbahasa inggeris. Ibu bapa mereka juga tidak pernah menggunakan bahasa inggeris dirumah. Tetapi, meraka masuk ke darjah satu di sekolah-sekolah di UK, belajar sains dan matematik dalam BI dan mereka boleh menjadi pelajar cemerlang dalam kelas masing-masing. Mereka berada dalam satu kumpulan bersama pelajar yang cemerlang dan sering memperolehi `reward’ diatas kecemerlangan mereka. Mereka membuktikan bahawa, walaupun tidak didedahkan dengan bahasa inggeris dan tidak tahu berbahasa inggeris... mereka boleh menguasai dan berjaya. Kenapa ? kerana kanak-kanak kecil mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepada mereka.
9. Tidak bolehkah BM menjadi bahasa sains dan teknologi ?
Boleh. BM boleh menjadi bahasa sains dan teknologi apabila kita sudah menguasai teknologi tersebut. Apabila kita telah faham dan kuasai sesuatu bidang teknologi, maka kita mampu menjadi pencipta dan penghasil teknologi yang baru. Kita akan berada di hadapan teknologi. Pada masa itu, kita pula menggunakan BM dalam teknologi-teknologi baru yang kita hasillkan.
Maka, pada ketika itu, bangsa-bangsa lain, bangsa barat dan yahudi perlu mempelajari BM untuk menguasai dan mempelajari teknologi yang kita hasilkan. Hasilnya, BM akan menjadi bahasa teknologi, akan menjadi bahasa yang universal dan terkenal di seluruh dunia.
Yang penting, kita perlu kuasai teknologi yang telah dihasilkan dahulu yang kini dikuasai oleh bahasa inggeris.
10. Bolehkah dasar ini mencapai matlamatnya ?
Boleh. Sekiranya semua pihak berusaha sedaya upaya dalam memastikan kejayaan dasar ini. Semua pihak perlu berganding bahu menjayakannya. Semua pihak perlu membuang sikap prejudis, membuang kacamata politik dalam melihat dan memahami dasar ini. Apabila sikap prejudis di ubah, maka kita akan akui matlamat dan objektif dasar ini yang murni. Kita perlu bekerja keras.
Segala usaha, perancangan, prasarana perlu diperhebatkan agar matlamat dan objektif yang murni ini tercapai. Semua kita bertanggungjawab dalam memastikan satu hari nanti, bangsa kita, agama islam bakal menjadi pencipta, pengeluar dan rujukan bangsa-bangsa lain di dunia. InsyaAllah.
sumber: chewal.blogspot.com


***

Just to share...

1. Sorry kali nie akmal bawak isu PPSMI, yang sekarang heboh diperkatakan di seluruh negara kita kat blog akmal nie. Dengan pelbagai demonstrasi yg dibuat, ade yang bersetuju, juga kumpulan2 yang tidak setuju, membuat akmal tertarik untuk berkonsi sedikit pengalaman mengenai isu ini. Tp dari segi konteks yg lain. (konteks yg lebih tepat boleh baca di link yg akmal berikan di atas).

2. Dulu, akmal mcm juga mereka yg berasal dari kampung, jarang sangat nk berkomunikasi dalam English nie. Bagi akmal, ianya tersangatlah susah. Akmal dpt C6 je dalam SPM. Memang memalukan ...tapi itulah hakikatnya.

3. Tamparan pertama bila akmal masuk UiTM sometime in 2001. Hampir semua class (every subject), kiteorg kene perkenalkan diri masing2, in BI? masa tu, terasa sangatlah takut ...susahnya nk menyusun ayat. menggigil ...dalam hati, kenapalah kene in English??? Dalam keadaan mengigil2 tu ..berdiri di hadapan kawan2 yg Xdikenali, gagahkan laa jugak nk sebut perkataan2 yg susah tue ...nasib laa Xde org ketawa besar masa tue ..kalau ade, tentu aku quit UiTM masa tu jgk... MALU!!!

4. Semester demi semester, dengan segala presentation etc, alhamdulillah, walaupon susah, dpt laa jugak akmal ckp sikit2, menulis in English. Mmg dlm hati merungut ..."kenapalah aku Xbuat nie masa secondary school dulu? kenapa sekarang???" dan banyak lagilahh rasa ketidakpuasan hatinya...semuanya dirasakan menyusahkan, dan membebankan. Tapi, kesusahan ni mempunyai banyak kebaikkannya... i.e.
a. Dpt force diri sendiri improve my English
b. Memudahkan dalam menyiapkan asgnmt, kerana semua reference (previous research) in English ..nak cari yg dalam BM .....adoiii sangat lahh sedikit
c. Akmal senang menonton movie yg Xde subtitle... senang je paham
d. Xrasa takut.. atau Xlaa gagap sgt bile ade pelancong asing bertanyakan sesuatu DAN yg paling penting;
e. Sangat-sangat membantu akmal masa nak mendapatkan kerja (semua interview yg akmal attend in English) Xde satu pon yg nk interview dlm BM ...
5. Bila PPSMI nie diperkenalkan 6tahun yg lepas, akmal rasa jelous. kenapalahh bukan pada zaman aku ...kalau tidak, Xdelah akmal rasa susahnya nk struggle masa in diploma dulu. Rasa rendah diri, takut, kurang keyakinan semua ada ...

6. Sekarang, alhamdulillah. Walau Xsebagus mana ..boleh laaa sikit2 menulis dan bercakap rojak in English. Thanks a lot to UiTM, kawan2, dan yg penting semua lecturer2 yg memberi tunjuk ajar dan peluang utk kami mencuba. Semua orang boleh, org bandar/ luar bandar, Xkira siapa semua kene cuba!! kenapa kita Xnak push kebolehan kita. Jika terdesak, semua orang boleh melakukannya ...

signing off,
Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website| www.akmaladanan.com
email address| admin@akmaladanan.com
YM| akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog| http://akmaladanan.fotopages.com
personal| http://profiles.friendster.com/akmaladanan



________________________________________________________________________________________

Friday, March 13, 2009

ME ON DUTY

EVENT: ...................................
DATE: March 10th, 2009

VENUE: SEC.9 SHAH ALAM, SELANGOR
TAG: WITH EnchantedForest


Akmal mmg nk update gambar terbaru untuk job this week, tp sangat-sangat bz sehinggakan Xsempat nk settlekan banyak keje yang tertangguh... (ye ye je laa kan akmal nie bz).... hehehe ye btol laaa, mmg sgt bz nie =) Actually nk share, last Tuesday, akmal bertugas bersama EnchantedForest sebagai Official Photographer majlis rasmi negeri SELANGOR. Xpe laa kan, akmal bagi intro dulu, insyaallah, after this entry akmal akan upload full entry gambar-gambar majlis tersebut. Sebenarnye skrg nie akmal nk buat asignment, sbb nk update gambar2 nie akan amek masa yg lama. So.. i have to stop first. Siapkan keje yg urgent dulu. Plan nak jumpe Dr.Salleh pagi nie utk discuss about my thesis, sekali bangun lewat pulak ....adoii, nasib Xde buat appointment ngan die. So akmal nk siapkan keje dulu. Nanti akmal update lagi ok...
"THERE IS NO SECURITY ON THIS EARTH, ONLY OPPORTUNITY ..."
Thats y u tgk akmal buat 2 benda dalam satu masa, study + photography. Life is always unsecured. So, akmal kene berusaha, finish up my postgraduate. Then at the same time develop my skill to the best i could reach. No matter how hard it is, I will continue it. Life is uncertain, diversify urself on whatever u can do, to remain competitive + and remain strong. Grab whatever opportunity come across, and you will succeed ... =)

Haaa.. jam dah 11.30am, ape pun Xstart lagi nie ...hehehhee =) ok u all, thanks. Tunggu entry seterusnya nanti k. ekekkeke... salam.

regards,
Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website| www.akmaladanan.com
email address| admin@akmaladanan.com
YM| akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog| http://akmaladanan.fotopages.com
personal| http://profiles.friendster.com/akmaladanan



________________________________________________________________________________________